Rindu pula nak 'bermain dengan berus' dan warna, hasrat nak melukis di kanvas setakat ini tak kesampaian lagi.
Seronoknya pula melukis dengan Spen galaxy note ini kerana aku boleh menggunakannya di mana-mana sahaja tatkala idea datang.
Aku tak perlu bazirkan kertas@kanvas, malah mudah nak memperbetulkan kesalahan....back...back...back macam kat dalam komputer.
...aku dah cuba aplikasi lukisan di telifon lain....GNote lebih real...rasa asli.
....puji melambungpun bukannya 'depa' nak sponser GNote 4 kat aku kannnn...
Heheheh
....tapi tidak mengapalah, asalkan aku memang rasa seronok menggunakannya sebagai insan yang 'kaki conteng'...tak risau nak simpan 'karya' kat mana. Bila-bila masa boleh syok sendiri layan mata dari handphone. Kalau teringin nak frame bolehlah pergi kedai printer 'kaler' tu....
Namun...aku tetap rindu nak melukis di atas kanvas, pasti rasa kekok nak layang berus nanti...entah berapa helai kanvas pula yang akan jadi mangsa.
Rindu tau!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan