Rabu, 14 Januari 2015

semai pokok 'Bunga pukul 10','ros jepun' (rj)


Mudahnya semai rj@ros jepun/bunga kembang pukul 10...hati tertawan dengan bunga-bungaannya yang terang dan rimbun....walaupun seketika berkembangan namun cukup menyerikan suasana.


Cara semaianku...supaya banyak bercambah.(2minggu yang lalu)



Langkah 1:

petik batang yang matang@mulai gelap kemerah-merahan@kecoklatan warnanya.

Langkah 2,buang bahagian hujung:
(Kalau sayang bahagian hujung,tanam ia bersama bahagian-bahagian hujung yang lain)


Langkah 3, bahagikan kepada beberapa keratan:


Sedia untuk disemai....yeiiii!


semaian di dalam botol mineral 1.5liter





Perlu rajin menyemai semula untuk hasil yang berterusan. Patahkan saja rj yang 'tua' dan semai semula manakaka rj lama yang dicantas Insya'Allah   akan menghasilkan cambah baru. Jangan lupa tambahkan tanah bakar pada rj lama yang telah dicantas agar ia kembali subur.



Antara barangan  kitar semula yang digunakan....



Selepas 2 minggu...

 

 
bekas mineral 1.5 sengaja dipotong tinggi. Letakkan batu dibahagian bawah sebagai pemberat sebelum tanah dimasukkan.




Antara deko dari bahan terbuang/kitar semula :






bakul bawang @ hamper lama jangan dibuang...tutup jaringan lubang dengan sabut atau dedaunan,kemudian masukkan tanah. :)

 
bekas cat pun ok tapi memerlukan terlalu banyak tanah...kalau nak jimatkan penggunaan tanah, masukkan batu-batuan dan dedaunan kering (boleh gak jadi baja kompos)dibahagian bawah kemudian barulah masukkan tanah dalam sejengkal 2...mmm kalau ada orang nak curipun sembelit dibuatnyer nak angkut baldi cat tu!

 
Bekas minyak yang telah dibasuh serta bekas aiskrim warna putih pun menarik...

 


Deko 'style' pelita yang semakin popular.


bunga dah mula 'tumpah' dari tayar...

Basikal era persekolahanku ini berusia 22tahun...hendak diperbaikki modal macam nak beli sebiji lagi, baik 'diperindahkan' untuk hiasan taman.


selain baja mol bawang d.i.y, aku gemar menggunakan semburan organik bactova.







Tiada ulasan: