Sabtu, 23 Mac 2013

Jejak flora : Bunga-bungaan & tips mudah menanda nama tumbuh-tumbuhan



Hari ini aku bersemangat untuk menanda nama tumbuh-tumbuhan di sekitar lamanku. Aku ingin kongsikan cara mudah tanpa kos yang tinggi. Sebelum ini aku menanda nama tumbuh-tumbuhan dengan menulis dan 'melaminate' tetapi tidak tahan lama lalu aku menggunakan cecair melukis kaca ianya cantik dan menarik tetapi  agak mahal malah semata-mata membuat tempahan tanda nama di kedai secara berterusan agak kurang praktikal.

Alhamdullillah tercetus idea ringkas ini:

Bahan-bahan: 1.batu putih yang kering
2. Pen marker 'high performance' 

Hasilnya....

Comel tak? Setelah seminggu tulisan masih kekal walaupun setiap hari menerima siraman, namum begitu lama-kelamaan ia akan pudar dan perlu ditulis semula.

Kenangan nenas dari bapa mertua...'nenas abah Johor'

Nak lebih kekal? Boleh guna out liner untuk melukis kaca ni. Ia telah lebih 2 tahun.Boleh didapati di kedai English/cottage art.

Entri pic : 2015



Awal pagi sudah menguruskan kain baju yang perlu dibasuh, ketika menyedut udara segar mata tak lepas pandang terhadap rumput rumpai yang 'keseronokkan' di dalam pasu. Kerja menyidai dilakukan dengan pantas kerana tangan dah tak sabar nak mencabut rumput yang merampas zat yang sepatutnya diperolehi untuk pokok bungaku. Kelihatan rumput rumpai itu lebih subur berbanding dengan pokok bunga yang ditanam dan dimanja dengan kasih sayang. Sedang asyik me'nyah' rumpai, mata tertangkap pada bunga-bungaan rumpai itu sendiri.Saya percaya ramai diantara kita yang biasa melihat tumbuh-tumbuhan ini di sekitar kediaman kita.



Cantik juga! Alangkah bagusnya kalau aku tahu nama-nama tumbuhan tersebut. Lantas saya mengambil keputusan untuk 'memaafkan' sebahagian darinya dan membuat penyelenggaraan agar ia tidak menjejaskan pandangan dan keadaan. Bukan sahaja ia menarik tetapi mungkin ada keperluannya pada masa yang akan datang.



Terlalu banyak yang belum saya ketahui tentang tumbuh-tumbuhan disekeliling rumahku sendiri. Ia pasti ada manfaatnya. Lalu saya mengelilingi sekitar rumah untuk menyaksikan lain-lain tumbuhan liar yang memiliki bunga-bungaannya yang tersendiri.



Tumbuh-tumbuhan dan rumput rumpai liar berbunga ini ternyata digemari oleh si rama-rama, pepatung dan burung-burung kecil. Tumbuh-tumbuhan yang tumbuh semulajadi disekeliling rumah ini kebanyakkannya sangat cilik, bila difokuskan barulah terserlah keunikkan & kecantikkannya yang sering kita terlepas pandang dan abaikan sebelum ini....


bayam paksi
sumber rakan fb:ia boleh dimakan dan dibuat sayur,keseluruhan pokok yang telah dibasuh dengan garam boleh diblender dan minum untuk melegakan demam panas dan denggi.



Macam orkid...




Bungaan bayam paksi juga digemari oleh burung-burung kecil.





Catatan sekitar awal oktober 2014:

Salah satu dari tumbuhan liar yang ku semai, pasti ia akan kelihatan cantik sekiranya sudah sihat dan padat memenuhi pasu atau batasan.


Nak kongsi juga tanaman herba yang terdapat kaki gunung ledang...










Sambil-sambil itu jom segarkan mata dengan bunga-bungaan ini...



Bunga tasbih








Bunga kantan

Bunga buah jambu batu

Bunga raya putih

Bunga raya tanglung
Bunga labu









*nama-nama dan sifat bunga-bungaan turut dirujuk melalui pembacaan majalah, lawatan dan wikipedia.

Gambar-gambar terkini...

Teknik penghilang stress, adakalanya stress tugasan melanda hati.Ambil angin sekejab sambil menikmati tumbuhan renek yang menawan kalbu ni...

23.10.2014


















Tiada ulasan: