Seronok rasanya bila melihat kemenangan orang dari pelbagai peraduan. Antara yang beruntung apabila menang rumah, kereta dan pelbagai hadiah menarik. Di sebalik kemenangan itu ada juga suara-suara sinis yang mengatakan kemenangan tersebut disebabkan pengaruh, kroni...sejauh mana kebenarannya hanya Allah yang tahu, apapun di entri ini saya ingin berkongsi pengalaman tentang beberapa siri peraduan yang pernah saya menangi, bukan tujuan untuk menunjuk-nunjuk apatah lagi menghadirkan riak dalam diri tetapi ingin berkongsi pengalaman semoga ia dapat menyuntik semangat mereka yang mahu mencuba.
Saya tidak pernah menang hadiah sehingga beribu-ribu ringgit setakat entri ini ditulis. Saya juga tidak terikat untuk menyertai peraduan mewah tetapi sekadar minat dan mencari cara mendapatkan barang idaman ataupun keperluan yang adakalanya berat nak dibeli kerana perlu memenuhi keperluan yang lebih penting.
Pada mulanya memang saya rasa ragu untuk menyertai peraduan majalah kerana pelbagai tanggapan tentang ketelusan penganjur peraduan tersebut. Namun mengambil kira majalah tersebut agak disegani maka saya beranikan diri untuk mencuba dan dalam masa 4 tahun kebelakangan ini Alhamdullillah saya telah menerima lebih dari 20 hadiah peraduan,...tapi yang paling mahal setakat ini baucer perabot bernilai RM 500 yang saya tukarkan dengan cermin hiasan dan tikar jati.
Hadiah yang saya perolehi setakat ini mungkin tidak semewah kereta atau rumah tetapi saya bersyukur dan ingin berkongsi 'cara' berperaduan untuk insan berpendapatan rendah atau sederhana seperti saya....

■ Beli majalah kesukaan atau majalah berinfomasi yang menawarkan peraduan di kulit hadapan. Sekurang-kurangnya kalau tak menang, majalah tersebut bermanfaat untuk kita.
■ Beli majalah pada awal pengeluaran setiap bulan dan jangan berlengah-lengah untuk poskan surat anda. Peruntukkanlah masa untuk menyelesaikan borang-borang peraduan.
■Sekiranya hadiah yang ditawarkan tidak begitu bernilai tinggi tetapi perlu dituntut sendiri di lokasi yang sukar dan tak mampu dituntut, abaikan peraduan itu berilah ruang pada orang lain.
■Baca dengan teliti syarat-syarat dan jawab berdasarkan soalan yang diberi.Kebanyakkan peraduan di majalah menyertakan jawapan pada penerbitan mereka untuk menyampaikan info tentang produk mereka.
■Pastikan penganjur peraduan tersebut mempunyai reputasi baik agar tidak terpedaya dengan peraduan berangkai@palsu sehingga kita perlu melabur wang untuk membeli barang-barang tertentu dan dijanjikan sebagai senarai bakal pemenang. Silap haribulan pokai jawabnyerrr...
■Berusaha dan elak dari berputus-asa sekiranya gagal dalam percubaan dan jangan pula terlalu taksub sehingga mengakibatkan pembaziran.
■Bertawakal kepada yang Maha Esa setelah berusaha kerana Dialah yang memberi rezeki kepada hamba-hambaNya.

Apapun langit tak selalunya cerah, Ada juga pengalaman pahit yang saya perolehi apabila menenangi novel dari sebuah majalah di mana saya tidak dimaklumkan dan hanya perasan apabila ada kawan yang terbaca nama saya.
Malah apabila beberapa kali menghubungi majalah terbabit saya mengalami kesukaran kerana ada pelbagai alasan dan talian pula sibuk atau tidak berangkat, adakalanya panggilan saya di pas baton sampai habis kredit,...sedihkan kerana novel yang berharga kurang rm30 terpalit rasa serik pada majalah tersebut .
Apapun saya tidak merasa serik untuk berusaha pada peraduan yang lain kerana itulah asam garam kehidupan yang perlu kita tempuh untuk memperolehi kemanisan yang lain.

♥pada entri kali ini saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada penganjur-penganjur peraduan yang telus dalam mengadili dan memaklumkan tentang kemenangan peserta.
Tips ini ori dari saya,selamat mencuba!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan