Sabtu, 23 Februari 2013

Blog saya: Intro....



Blog ini adalah berkisar minat/ pengalaman/kenangan dan apa yang saya lalui pada masa lalu dan hari ini. Adakalanya apa yang kita lalui hari ini mengingatkan kita terhadap kenangan2 yang telah berlalu. Apapun jangan kita terlalu terbuai dengan kisah silam dan kenangan...kerana kenangan adalah yang terjauh buat kita, tinggalkanlah kenangan yang melalaikan tetapi ambillah pengajaran terhadap kenangan yang pahit dan berharga.

Saya juga ingin berkongsi  resepi makanan serba ringkas untuk memberi galakkan kepada sesiapa yang baru mahu mancuba, adakalanya 'less is better' dan masakan ringkas juga mampu jadi sedap jadi jangan takut untuk mencuba. selain itu  tips  kisah2 dari aktiviti semasa sebagai perkongsian bersama.

    Selain berkongsi gambar2 ciptaanNya yang diambil sendiri dari telefon bimbit, saya juga meminati seni lukis dan penulisan. Lukisan saya hanya melalui telefon...ini kerana senang melakar ketika ilham datang. Saya  bukanlah pelukis yang mahir sekadar melukis untuk jamuan mata dan cara saya meluahkan apa yang tergambar di minda dan tidak pernah memiliki apa-apa pengajian khusus dalam penulisan mahupun lukisan. 

Akhir sekali terima kasih kerana sudi singgah di sini...


Info semasa :

Mulai 2015 nama pena domolitosslm akan digantikan dengan teratakmolek

Tiada ulasan: