Khamis, 8 Januari 2015

Dilema sayang kucing....




Dilema  sayangkan kucing...

A: Ko ada berapa kucing kat umah?

B : 6...semua aku jumpa comot-comot     
      belaka, alhamdullillah sekarang dah
      cantik dan sihat.

A : Akupun suka kucing tapi tak dapat nak
      bela buat masa ni, sibuk sikit.

B : akupun sibuk juga...tapi dah minatkan,
      tak terniat nak bela banyak-banyak,
      rasa kesian. Sekarang dah anggap
      'dorang' macam keluarga....kesian dah
      jatuh sayang.

A : Oh ya ke? baiknyer ko, sebenarnya     kat rumah aku ada 2 ekor anak kucing. Kesian sangat mak dia baru mati kena langgar. Boleh tak ko ambil, kalau tak terpaksalah aku buang sebab aku tak ada pengalamanlah nak jaga anak kucing ni...

B : ???!!!!



*kalau ikutkan hati & sayang, satu dunia kucing gelandangan ingin  dibela, dan tidak mahu juga menyatakan alasan2 kenapa tidak berbuat demikian....tepuk dada tanya akal...maka tak perlulah meletakkan tekanan@paksaan secara psikologi semata-mata untuk berasa tanggungjawab ketika 'melepaskan diri' dari sesuatu komitment.




...jagalah 'miau' masing-masing sehingga akhir hayat kita...tatkala comel mahupun sebaliknya, tak tersentuhkah hati saat kita 'membuang' mereka di jalanan?

...jika benar-benar ada masalah membela kucing carilah 'adopter' dengan cara yang berhemah walaupun mungkin terpaksa mengeluarkan wang untuk satu serahan demi kebajikan 'dorang'.




#tekad tak nak buang kucing setelah tertonton video anak kucing jalanan dipijak-pijak gelandangan kurang siuman pada masa yang sama ibu kucing cuba membantu walau tak terdaya...   :'(

Tiada ulasan: