Khamis, 20 Ogos 2015

Jurnal kehamilanku (3): 'survey' tempat bersalin

Puas 'blog walking' perihal lokasi bersalin khasnya di Daerah Klang. Selain itu ada juga dengar pengalaman dari kaum hawa terdahulu yang bersalin baik di hospital swasta mahupun hospital kerajaan. Ketiadaan pengalaman menyebabkan  aku perlu menimba ilmu dan mendengar pandangan dari pelbagai pihak baik dari keluarga sendiri, sahabat mahupun pembacaan.

Adakalanya  aku dan suami sengaja 'survey' kos bersalin di beberapa  klinik@hospital bersalin swasta. Manalah tahu jika ada rezeki lebih... kami juga turut meninjau hospital Kerajaan yang hampir siap di Shah Alam. Kalau sempat teringin juga ke sana...huhuhu. Kalau diikutkan HTAR lebih dekat dengan kediamanku cuma bila mengenangkan kepadatannya membuatkan kami cuba mengintai alternatif  berdekatan selain faktor-faktor yang kami sering bincangkan.

Hasil 'tangkapan' survey kami...inilah info terkini kos bersalin di 3 klinik/hospital swasta  setakat Ogos 2015 untuk perkongsian dan maklumat bersama:

Hospital bersalin Razif, Klang





Bersalin normal dari RM1800. Pembedahan dari RM4800.

Antara kelebihan hospital ini ialah memiliki barisan doktor wanita yang ramai. Jika inginkan doktor yang sama ketika sessi pemeriksaan, perlu buat temujanji terlebih dahulu. Saya pernah 'walk in' kali pertama dan buat permintaan  untuk bertemu dengan Dr. Melissa Goh Abdullah, Alhamdullillah  berkesempatan tanpa temujanji kerana kebetulan beliau ada. Jika beliau tiada maka kita akan ditemukan dengan lain-lain doktor yang sedang bertugas.

*Dr. Melisa sangat peramah dan tidak lokek memberi penerangan terhadap tiap-tiap  persoalan yang bermain difikiran ku.

Klinik Annur, Shah Alam

Harga agak berpatutan, Klinik 'otai' sebab klinik bersalin yang awal di Shah Alam. Klinik ini hanya mengendalikan kes berisiko rendah serta tidak menjalankan pembedahan.

Kos perkhidmatan

Antara  kelebihan  klinik bersalin  Annur.

*makanan  tidak disediakan.



Klinik Barakah


Bersalin normal: RM1950.00
Klinik yang semakin mendapat tempat di hati masyarakat khususnya umat Islam. Dikendalikan oleh 2 doktor muslimah yang sangat berpengalaman. Pertama  kali datang, tak dapat nak jumpa doktor. Perlu buat temujanji terlebih dahulu. Telifonpun tidak mengapa. Waktu datang temujanji pula antara jam 5.30-10.00 malam. Ramai juga orang dah 'book' temujanji hingga kami hanya dapat selit nama untuk temujanji 4 hari akan datang. Itupun tinggal 1 ruang!

Barakah Mac 2016:

Sumber : fb


Antara info lain Klinik Barakah.
*klinik  ini tidak memiliki kemudahan  pembedahan namun doktor-doktor tersebut berkelayakkan dan jika pembedahan diperlukan dan dikenalpasti awal kita boleh 'book' doktor dan pembedahan dilakukan di Hospital lain sementara Hospital Barakah yang baharu dalam pembinaan.

*pengalaman seorang rakan yang dibedah kerana bayi songsang: pembedahan  oleh Dr.Khairiah(klinik Barakah) di Hospital Bersalin Salam, shah Alam. 



Kerajaan @ swasta?

Kalau difikirkan  tentang kos memang hospital kerajaan jauh lebih jimat selain memiliki kepakaran ahli perubatannya. HTAR sering digambarkan sebagai lokasi pilihan 'terpaksa' oleh sebahagian wanita ketika aku 'blog walking'. Namun aku tidak mahu menelan kisah tersebut bulat-bulat sebagai panduan walaupun ada di antara pengalaman dari jiranku sendiri yang membuatkan aku seram sejuk. Memang aku bersimpati terhadap nasib kurang enak yang menimpa sebahagian dari mereka dan berdoa agar perkara tersebut 'tak kena pada batang hidung kita?'namun ada juga pengalaman beberapa sahabatku di HTAR yang berbeza.


Aku sendiri mempunyai pengalaman 2 kali bermalam di wad HTAR(bukan sebab bersalin)mungkin situasinya agak berbeza tetapi aku dapat gambarkan betapa sibuknya keadaan di situ. Namun begitu aku percaya bahawa doktor dan jururawat  di sana tidak akan mengabaikan pesakitnya. Mungkin faktor bilangan pesakit yang terlalu ramai dan keletihan para petugas yang terpaksa melalui waktu bertugas yang panjang menyebabkan ibu atau bakal ibu perlu berdikari. Aku berharap akan diperhebatkan lagi jumlah bidan-bidan wanita selain pengurusan wad bersalin serta dewan bersalin yang lebih praktikal dan tersusun bagi bakal-bakal ibu yang memerlukan sokongan moral dan emosi. Dari segi mental aku sedang mempersiapkan diri untuk 'berserah' di HTAR. Aku yakin Allah sebaik-baiknya pelindung. Dari segi usaha pula, pada masa yang sama aku berjimat-cermat mengumpul wang dengan harapan dan doa melangit untuk melahirkan cahayamata pertamaku di klinik swasta paling hampir. Insya'Allah jika tiada risiko berat yang lain. Ada juga 'suara-suara' yang mengatakan mana-manapun bersalin sakit sama sahaja! Bukan layanan v.i.p yang aku harapkan tetapi 'kebolehan' @ 'kuasa' memilih doktor wanita Islam (kecuali mudarat) untuk memeriksa tubuhku dan menyambut kelahiran bayiku dengan kalimah Allah...Insya'Allah. Selain itu sebagai insan yang tiada langsung pengalaman bersalin pastinya menginginkan penjelasan/panduan yang jelas dari doktor tentang apa yang berlaku dengan tubuh badan kita ketika melalui saat-saat tersebut selain dari sokongan moral.

Hospital Tengku Ampuan Rahimah memang ada doktor wanita tetapi kita tidak dapat membuat pilihan tersebut memandangkan pelbagai faktor yang tidak dapat dielakkan. Menurut seorang sahabatku yang pernah beberapa  kali bersalin di Hospital  Putrajaya, pengendalian kelahiran dilakukan oleh bidan wanita. Emmm... jauhlah pulak...   Bergantung pada rezeki masing-masing. Bukan aku tidak pernah ada pengalaman dirawat,dibedah dan diperiksa oleh doktor lelaki ketika pembedahan ACL, ketika itu aku memang tidak ada pilihan. Untuk kali ini aku mahu mengusahakan  sesuatu kerana ia masih boleh direncanakan. Namun aku berserah kepadaNya  kerana kita hanya mampu merancang Allah  juga yang  menentukan.

Pemeriksaan  berkala

Walaupun  ada perancangan untuk melahirkan di klinik swasta, aku tidak mengabaikan pemeriksaan berkala di Klinik Desa. Faktor usia dan kehamilan pertama memaksa aku terus tabah. Adakalanya memang letih melayan prosedur dan pelbagai peringkat pemeriksaan tetapi semua itu pasti ada sebabnya. Takkan pihak hospital saja-saja nak buang masa mereka untuk mengendalikan pemeriksaan yang adakalanya  dilihat remeh tetapi agak penting. Pada masa yang sama juga, aku 'scan' kandungan di klinik swasta selain membuat ujian air gula disitu. Alhamdullillah  keputusan bacaan  gula agak baik. Entah mengapa untuk ujian gula yang ke 2, nurse klinik Desa tu seboleh-bolehnya nak aku buat di klinik kerajaan. Bukan aku nak mengelak, tetapi aku sebenarnya   lebih selesa dan mudah buat di klinik panel swasta berhampiran rumahku. Nak balikpun senang...tahu-tahu sahajalah kalau dah telan air gula tu kena tunggu sampai 2 jam untuk proses seterusnya. Mula tekak rasa mual dan nak termuntah. Kalau ke klinik sebelum ni tak jauh dari rumah balik dan baring. Encik suamipun tak kelam kabut nak pergi kerja. Tetapi  tidak mengapalah, Insya'Allah  ada hikmah di sebalik  semua ini. Sekurang-kurangnya bertambah pengetahuan tentang cara kedua-dua sektor perubatan(swasta & kerajaan)  di negara kita.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

thanks for info.
additional FYI
UMRA normal 1599, czer 4199.
Tapi hati berat untuk ke hospital barakah.. atau razif.. dilemma

teratak molek berkata...

Terima kasih atas info tambahan. Saya juga masih dalam dilema walaupun sudah masuk minggu ke 38 nie, berserah dalam berusaha. Semoga urusan kita dipermudahkanNya...

Unknown berkata...

Boleh tau knp dilema utk ke razif Dan barakah?

teratak molek berkata...

Doktor di kedua-dua hospitalpun ok rasanya cuma sy ketika itu dalam dilema sebab anak pertama dan tidak ada pengalaman. Hospital Razif tidak begitu jauh dengan kediaman saya tetapi alang-alang nak guna perkhidmatan swasta nak juga 'kuasa' memilih doktor wanita cuma jika dalam keadaan atau waktu tertentu maka di sini mungkin akan melibatkan doktor lelaki manakala di Barakah pula ketika ini sudah tentu doktor wanita. Apapun Alhamdullillah akhirnya saya sudah selamat melahirkan anak di HTAR. Kita hanya mampu merancang Allah juga yang menentukan. Pengalaman tersebut ada dalam entri seterusnya...

teratak molek berkata...

Doktor di kedua-dua hospitalpun ok rasanya cuma sy ketika itu dalam dilema sebab anak pertama dan tidak ada pengalaman. Hospital Razif tidak begitu jauh dengan kediaman saya tetapi alang-alang nak guna perkhidmatan swasta nak juga 'kuasa' memilih doktor wanita cuma jika dalam keadaan atau waktu tertentu maka di sini mungkin akan melibatkan doktor lelaki manakala di Barakah pula ketika ini sudah tentu doktor wanita. Apapun Alhamdullillah akhirnya saya sudah selamat melahirkan anak di HTAR. Kita hanya mampu merancang Allah juga yang menentukan. Pengalaman tersebut ada dalam entri seterusnya...