Selasa, 6 Januari 2015

Kentang goreng tepung





Macam-macam resepi yang boleh dibuat dari kentang. Kali ni nak kongsi sesuatu yang biasa tetapi adakalanya menjadi keinginan tekak untuk hidangan santai. Kentang ala 'Wedges' @kentang goreng tepung buatan sendiri ini ku olah persis ayam goreng tepung, jadi sesiapa yang nak buat ayam goreng tepung yang 'ringan' bolehlah guna teknik yang sama.



Bahan-bahan

A. 2 biji Kentang USA@kentang holand.

B. Sedikit kunyit, 1/2 sudu kecil lada sulah, sedikit serbuk lada hitam jika mahu, 1 biji telur putih.

C. Sebatikan 1 sudu besar tepung beras, 2 sudu tepung goreng ayam Adabi dan 1 senduk tepung gandum.
Minyak untuk menggoreng.

Cara-cara

Kentang dibasuh bersih dan dipotong 6@8 secara memanjang/ikut suka.
(Potong dengan @tanpa kulit)
Toskan. Gaul kentang bersama-sama bahan B.

Panaskan minyak dengan api yang sederhana. Apabila minyak telah panas, gaulkan satu demi satu kentang bersama adunan tepung sambil menggoreng kentang tadi.



Hanya gaul tepung ketika hendak memasukkan kentang ke dalam kuali agar tepung rata dan tidak melekit, jangan gaul serentak dengan mencampurkan terus adunan tepung dengan kentang jika tidak hasilnya kurang menarik.



Setelah siap digoreng, tos dan perisakan dengan garam kemudian bolehlah dihidangkan bersama sos dan mayonis.


Enak ketika panas

Tiada ulasan: