Selasa, 13 Januari 2015

spare part dapur gas




Zaman canggih sekarang ada bermacam-macam model dapur masak, aku pernah melalui zaman dapur masak kayu sehinggalah elektrik. Kenangan tak dapat dilupakan adalah ketika zaman dapur minyak gas butterfly...mencabar tetapi agak klasik diingatan.

Pertama kali guna dapur yang canggih sikit adalah ketika 'berkampung sukan' di rantau orang. Terasa kemudahan yang agak ketara dan canggih di era 90an.

Aku sendiri ketika ini menggunakan dapur gas, budget tidak mengizinkan ketika itu untuk 'up grade' terutamanya ketika mula-mula rumah baru sahaja dibina maka sebolehnya mahu berjimat dan beli yang asas sahaja.

Dah boleh masuk muzium...hehehe


Diam tak diam usia dapur gas kami telah masuk 8 tahun! Walaupun sudah ada budget nak 'up grade' tetapi terasa sayang nak 'let go' sebab selain ia berfungsi dengan baik ia juga masih relevan untuk digunakan. Paling best walaupun tombolnya patah masih ada kedai yang menjual alat gantinya...sebelum ini  hanya 1 tombol patah lalu aku memasang api secara bergilir-gilir sekiranya menggunakan kedua-dua bahagian dapur, tetapi bila satu tombol yang tinggal itu makin parah mulalah rasa nak beli dapur baru, mujur aku sempat rujuk pada kakak. Kata kakak 'benda' ni ada dijual di kedai-kedai tembikar yang menjual kuali-kuali serta dapur masak kenduri. Kira macam 'kedai dapur tradisional juga@dolu-dolu'.

Alhamdullillah kedai-kedai sebegini masih wujud dan seperti yang diharapkan aku berjaya mendapatkan 'spare part' dapur gas kesayanganku. Selagi boleh dan selamat biarlah aku gunakan dapur yang sedia ada.

2 ringgit jerr...

Cuma yang mengecewakan aku adalah kualiti penyelenggaraan tong gas hari ini, sudah berapa kali aku terpaksa memulangkan tong gas yang baru dibeli kerana 'gas' keluar dan berbau. Kadang-kala terpaksa cik abe 'adjust' 'washer' @ gelung getah cilik yang ada kat tong gas tu.


Sudah berusia 8 tahun...kalau api mula bertukar kuning, selenggara dapur di luar rumah dengan menyingkirkan karat dan keladak yang terbentuk.




Tiada ulasan: