Secara 'bjemaah pula kucing-kucingku sakit mata. Bila dilihat semua mengalami jangkitan yang sama. Saya membawa sebahagian dari mereka ke vet gomen untuk rawatan dan nasihat Tentang penggunaan ubat yang sesuai.
Siksa rasanya melihat kucing terkena sakit mata. Kadang-kala bengkak di dalam kelopak mata kucing terjuir bak bibir yang merah. Tahi mata mengaburi pandangannya dan mata kucing berair kerana tidak selesa.
Adakalanya kucing tidak terlepas dari dijangkiti penyakit mata, atas saranan veterinar di jabatan haiwan, saya telah gunakan ubat sakit mata manusia untuk kucing saya.
Sakit mata lambat sembuh jika tidak diatasi dan mampu mengakibatkan kucing-kucing lain berjangkit.
Saya mempraktikkan tunjuk ajar yang doktor vet berikan di klinik tadi.
Sebelum disapukan pada matanya, pastikan mata kucing dibersihkan dari sebarang kotoran, tahi mata atau nanah dengan tisu lembab yang sebaiknya dicelup dan diperah dengan air suam2 kuku.Lap perlahan-lahan dan sabar membersihkan sisa-sisa nanah. (Saya pernah terbaca tentang mata kucing yang tersembul keluar setelah dilap, jika ini berlaku, kucing boleh kehilangan biji mata dan buta.Doktor vet mungkin terpaksa membuang mata tersebut-sumber fb)
Beransur pulih selepas beberapa hari penggunaan ubat sapuan. |
*ubat ini boleh didapati di farmasi, saya telah membelinya dengan harga 4.70 ketika itu...feb 2013.
* ubat mata jenis titis air tidak disarankan kerana kelopak mata kucing akan kembang dan pucat dan adakalanya tidak begitu efektif jika jangkitan tersebut agak serius/lambat walaupun ada waktu ia berjaya.-sumber pengalaman sendiri
*eye mo juga tidak sesuai & memudaratkan kucing-sumber fb
Boleh didapati di farmasi atau klinik biasa. |
* ubat mata jenis titis air tidak disarankan kerana kelopak mata kucing akan kembang dan pucat dan adakalanya tidak begitu efektif jika jangkitan tersebut agak serius/lambat walaupun ada waktu ia berjaya.-sumber pengalaman sendiri
*eye mo juga tidak sesuai & memudaratkan kucing-sumber fb
antara krim yang efektif: terramycin, boleh didapati di farmasi, saya juga telah mendapat rujukkan daripada doktor vet untuk menggunakannya. Tidak semua jangkitan@penyakit mata menggunakan ubat dan kaedah yang sama. Sila bawa kucing ke klinik terlebih dahulu ye untuk mengenal pasti Rawatan yang bersesuaian agar tidak mendatangkan kemudaratan pula.
'...saya tak marah, nasihat...' dialog dari filem P.Ramli.
Perkongsian pengalaman tentang kucing:
Rantai kucing mendedahkan keselamatan kucing jika....
Kucing memang comel & menarik apabila dikenakan tali/rantai leher. Sebilangan pemilik mengenakan tali leher ini untuk menanda atau mencantikkan kucing mereka. Walaubagaimanapun cuba elakkan kucing mengenakan rantai/tali berloceng terutamanya kucing yang biasa dilepaskan di luar rumah kerana ia sebenarnya menyukarkan ia ketika menyelamatkan diri atau berburu. Kucing kampung atau kucing yang kita letakkan diluar misalnya mungkin mendapat ancaman dari dikejar anjing atau kucing lain.Bunyi loceng tadi akan menyukarkan ia untuk menyelamatkan diri kerana 'musuh' mudah mengesannya. Hasil buruan kucing pula akan terlepas apabila kehadiranya mudah diketahui tikus, cicak dan sebagainya. Selain itu juga pastikan rantai/tali leher dibuat dari meterial yang selesa selain dipasang tidak terlalu ketat untuk mengelakkan ia daripada lemas dari masa ke semasa kedewasaannya. Memasang terlalu longgar juga boleh menyebabkan risiko tersangkut ketika kucing beraktiviti.
Awas, bahaya getah 'tempe' pada kucing!
2. Sekiranya anak2 memakaikan gelang getah pada leher haiwan sila buka segera kalau lupa kucing akan menderita. Saya pernah terserempak dengan seekor kucing yang tak mampu bercakap dengan lehernya kemerah-merahan. Saya sangka tuan kucing tersebut terpakaikan rantai leher terlalu ketat...rupa-rupanya getah tempe melekap kuat menembusi lehernya. Ternyata getah itu tidak reput malah mencengkam leher terlalu kuat! saya percaya ia telah berada di leher kucing itu sudah sekian lama.Saya telah berusaha mencabut dan menarik getah tersebut tetapi hanya mampu membuka cengkamannya kerana ketiadaan gunting. Bayangkan apabila getah tersebut kupisahkan dari leher kucing tadi mengiau dan aku tergamam apabila ia memandang ke arahku sambil berjuraian airmata! Berjuraian airmata???
Mungkin lega bercampur sakit kucing tersebut terus lari sambil getah tersebut masih tergantung pada lebihan sisa daging lehernya....ada kekesalan di sudut hati kerana gagal membuang terus getah tersebut...dan juraian airmata kucing itu masih terngiang-ngiang diingatanku...
Perlu perhatian:
Sumber: fb klinik, hello vet di sini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan