Rabu, 14 Januari 2015

cara biak torenia @ wishbone


Torenia ada pelbagai  warna, jangka hayatnya tak panjang tapi tetap menarik bila merimbun dan bunganya keluar bagai 'meletup-letup'. Adakalanya tumbuh meliar di kalangan rumpai, kalau terjumpa aku akan asingkan @ tunggu ia matang untuk disemai ke pasuan ataupun batas.

Cara nak biakkan mudah sahaja...

Ramaskan kudup yang tua/kecoklatan dan taburkan ke tempat yang dihajati.

Lebih kurang seminggu, benih torenia bercambah. Usia torenia di dalam gambar ini lebih kurang 2 minggu.

:)

Rimbun biarpun di pasu kecil hasil semburan baja bactova multy






Tiada ulasan: