Khamis, 22 Januari 2015

nasi kukus



Emmmm...periuk nasi buat hal, gaji memang baru masuk tapi ada keperluan lain yang perlu kami dahulukan bulan ini. Sepanjang minggu menanak nasi dengan periuk cap buaya memang menyelerakan juga sebab aromanya berbeza, belum lagi kalau guna kayu api..tapi kalau tak kena gaya,leka, ia akan jadi satu pembaziran apabila kerak nasi yang terbentuk bagai satu pinggan nasi.

Aku teringat kelas masakan kuih talam yang pernah aku hadiri bersama kawan-kawanku anjuran Karangkraf. Selain masakan kuih tradisional, chef tersebut turut bagi 1 resepi bonus...ringkas tetapi sangat berguna iaitu nasi kukus. Mudah sahaja penyediaannya terutamanya jika menggunakan talam kecil-kecil satu cawan beras setiap satu bersamaan 1 cawan air. Hasilnya memang menarik. Oleh kerana aku tidak memiliki talam kecil-kecil, aku menggunakan mangkuk kaca tahan panas/mesra mikrowave untuk masakan ini. Mungkin kerana jenis beras yang berbeza,kali pertama hasilnya nasi keras sedikit tetapi tidak antah. Untuk kali ini, nasi ku memang menjadi. Aroma pandan membuka selera malah kerak nasipun ciput sangat!


Bahan-bahan yang kugunakan:

3 cawan beras rambutan@jati yang dibasuh bersih,tambahkan 3 1/2 cawan air dan 2 helai daun pandan yang disimpul ke dalam beras tersebut.

Kukus di atas dapur gas dengan periuk pengkukus(letak air macam biasa) selama 1/2 (setengah) jam. Api sederhana besar.

(guna pengkukus elektrikpun boleh) 

Setelah itu padamkan api dan biar seketika di dalam pengkukus sebelum dihidangkan. (10minit@mengikut kemahuan kita)


Selamat   mencuba ! 

Tiada ulasan: