Kita tidak semestinya perlukan ruang yang besar untuk menanam pokok pisang lebih-lebih lagi sekadar keperluan keluarga. Pokok pisang lemak manis misalnya adalah pokok pisang saiz sederhana. Asalkan kita rajin 'siang' daun yang tidak diperlukan ia akan hidup subur dan menarik sebagai salah satu daripada pokok untuk hiasan lanskap kita. Kita juga perlu 'membuang' anak2 pokok yang tidak diperlukan agar tumbuhbesarnya terkawal dan hidup lebih baik. Rasa dan bentuk pisangnya sama seperti pisang emas cuma ia besar sedikit. Pisang ini enak dibuat kek atau makan begitu sahaja ketika masak ranum.
Percaya atau tidak saya telah memiliki pokok pisang lemak manis berusia lebih 12 tahun...tak percaya? Sebenarnya saya 'maintain' generasi pokok tersebut sejak arwah abah maninggal dunia pada tahun 2000 yang lepas...Al-FATIHAH...
Percaya atau tidak saya telah memiliki pokok pisang lemak manis berusia lebih 12 tahun...tak percaya? Sebenarnya saya 'maintain' generasi pokok tersebut sejak arwah abah maninggal dunia pada tahun 2000 yang lepas...Al-FATIHAH...
......Sehingga kini saya bersyukur kerana masih dapat menikmati pokok dari 'keringat' arwah suatu ketika dahulu dan menyambung legasi arwah. Setiap kali saya mengambil hasil pokok tersebut saya akan tinggalkan sesisih dua untuk hidupan lain seperti burung-burung dan lebah. Pernah suatu ketika saya terlewat mengambil hasil ketika itu pisang sudah masak ranum di atas pokok...terdapat sekumpulan lebah yang hinggap pada pisang. Pada mulanya saya sangka hanya seekor dua lebah jadi sayapun dengan selambanya cuba mencantas tandan pisang...tiba2...wargh...!!! Kumpulan tebuan menyerang mungkin kerana rasa terancam dan terkejut dengan tindakkan saya. Saya terus jauhkan diri dalam keadaan terlompat-lompat.Sangkaan saya, pasti kena sengat...tetapi syukur, kumpulan lebah itu hanya memberi amaran kepada saya. Kaki teramat sakit bukan kerana sengatan tetapi kerana pembedahan terhadap kecederaan lama yang melarang saya lari atau melompat. Riaksi diluar sedar menyebabkan saya tidak dapat mengawal tindakkan saya.
Sejak itu saya akan pastikan pisang dicantas sebelum ranum di atas pokok. Saya juga masih meninggalkan sesisih dua pisang untuk burung-burung dan lebah dan hanya menebang pokok itu setelah ia selesai dijamah.
Saya bukan baik sangat, cuma bersimpati terhadap haiwan2 ini, walaupun lega dengan ketidakhadiran lutung memunahkan hasil tanaman tetapi habitat mereka kepupusan dek pembangunan manusia dan kenakalan lutung-lutung itu adalah kerana sumber makanan yang terhad...
Perkongsian Tips:
■Sekiranya lebah sudah menghinggapi pisang, biarkan dahulu sehingga panas terik, ketika tengah hari mungkin lebah 'balik' jab so kalau line clear bolehlah cantas....ini antara pengalaman saya sendiri.
■Peram pisang dalam guni, bekas atau letak jer atas suratkhabar, jangan peram dalam plastik tau, nanti ia berpeluh dan tak berapa menjadi...
Layan resepi kek pisang nie....
12 biji pisang lemak manis
21/2 cawan tepung naik sendiri
1 cawan gula halus
3 biji telur
1 cawan minyak
Setitis esen vanila jika mahu.
Langkah 1:
Tepung gaul dengan gula asingkan.
Pukul telur asing dengan esen vanila
Masukkan minyak dan pisang
yang telah dilenyek
Gaul sebati dengan tepung tadi
Lenser minyak pada dulang
Bakar 45 minit 150-160 celsius.
*terima kasih buat rakan saya jijah atas perkongsian resepi, kemaafan dipohon atas perubahan resepi kerana nak tukar jadi lembab sikit.
'Cuci mata'....sambil mengkagumi ciptaan yang Maha Esa.
Diari alam sekitar teratak molek 1 :
Rama-rama merupakan agen pendebungaan dan merupakan sebahagian dari kitaran hidup/makanan haiwan lain. |
Warna zinnia yang terang memang memikat hati peminat bunga-bungaan. |
.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan