Selasa, 20 Januari 2015

mini samosa



Mini samosa  kacuk kentang & keledek :)


Mudah sebenarnya menyediakan samosa cuma agak remeh untuk membentuknya kerana tangan melekit-lekit dek telur. Sebiji telur digunakan  sebagai 'gam', boleh juga tukarkan dengan bancuhan tepung kanji @ air biasa namun saya lebih gemar menggunakan telur kerana bukan sahaja ia lebih kuat, tetapi jika balut tak kemaspun mudah nak menggayakannya walaupun remeh.

Bahan   inti samosa

1 biji keledek kuning dipotong dadu dan dikukus berasingan sehingga empuk.

II

 3 biji kentang besar dipotong dadu

Potong dadu/cincang dan tumis:

Seketul isi dada ayam @ daging lembu (lagi banyak lagi best....hehe)

1 biji bawang besar
4 biji cili api
3 biji cili besar hijau
1 tangkai daun kari
1 senduk serbuk kari (boleh juga kurangkan @ lebihkan jika mahu)
Serbuk lada hitam, garam & gula secukup rasa.

Setelah naik bau masukkan kentang dan 2 cawan air sehingga kentang empuk.


Setelah kentang  empuk   sepenuhnya dan semakin kering  bolehlah campurkan keledek tadi dan gaul rata.


Rehatkan  dulu sebelum proses 'melipat' samosa.

Cara lipat mini samosa


Potong kulit popia kepada 3 bahagian



Setiap kali kulit digunakan tutup bakinya agar tidak cepat kering.

1

2. Jangan   lupa sapukan telur di setiap bahagian tepi.

3.lakukan lipatan sehingga kehujungnya, ratakan isi dengan menekan perlahan jari dari kulit popia. Jika ada lebihan saya akan 'gam' dengan telur sahaja, rasa sayang nak gunting.

Siap! Saya suka pada lipatan yang kurang kemas asalkan ter'gam' rapi kerana bila goreng ia lebih rasa rangup.



Goreng dengan api sederharna dan kerap 'balik-balikkan' agar tak hangus.


Ok Baiiii! :)



Nampak rangup gitu!




Lain-lain tip berkaitan:

#isi boleh juga guna udang kering bersama udang basah: kurangkan kari.

#inti lebih boleh buat karipap.

#Jika tidak mahu gunakan kentang, tumis bahan-bahan sehingga kering dan campurkan sahaja keledek yang telah empuk dikukus...pun sodapppp!

#nak inti yang lebih ringkas? Tumiskan bawang goreng bersama isi ayam yang dicincang, mix vege (lobak,kacang pis,jagung). Perisakan dengan kiub ayam serta sedikit lada sulah.














Tiada ulasan: