Khamis, 6 Ogos 2015

Jurnal kehamilanku (2)

Alhamdullillah  syukur ke hadrat Ilahi, usia kandunganku kini mencecah  6 bulan. Kandungan sihat cuma bacaan hb agak turun naik sedikit. Bacaan gula sebelum  ini juga baik, malangnya ada ujian gula sekali lagi pada minggu ke 28...ingatkan kalau dah ok tak perlu buat ujian gula lagi. Seriau rasanya nak  telan air gula yang manis tu! Huhuhuh. Apapun demi amanahNya aku harus menyusuri segala yang difikirkan untuk kebaikkan.


Kesan Suntikkan 

Baru minggu lepas aku diberi suntikkan kancing gigi. Percuma sahaja di Klinik Desa untuk warganegara. Jururawat  kata ia adalah prosedur biasa kehamilan dan sebulan lagi aku akan menerima  suntikkan  dos yang ke 2. Bab suntikkan  ni memang aku lemah sikit, tapi nak buat macam  mana...relakan saja. Pertama kali disuntik aku rasa sengal-sengal di bahagian kiri. Jururawat  akan  sarankan suntikkan  pada  tangan yang bukan digunakan  untuk menulis. Kalau kidal maka suntikkan  tersebut  akan diberikan  di sebelah kanan.

Sampai di pejabat rasa lesu. Terlelap seketika. Nasib baik pegawai amat memahami. Alhamdullillah  'perjalanan' ini dipermudahkanNya.

Satu 'pemergian....'

Tanpa diduga satu-satunya adik arwah abah(maksu)kembali kerahmatullah. Aku sempat melawat dan mengucup tangan arwah ketika di wad HUKL 2 hari sebelum itu. Arwah menderita sakit tulang belakang. Ketika itu arwah baru sahaja menjalani pembedahan. Itulah kali terakhir dapat kulihat senyumannya. Walaupun agak hambar dek kesakitan  yang  dialaminya tetapi wajah arwah yang bersih membuatkan  aku rasa sayu... aku tak dapat nak melawatnya dengan kerap sebelum  ini kerana keadaanku. Tetapi aku juga kagum dengan pengorbanan sepasang anaknya yang telah berumahtangga  bergilir-gilir menjaga arwah sejak terlantar beberapa bulan di rumah hinggalah di wad. Sebelum ini mereka juga diuji dengan pemergian ayah mereka yang memerlukan penjagaan lebih 3 bulan di hospital. Kedua-dua arwah 'pergi' selepas Aidilfitri. Allah lebih menyanyangi  arwah...semoga roh arwah ditempatkan  di kalangan orang-orang yang beriman. Hanya doa mampu kukirimkan moga diterimaNya. Semoga syurga tempat kalian wahai insan yang baik budi!






Masuk bulan ke 6 ni mabuk berkurangan, aku dah mula masak-masak. Hatiku masih terkesan dengan pemergian  arwah maksu beberapa  hari yang lalu. Aku hanya mampu menatap wajah suci arwah ketika saudara-mara yang lain membuka wajah arwah. Aku tak mahu airmata ini tumpah... Aku dan suami sempat mengiringi jenazah arwah ke kubur. Perasaan  sedih harus kugantikan dengan keredhaan. Aku yakin Allah itu Maha Pengasih  lagi  Maha Penyayang. Ku doakan dari kejauhan walaupun   Kenduri tahlil tidak dapat kupenuhi kerana kelesuan dan pembawakkan kehamilanku.


Perkembangan  positif....


Beberapa jenis makanan kini mampu kunikmati. Aku juga dapat menikmati hidangan rumah terbuka jiran tetangga berhampiran. Tetapi sampai sekarang  aku gagal menikmati sebarang masakkan  ayam @jenis biskut. Kembang tekak. Biskut kering  mampu kutelan sebab teringin tetapi diakhiri dengan penyesalan apabila perut mula buat hal. Baru tadi juga aku memuntahkan sarapan 3 keping roti bersama segelas milo panas. Habis lencun baju kerja sebab tak sempat nak ke tandas. Lepas ni kena beringat dan elakkan makanan berkaitan walaupun  selera tu ada...namun  begitu aku bersyukur sebab sudah boleh menjamah nasi dan buah-buahan.

Berkarya bersama 'baby'...

Sebenarnya seawal bulan ke-4 aku sudah mula merasai pergerakkan kandunganku cuma pada bulan ke 5 dan hari ini 'baby' agak aktif pada waktu petang dan beberapa ketika disebelah malam. Adakalanya aku terjaga sebelum subuh dan fikiran  ku dihujani 'mood' untuk melukis. Tetapi aku akan mendahulukan mandi dan solat subuh jika telah masuk waktu.



Masuk bulan ke 6 minat terhadap lukisan mula kembali, kali ini menggunakan warna air. Ada  juga kenangan 'berkarya bersama baby' dalam kandungan.


Semoga segalanya dipermudahkanNya walau laluan penuh liku.









Tiada ulasan: