Nak pedas...nak pedas...
Ada tetamu istimewa bertandang sekeluarga, masakkan pedas merupakan pembuka selera si suami. Pelik juga aku ini, bila 'tetamu' nak datang hilang pula ilham nak masak apa. Mmmm kadang-kala yang ringkas itu lebih menyelerakan terutamanya bila makan beramai-ramai.
Oleh kerana ada anak-anak kecil dan ada pula yang perut sensitif, tak adil juga kalau menu masakkan ayam lemak kuning ini dimasak pedas. Jadi aku mengambil keputusan menyediakannya secara sederhana selain menumis kobis beijing dan sebahagian ayam digoreng. Untuk rasa pedas, aku buat sambal cili bangi yang menyengat ni inspirasi dari 'deria rasa" sambal ayam penyek yang pernah kunikmati. Rasanya macam sama tapi tak serupa. Yang 'best'nye sengatannya sementara tapi bahang pedas dijari masih terasa kerana aku gemar membuang bijinya yang padat terlebih dahulu.
Sambal cili bangi
Nak resepi?
Rebus lebih kurang 5 minit bahan-bahan berikut:
10 biji cili bangi, dibelah 2 dan buang biji
sesudu kecil penuh udang kering
setengah gemgam ikan bilis siap kopek
1 biji bawang kuning sederharna besar
2 biji bawang putih
Selepas rebus,toskan dan kisar@tumbuk separuh hancur.
Tumis bahan kisar sehingga naik bau. Masukkan 1 sudu kecil gula perang dan garam secukup rasa.
Setelah kering tambahkan sesenduk air, potong sebiji lagi bawang kuning dan masukkan ke dalam bahan tumisan Sehingga bawang layu dan sambal separa lembab.
Setelah siap, perahkan 2 biji limau kasturi.
Selamat mencuba! :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan