Adakalanya bahagian lengan dan tepi sofa menangkap habuk.Sebelum ini saya terjah guna kain lembab sampai rasa 'haus' kulit jari....kalau guna vacumpun tak 'power' sangat.
Bulu kucing yang melekat di sofa juga boleh dinyahkan dengan teknik sama.
Kebetulan saya main-mainkan 'scraper' @ alat lap cermin ketika buat ujikaji pada kusyen dan mendapati habuk mudah mengikut. Selain itu boleh juga dimanfaatkan pada karpet mahupun sudut-sudut perabot yang lain. Pastikan bahagian hujung alat tu jenis getah untuk hasil yang terbaik. Buat masa ini 'scraper' kegemaran saya adalah jenama ikea berharga dalam lingkungan RM6.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan