Denggi
... waktu 'urusan' nyamuk merbahaya ini menjadi perhatian setelah banyak kes berkaitan sehingga menyebabkan maut. Tingkap rumah segera ditutup sebelum senja dan tiada kemahuan untuk membuka tingkap di awal pagi.
Gambar diambil di kawasan 'foodcourt' Giant,Bandar Bukit Tinggi. |
Ketika zaman kanak-kanak kami biasa membuka tingkap awal pagi sebagai tanda bangun awal dan pengudaraan agar hawa pagi meresap ke dalam rumah. Tempat tinggal ketika itu pula berhampiran dengan hutan kecil dan tanah terbiar milik orang.
Hari ini, semak samun berkurangan dan rumah-rumah baru tumbuh bak cendawan tetapi denggi lebih rakus berbanding zaman ketika aku hidup di kelilingi hutan kecil. Paling sedih, bulan ini saja beberapa kenalanku bermalam di wad akibat denggi; syukur apabila seorang teman berjaya mengharungi saat-saat getir di i.c.u pada masa yang sama sebak apabila salah seorang sahabatku yang lain kehilangan seorang teman hidup...siapa sangka isteri yang setia di sisi menyuap makanan dengan penuh kasih sayang ketika si suami melawan denggi akhirnya berselang waktu di i.c.u akhirnya 'pergi' menyahut panggilan Ilahi selepas beberapa hari sahaja akibat wabak yang sama sebaik sahaja suami tercinta dibenarkan pulang. Sebelum si suami, anak kecil mereka juga dirawat kerana denggi.
Maha suci Allah yang Maha penyayang & pengasih kerana memberi kesembuhan kepada si suami agar dapat bersama arwah di saat-saat akhir arwah.
...dari Dia kita datang, kepada Dia kita kembali...
Maha suci Allah yang Maha penyayang & pengasih kerana memberi kesembuhan kepada si suami agar dapat bersama arwah di saat-saat akhir arwah.
...dari Dia kita datang, kepada Dia kita kembali...
Wahai sahabatku, dugaan ini ada hikmahNya. Allah lebih menyanyangi arwah dan menyanyangi dirimu dengan ujian ini. Semoga tabah, redha dan kuat di atas ujianNya. doaku semoga Allah akan mempermudahkan urusanmu dalam menempuhi kehidupan yang mendatang....
Buat teman-teman yang ghairah bertaman sebagaimana aku jangan pula kerana hal ini kita menghumban semua pokok-pokok pasuan. Apa yang penting adalah komitmen penyelenggaraan.
Sebagai salah satu pencegahan semburkan racun serangga di bahagian pohon yang gelap merimbun, bersihkan daun-daun kering dan pastikan takungan air dinyahkan manakala taburkan ubat pencegah denggi di tempayan air simpanan/tadahan hujan kita. Ubat pencegah jentik-jentik akan bertahan 3 bulan.
Boleh di dapati di hypermarket
Selain dari menjenguk tadahan air, untuk mengelakkan dari terlupa, tandakan tarikh akhir anda menaburkan ubat jentik-jentik pada kotak dan catat jadual@peringatan pada telefon bimbit anda lantas maksimakan kemudahan teknologi telefon yang ada selain untuk berchat@ber'fb' untuk perkara-perkara yang berfaedah yang dilihat remeh.
Letakkan diri kita sebagai CEO dan menjadikan telefon@kalender sebagai PA kita sendiri.
Semoga Allah melindungi kita semua. Insya'Allah.
Letakkan diri kita sebagai CEO dan menjadikan telefon@kalender sebagai PA kita sendiri.
Semoga Allah melindungi kita semua. Insya'Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan