Selasa, 13 Januari 2015

terdampar di pulau


Terdampar di pulau...

Antara imiginasi &   fantasi zaman kanak-kanak ku... kalau di ikutkan era kedewasaan ini memang seram sejuk bila mengenangkan   nasib apabila terdampar di sebuah pulau.



Keberanian entah dari mana datangnya waktu kecil-kecil dahulu sehingga berimiginasi sedemikian rupa lebih-lebih lagi bila membaca cerita@menonton filem berkaitan yang digambarkan seronok dengan gaya hidup 'survival' ala siri McGyver gitu...di mana ada masalah di situ ada ikhtiar penyelesaian. Rasanya generasi McGyver mempunyai kecenderungan yang hampir serupa.


....emmm ada sebab berimiginasi terdampar   di pulau, mungkin ketika itu minda menggambarkan suasana yang cantik dan dapat mandi manda di air terjun yang kononnya pasti terdapat di setiap pulau. Paling seronok apabila dapat menikmati pelbagai jenis   buah-buahan di pulau imiginasi tersebut.


...tetapi itu hanya   imiginasi zaman kanak-kanak ku...
malam pasti terasa sangat panjang....


Hakikatnya terdampar di sebuah pulau tidak bernama yang dikelilingi samudera luas tak senikmat yang   dibayangkan. Berseorangan dan sepi saat menunggu  diri diselamatkan   mungkin mengambil   masa bertahun-tahun.

Inspirasi dari Pulau Sacrosa

Entah masa akan melupakan kewujudan kita atau sebaliknya. Otak yang waras mungkin akan jadi sewel. Badan yang gebu bagai disedut-sedut sehingga nampak susuk rangka batang tubuh. 



Kenyataannya tak semua pulau itu indah dan dipenuhi sumber makanan.




 Ada pulau kontang, tidak berpenghuni, misteri malah ada juga yang dipenuhi oleh binatang berbisa. Manusia adakalanya perlu beriktiar untuk 'keluar' sendiri dari pulau tersebut demi kesinambungan   hidup walau hakikatnya  risiko di lautan sangat tinggi.


Lepas nie kalau nak terdampar biarlah kat pesta makan buah-buahan percuma...kikiki





Tiada ulasan: