Selasa, 12 Mac 2013

Jejak fauna : Rama-rama,aku dan kenangan


singgah di bunga orkid

Bukan mudah nak ambil gambar rama2 atau kupu2 dari telefon bimbit, kecuali ia sedang asyik menikmati rezekinya atau hinggap di tempat2 yang melekakannya. Apabila melihat ulat beluncas (anak rama2) terkenang saya pada kenangan zaman sekolah rendah. Ketika itu hobi mengumpul rama2 dan kupu-kupu seakan satu trend di kalangan budak-budak lelaki. Maklum sahajalah, dulu bukan zaman i.t hobipun lebih 'exotic' gitu...Manakala kalau jumpa ulat beluncas pasti ada murid perempuan yang menangis kerana disakat. Paling tidak dapat saya lupa adalah apabila saya cuba merampas rama-rama yang ditangkap oleh salah seorang murid lelaki di mana badan rama-rama itu dicucuk dengan jarum hidup-hidup dengan tujuan 'pameran' peribadi.


Tak sampai hati rasanya serangga secantik itu diperlakukan begitu.Masih terngiang-ngiang diingatan apabila rama-rama itu berjaya melepaskan diri tetapi yang sedihnya jarum masih tersusuk dibadannya tatkala ia terbang!


13.10.2013, teratak molek



Itulah kenangan ku dan rama-rama di zaman kanak-kanakku, saya berdoa generasi kini akan lebih menghargai rama-rama dan memberikan hak kebebasan pada rama-rama di bumi Allah ini.

leka menikmati bunga kecil di tumbuhan habatussauda

Kewujudan rama-rama ataupun kupu-kupu bukan sahaja sebagai penyeri taman bahkan ia sangat berjasa sebagai salah satu agen pendebungaan semulajadi.Bunga-bungaan menjadi tarikkan  selain pokok limau. Daun pokok limau juga digemari anak rama-rama. Cuba alihkan mereka dari pokok limau kita yang masih 'kecil' jika tidak kita akan kehabisan stok daun limau purut nanti! Ada juga yang lebih tertarik pada cahaya dan aktif di waktu malam. Tetapi di laman kecilku aku sering terlihat kedua-dua spesis ini di waktu siang.


Sepanjang pemerhatian dan 'keter'serempak'kan aku di laman rumah dan di mana2 yg sempat inilah gambar-gambar mereka yang berjaya ku 'snap!'. Bagiku kedua-duanya memiliki kecantikkannya yang tersendiri.

Mana sebenarnya kupu-kupu, si A atau si B ?

A

B


*ada fakta menarik tentang kupu-kupu dan rama-rama yang perlu kita ketahui di wikipedia...?

dodles rerama



sesat dalam pejabatku...


Tapi kalau dah terlalu memudaratkan....terpulang pada cara masing-masing.

 













Comel-comel anak rama2/kupu2 yang ada di sekeliling rumahku:

antara snap beluncas fav :-) 







sempat lagi bertemu di Behrang:






rerama/kekupu: pertemuan semasa...

bunga zinnia juga menarik perhatian spesis ini

02.09.2013: teratak molek

06.09.2013, FSB, Perak
Terperangkap pada sarang labah-labah, namun atas kegigihan ia berjaya lolos!
08.09.2013, FSB


tetamu pejabat: 26.09.2013
Oktober: si lincah!












'beauty within'








Rujukkan maklumat penulisan : pelajaran ketika di sekolah, pengalaman dan wikipedia.


Tiada ulasan: