Hari ini suami ajak makan diluar...takut saya letih masak sebab ada kursus esok. Tapi bila jenguk peti ais ada seketul daging lembu yang dibeli kelmarin. 3 hari tinggalkan rumah sayang pula nak biarkan begitu saja, jadi masak sajalah guna apa yang ada di dapur dan di laman. Sekurang-kurangnya tinggalkan air tangan untuk suami.
Resepi nie guna banyak bahan tapi sempoi jer nak masak:
Daging 250g-500g dipotong kecil@dadu
Bahan kisar
● 1 biji bawang besar, 2 batang serai, 3 tangkai cili kering, 1 tangkai cili hijau, halia besar ibu jari, kunyit hidup besar kelingking, 2 biji bawang putih, 6-8 biji cili api dan sedikit lengkuas.
Bahan lain:
♥sekeping asam keping, setangkai daun kesum, 2 helai daun kunyit, 4 helai daun cenkur/cekur, sekeping daun limau purut dan setangkai cili hijau.(daun-daun diramas sekali jer)
Garam dan air secukupnya.
Cara-cara:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang telah dikisar. Apabila naik bau masukkan daging. Masukkan air lebih kurang 2-3 cawan dan didihkan sehingga daging lembut.
★Kalau daging masih liat masukkan 4-6 sudu makan. Kalau zaman kecik dulu saya guna daun nangka...tapi sekarang pokok nangkapun dah takda, guna sudu boleh jer...
2. Selepas daging lembut masukkan bahan-bahan lain hingga layu.
Masukkan garam secukup rasa.
Dah siap!
Berat hati nak melangkah esok...sudah 13 tahun dalam pekerjaan sekarang tidak memudarkan semangat kerja tapi bila 'tersenarai' mengikuti kursus yang berhari-hari...rasanya hati dah tawar.sebagai seorang wanita berstatus isteri 'hati' lebih dekat dirumah selepas tamat kerja...tetapi disebabkan tuntutan tanggungjawab sebagai seorang pekerja segalanya harus ditempuh dengan redha.Semoga hari-hari yang mendatang dipermudahkan olehNya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan