Isnin, 11 Mac 2013

Sayang kucing :Kucing selsema....



Hari ini saya gembira sangat sebab Deigo dah sembuh dari selsema yang panjang. Memang tersiksa lihat kucing selsema...walaupun sesetengah dari kita mungkin akan berasa jijik bila kucing bersin tetapi demi rasa sayang terhadap anugerah Allah ini, pastinya kita akan berusaha sebaik mungkin untuk membantunya. Terima kasih juga kepada beberapa blog seperti jamilkucing, nitashidi, norhana2u, pen merah dan blog kucing utara dan byk lagi blog berkaitan yg lain kerana berkongsi ilmu.


Klinik vet di jabatan haiwan memberikan pil yang bersesuaian, walaupun kesannya agak lambat. Selain itu saya mendapatkan makanan tambahan yang disarankan oleh kedai haiwan berkaitan. Pernah juga mencuba air kelapa atas saranan 'orang  lama' cuma tak pasti selsema   deigo hilang kerana makan ubat vet@minum air kelapa. Yang nyata ada kesan positif kerana selsema berjaya dinyahkan. Walaubagaimanapun, sekiranya tiada pilihan ke veterinar , dos air kelapa yang mahu digunakan sekitar 5ml sahaja. Rujuk juga info grafik nie berkaitan.

Sumber dari fb 'hello vet di sini'.



Info sifat kucing:



Tahukah anda kenapa kucing lebih cepat memajat pokok dan sukar ketika turun?

Ini kerana kuku nya bentuk ala cangkuk yang memudahkan aktiviti memanjat dengan pantas dan ia merupakan salah satu taktik pertahanan diri ataupun memburu.Jadi kukunya lebih kuat mencengkam dan terpaksa turun 'terbalik'.  Walaupun kucing nampak kekok ketika turun dari pokok tetapi kucing juga merupakan 'pelompat' yang hebat.


Sumber maklumat: Buku berkaitan kucing & tv.





Tersebutlah kisah keluarga kucing dari Behrang.....
Comel sungguh macam memerang
Segala tikus dan cicak diserang
Bagaikan hero waktu berperang...



Jom tengok aksi-aksi comel kami!

Best juga pakai kasut crocs nie!


cuba, try...test!

Arrghhhhu
Aarrghh!! Takda saiz pulak!



'Port' baik nie...
Uuu...zzzzzzzz....macam tilam hotel daaa...


'Pekena' sardin best ni!





main nyorok-nyorok...
Jumpa gakkk!



Hak bermain..
Oren: tak aci...main gigit!
Kelabu: ada aku kisah, refferee tidur...


sempat berkempen...selamatkan dunia!


Bapak: dah besar nanti jangan lawan bapak tau...

si ibu kucing :Berilah kami kasih sayang...insyaallah ganjaran pahala dariNya.




Jangan tiru aksi ini...


Mak kucing: janganlah merajuk 'ayahnye...'

'Kucing macho tak merajuk...'




Sekian kisah kami sekeluarga yang menumpang kasih bersama keluarga ida&man...





Sudah hampir 15 tahun memiliki setem ini walaupun saya bukan'stamp collector'..pasti ada juga yang masih menyimpan. Lelong start at rm3juta.kikiki!






Tiada ulasan: