Hampir 6 bulan si bulat tak balik. Aku perasan kelibatnya di lorong kejiranan tak jauh dari teratak molek. Aku tahu sifat 'kebapak kucingan' si bulat ingin dipenuhi...meluaskan kawasan sempadan serta mencari permaisuri hidupnya. Mula-mula dulu si bulat balik selang 2 hari, kemudian seminggu sekali pakej bersama luka besar yang perlu ku rawat (kisah rawatan luka si bulat boleh rujuk pada entri sebelum ini).
Kini berbulan lamanya masuk tahun 2015, abe kata mungkin si bulat telah 'pergi' buat selama-lamanya@mungkin dibuang orang...hanya Allah yang tahu, namun aku yakin pada naluri yang dianugerahkanNya ini. Si bulat masih ada. Si bulat bermigrasi tidak jauh dari teratak molek mencari permaisurinya. Aku pernah terserempak dengan si bulat tetapi abe menafikan...katanya tak serupa bulat. Tapi aku tidak mahu bertelagah kerana aku sudah cukup gembira melihat si bulat berada di kalangan keluarga yang menyanyangi kucing. Abe tak yakin itu si bulat kerana kebiasaannya si bulat akan mengikut kenderaan kami balik ke rumah sebaik sahaja kami melintasinya. Itulah kebiasaan kucing kami dan mungkin juga kucing-kucing lain. Ironinya mereka ikut kenderaan kami hala balik tidak hala keluar... ironi juga dengan kuasa Allah si kucing dapat mengecam bunyi kenderaan 'tuan'nya sedangkan ada berpuluh lagi kereta berjenama yang sama melintasinya...SubhanAllah!
Kadang-kala saya dan cik abe berbual tentang kebolehan kucing mengenal kenderaan kami, jika berpandukan pada bau iaitu mungkin kerana si bulat telah menanda (urine kan tayar dan badan kereta) tidak tepat juga kerana adakalanya kami basuhpun si bulat kenal. Lagipun ada banyak lagi tayar-tayar kereta lain yang pernah di 'urine'kan oleh kucing-kucing seangkatan si bulat. Topik ini sebenarnya agak menarikkan?
Dengan izin Allah, hari ini si bulat kembali kepangkuan kami semula dan 'si bulat' inilah juga yang ku lihat di lorong kejiranan kami.
Si bulat pulang bersama selsema dan kurap di sebahagian tubuhnya. Ada luka-luka kecil akibat dari 'fighting' miau-miau selain parut lama di celah telinga yang berdarah kembali. Suaranya juga agak perlahan macam sakit tekak.
Parut lama terluka
Si bulat pulang bersama selsema dan kurap di sebahagian tubuhnya. Ada luka-luka kecil akibat dari 'fighting' miau-miau selain parut lama di celah telinga yang berdarah kembali. Suaranya juga agak perlahan macam sakit tekak.
Aku tak tahu selama mana si bulat akan bersama kami. Aku tahu si bulat akan kembali ke kawasan permaisurinya. Akan tetapi lama @ sekejap aku dapat melepas rindu pada si bulat walaupun si bulat tak se'daring' dulu. Si bulat yang 'kebapakkan' kini manja-manja bengis.
Takut makan ubat
Aku tak lepaskan peluang bermain-main seketika dengan bulat selain memberikan si bulat ubat cacing yang ku perolehi dari klinit vet. Macam biasa si bulat memang liat nak berubat. Makanan tidak dijamah si bulat...oleh kerana aku bimbang ia mungkin kerana gusi si bulat sakit segera aku rebuskan ikan. Namun si bulat masih tidak mahu makan lantas aku berikan ubat batuk, mungkin tekak si bulat sakit dan tak selesa kerana kahak selsemanya.
Alhamdullillah si bulat dapat menjamah kibles prodiet yang ku basahkan dan gaul bersama transfer factor yang ku beli on9 dari Wan Norhaniza. Mungkin segala rawatan ini tidak begitu berkesan kerana si bulat pasti akan memulakan kembali migrasinya.
Pujuk keluar dari celah-celah pokok bunga sebab takut berubat!
Namun, ini bukan alasan untuk aku mengabaikan kebajikan si bulat, aku akan merawat dan memberi kasih sayang selagi si bulat berada di sisi kami. Aku yakin serba sedikit usaha ini membantu proses pemulihan pada kecederaan yang dialaminya.
dari kiri : semburan anti kutu, tranfer factor (bantu sistem imun), ubat cacing, ubat batuk kucing dan gel luka.
Terharu kerana si bulat masih mengenaliku.Bila si bulat nak beredar aku panggil si bulat dengan nada yang sering pernah kugunakan untuknya. Si bulat seolah-olah mengerti dan menangguhkan pemergiannya lalu kembali kepadaku.
Si lola yang bengis dengan kucing-kucing lainpun hormat kepada si bulat. Walaupun setelah 6 bulan berlalu si lola memang mengenali bapa sedarahnya. Kucingpn tahu hormat bapak dia...'blood does ticker then water' . Kepulangan si bulat dapat ku rasakan sebagai sesuatu perasaan untuk melepaskan kerinduan di teratak molek tempat si bulat dibesarkan.Semoga Allah melindungi kita semua dan miau-miau sekalian....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan