Isnin, 25 Februari 2013

Resepi ringkas : Nasi goreng beras perang.







Seronok sebab sempat buat nasi goreng pagi ini untuk bekalan ke pejabat.  Terasa kepuasan dengan air tangan sendiri biarpun ia bukanlah satu masakkan yang 'grand'. 

menggunakan telur & ayam sebagai lauk

Istimewanya nasi gorengku kali ini kerana ia merupakan campuran beras perang. Beras perang dikatakan lebih baik berbanding dengan beras putih dari sudut kesihatan. Baunya yang agak kurang menarik dan rasanya sedikit pejal bak 'barli' menyebabkan ia kurang digemari.

Nak dijadikan cerita, kononnya nak makan beras 'sihat' tapi diri sendiripun tak termakan. Untuk tidak membazir saya mengambil keputusan untuk 'mengkacukkannya' dengan beras biasa. Ternyata rasanya agak menarik dan sedap juga apabila dibuat nasi goreng.




Nasi goreng kacuk beras:

Bahan:

campurkan 1 cawan nasi putih dan 1 cawan nasi dari beras perang.
Bahan lauk/sayur : 1 ikat sawi dipotong ikut suka, isi ikan selar kuning/ikan kembung atau ayam yang telah digoreng dicarek kasar. 
Lain-lain: 3 ulas bawang putih, lima tangkai cili merah,sebiji cili hijau, 1 sudu besar cili kisar, dan 7 biji bawang kecil, setengah isi ikan goreng. Semua bahan2 ini dikisar kasar.




Cara2:

Tumis semua bahan yang dikisar tadi hingga gareng dan naik bau. Masukkan sawi serta isi ikan atau ayam. Garam secukup rasa dan masukkan nasi tadi, goreng hingga seragam....siapppp!


Ikan sebagai lauk

Tiada ulasan: