Khamis, 14 Mac 2013

Resepi ringkas :siakap terung pipit+sayur rojak & mi segera sesedap oren



Ada kelapangan hari ini untuk memasak...bebas dari kongkongan kerja! Pagi hari menyiram pokok bunga sambil tersenyum dan bersyukur pada Ilahi kerana selain pokok yang dibeli terdapat juga pokok semulajadi yang tumbuh subur dan memberi manfaat sebagai hidangan tengahari.


Di belakang rumah halaman jiran terbentang hamparan lalang yang mengingatkan aku pada liputan berita TV suatu ketika dahulu tentang kejayaan anak tempatan menghasilkan kertas dari lalang (boleh juga rujuk blog fisha, aku lantas melayarinya tatkala teringat perihal lalang ini)

Banyak rahsia alam yang tidak diketahui lagi, legasi penyelidikan perlu diwarisi dan generasi hari ini sebenarnya memainkan peranan penting dalam usaha menggali Ilmu Allah  disamping merujuk kepada mereka yang berpengalaman dan berilmu.


Lama sudah aku tidak nampak pokok terung pipit nie. Sejak teratak ini dibina, tanah-tanah 'baru' turut menimbus pokok-pokok asal yang tak sempat ku alihkan sekaligus membawa rumpai baru.


Terung pipit ini rasanya pahit-pahit manis dan terdapat banyak khasiat serta dikatakan boleh merawat kecacingan dan cirit-birit (sumber orang lama). Ketika arwah abah ada dahulu, arwah gemar memasukkan terung pipit ini ke dalam masakan ikan masak lemak kuningnya manakala emak suka menggunakan ia di dalam sambal tumis selain dicelur begitu sahaja.

Aku pula hari ini nak menggunakan terung pipit dan bendi yang membuahkan hasil (2 biji jer...hihi)untuk siakap 3 rasaku manakala cendawan yang baru ku beli akan ku masak sebagai sayur rojak! (Tumis sayur campur)Tak pernah dibuat orang kot siakap tiga rasa letak bendi, tetapi memandangkan sayangkan bendi maka campur sahajalah.


Meh cuba, ringkas jer cara saya:


Terung pipit ikan 3 rasa

Potong dadu seulas bawang besar, setengah batang lobak merah dan
Batang saderi ikut suka.

Ketuk 2 ulas bawang putih, halia setengah ibu jari

Potong daun ketumbar

Goreng seekor ikan siakap saiz sederhana digoreng dan tos.

Lain-lain sesudu cili kisar dan sesenduk sos cili, 2 biji bendi.



Cara-cara:

Tumis bawang dan cili kisar sehingga naik bau, masukkan sos dan kacau seketika, masukkan terung pipit sehingga separuh empuk.
2.  Masukkan bendi, bahan yang dipotong dadu dan yang diketuk.
3.  Tambahkan air mengikut kepekatan yang diingini. Perisakan dengan garam. Sesudah masak angkat dan tuang pada ikan goreng tadi. Taburkan daun ketumbar di atas ikan. Siap hidangan tengahari!


lebihan ketumbar dibekukan kerana ia mudah rosak tak tak boleh disimpan lama  maka kaedah ini dapat menyelamatkannya dan sesuai untuk kisaran sebagai jus atau masakkan. Sangat baik untuk buah pinggang (sumber fb). Lebihan batang berakar pula bolehlah ditanam.


Sayur campur pula

3 sudu minyak zaiton
Tumis bawang putih diketuk manakala bawang merah dan cili hijau dihiris.
Masukkan sayur pilihan yang dipotong ikut selera masing-masing seperti lobak, kobis bunga, kacang peas, lebihan batang saderi masakkan siakap dan cendawan.
tambah sedikit air jika perlu.



Perisakan dengan garam dan angkat ketika separuh empuk, baru rangupppp!
*tanpa sebarang kiub atau perisa lain terasa kemanisan sayur itu sendiri.


MI SEGERA GORENG

Petang nie ada  ' babby besar' lapar, dah tak sabar sangat nak makan....maklumlah baru bangun tidur....jadi pilihan cepat +pantas+laju ...mi segera gamaknya.

Resepi mi goreng rasanya banyak 'dipasaran' kita, banyak yang pro dalam hal ini...apapun mi segera bukanlah sesuatu yang kita boleh perkecilkan walaupun kanak-kanak pun terrer masak mi segera.

Kat sini saya nak kongsi resepi mi segera goreng bagi orang yang memang nak 'sesegera' mungkin sebab dah lapar sesangat tapi selera nak jugak mi segera bergoreng tetapi sesedap oren dan mengandungi makanan yang lebih sihat iaitu telur dan sawi (cover keburukkan makanan segera sikit).

Resepi ini hanya mengambil masa kurang 15minit sahaja...ringkas, kurang pedas dan...sesedap oren jerr...


Bahan2:


1 biji telur
Sawi 1/2 ikat (jumlah ikut suka)
2 bungkus Mi segera perisa sup ayam
1/2 sudu serbuk kari
1 biji bawang kecil & 1/2 biji cili hijau/merah ditumbuk lumat.
Sebiji limau kasturi.
(Penyediaan 5minit)
Cara2 memasak :

1 minit pertama....
Pecahkan telur kedalam rebusan air yang mulai mendidih dan masukkan sawi yang di siap dipotong (saya tarik2 jer sayur tu....lagi cepat). Kemudian masukkan mi segera.

Minit ke 2...
Sementara itu di kuali kecil yang berlainan, tumis bahan yang ditumbuk dengan minyak hingga nak bau dan campurkan serbuk kari bersama serbuk perisa yang sedia ada pada mi segera.
Minit ke 3...

Toskan mi segera yang mulai lembut dan goreng bersama bahan tumisan.Perahan sebiji limau kasturi semasa menggoreng untuk kelembapan dan rasa lebih enak.
Ringkas....siap sudah!
Garam tidak diperlukan kerana perisa pada mi segera sudah sedia masin.

Tiada ulasan: