Khamis, 8 Oktober 2015

Idalecious homemade: Tempahan bubur lambuk, kek,coklat, muffin,kuih-muih (slim river)

sesiapa yg nak buat surprise kek delivery sekitar sg.behrang,Slim River boleh call sis nie....

'Tribute' buat kakak...

Idalecious  Homemade
Produk  Khalifah  Idaman
Wassup/sms :0163655739

kek Red Velvet kakak yang menjadi kegemaran







Surirumah masa kini semakin  aktif dan kreatif membantu dalam  menjana pendapatan  keluarga.




 
 
Coklat, tat telur dan kek 'chocolate  moist  Idalecious  Homemade'

Brownies  

Kalau di fb & blog, ramai  wanita yang mula membuat perniagaan atas talian dan seantero dengannya. Yang tak pandai masakpun boleh jadi pakar dek kerana minat dan kecenderungan untuk meningkatkan  ekonomi keluarga asalkan ada usaha dan kecenderungan untuk menimba ilmu yang kini terbuka luas melalui jalur lebar. Pelbagai kursus diikuti dan tidak kurang pula yang hanya mempelajari masakkan melalui 'blog walking' mahupun medium bacaan yang lain.



Entri kali ini bukan sekadar nak info pembaca tentang tempahan kek di Felda Sungai Behrang Slim River...tetapi juga adalah 'tribute' buat seorang insan yang istimewa di hatiku... iaitu kakakku. Sejak zaman remaja kreativiti  kakak memang terserlah. Beliau sering mendapat markah yang tinggi dalam pendidikkan  seni malah seorang  atlet olahraga dan bola jaring yang berbakat. Sayangnya ketika era penglibatan beliau tak banyak peluang yang dapat digapai, walaupun beliau pernah mendapat perhatian tajaan seorang usahawan tempatan dalam bidang olahraga namun impian tersebut akhirnya terkubur kerana insiden terpijak jarum menyebabkan kakak terpaksa menjalani pembedahan  di telapak kakinya. Kecederaan  tersebut menyebabkan  tapak kaki kakak terasa nyilu sehingga hari ini.



Zaman kanak-kanak kami tidaklah begitu indah tetapi kakak tidak pernah jemu menceriakan suasana Aidilfitri.
Aku ingat lagi 'pokok kad hari Raya' yang dihasilkan kakak ketika usia remajanya. Kakak akan cat batang dan ranting manggis@jambu serta melekatkan serpihan kabus putih pada batang dan ranting berkenaan sebelum menggantung kad-kad hari raya yang kami perolehi. Bagi aku tangan kakak macam ada 'magika', langsir juga kreatif dijahit kakak...permulaan yang biasa-biasa kepada yang beropol-ropol. Teknik belajar sendiri sahaja. Kakak beli mesin jahit pertamanya dengan bayaran ansuran rm50 sebulan (Singer) setelah memperolehi  pekerjaan. Setiap kali menjelang Aidilfitri, kakak akan  menjahit langsir baru untuk menyerikan  suasana rumah papan arwah abah. Saban tahun semakin halus dan kreatif hasil tangan kakak. Beliau juga ada kebolehan semulajadi seperti mengurut badan yang lenguh, lega rasanya kalau pekena urutan kakak. Tangan kakak memang kuat...kalau terlanggar sikunya macam nak nangis dibuatnya!  Lukisan kakak juga agak rialistik  tetapi kini beliau sudah tidak mempraktikannya dek kengkangan masa dan tanggungjawab terhadap keluarga sejak berumahtangga.


lukisanku ala kartun-kartun jer...


Keuzuran mak memaksa kakak menjadi insan yang sangat berdikari ketika zaman kecilnya. Beliau mula memasak dan melakukan kerja-kerja rumah seawal zaman kanak-kanak. Malam Aidilfitri pula bukanlah malam seperti kebanyakkan kanak-kanak  yang lain yang rancak berpesta bunga api. Kami akan berada sepanjang masa di dapur dari siang hari menyiapkan pelbagai hidangan untuk membalas hantaran dulang juadah Aidilfitri  dari sanak saudara. Adakalanya menitik airmata kerana letih. Maklum sajalah, berbalas juadah 'dolu-dolu ' memang 'hard core' di perkampungan yang dikelilingi sanak saudara. Satu rumah 1 dulang...Hidangan memang 'full trottel'...'all out'...nak jelaskanpun tak pandai...  Jangan tak percaya, seawal darjah 5 aku sendiri telah memarut 30 biji kelapa untuk penyediaan dodol dan 'skill' tersebut masih diizin Allah sehingga kini. Mujur ketika itu arwah abah dah beli mesin parut kelapa. Ia sesuatu yang sukar tetapi banyak memberi pengalaman  buat kami adik beradik. Adakalanya  aku sendiri rasa rindu nak parut kelapa tu...

terapi minda kakak....








#...apapun kakak, kami sanjung pengorbanan  zaman remajamu menongkah arus saat kita 5 beradik menjalani kehidupan zaman kanak-kanak penuh ranjau...




Antara 'air tangan' kakak


Berbalik semula tentang aktiviti kakak  :


 

Semakin ramai insan berkebolehan membuat kek dewasa kini. Kalau dulu kita hanya boleh beli kek yang 'grand' di kedai kek tetapi  kini ramai mak-mak dan gadis-gadis melayu/muslim kita yang berminat mengusahakannya.  Wanita-wanita yang bekerjaya juga tidak ketinggalan menjana pendapatan  sampingan  masing-masing melalui bidang masakkan. Mungkin hiasannya tidak se'gah' di hotel @ pastri akan tetapi rasa kek tersebut lebih sedap dan 'baru' kerana ditempah khas. Ada juga di kalangan teman-teman serta saudara yang berpeluang menyertai kursus jangka pendek tetapi mampu menghasilkan hiasan kek yang sangat kemas dan terkini. Usaha tersebut wajar diberi sokongan, walaupun untuk skala kecil ia adalah perkembangan yang sangat positif.


Mihun Singapura  dan sambal kicap, kakak turut mendapat sokongan suami tercinta atas usahanya. Malah jika ada tempahan yang banyak, suami turut membantu.


kreatif : kek cawan di dalam biskut aiskrim  


Kakak dan suami juga menjalankan jualan serbeneka secara kecil-kecilan,  pendapatan tidaklah lumayan kerana pasaran di kawasan tersebut agak perlahan. Perniagaanpun setengah hari saja kerana pelanggan  hanya di kalangan kejiranan tersebut. Sejak berpindah mengikut suami bertugas di tempat kelahiran suami, kakak mula mencari peluang menjana pendapatan sampingan yang lain.




Kakak 'mengaktifkan' semula kelebihan dan minat yang sebelum ini dimiliki. Tiada kursus tertentu yang sempat diikuti setakat hari ini di penempatan beliau.


Lembut & Klasik : kek span tempahan majlis kahwin




kek cheese  leleh...



kek sponge  


Kakak tidak menafikan beliau banyak belajar dari internet selain dianugerahkanNya  pula dengan bakat semulajadi mengolah masakkan. Walaupun tempahan kecil-kecilan beliau jarang menolak  sebarang tempahan  makanan dan kek asalkan ada kesihatan dan masa terluang.



tempahan puding untuk kenduri di kawasan kejiranan
kek coklat lembab berkeju
aku sendiri  tak  ketinggalan  menempah kek red velvet kegemaran suami & kek coklat kek garnish  cheese  kegemaranku ketika kakak 'turun' Klang.

red velvet

my all time chocolate  cake  favourite  : Serius, sedap walaupun 3-4 hari stok dalam peti ais! Krim coklat resepi ciptaan kakak is killer best!!!


2016/Terima kasih kerana keizinan untuk menyiarkan testimoni: Alhamdullillah  Allah menggerakkan  hati  insan untuk menjengah blog ini lantas mencetuskan idea seorang ibu untuk menempah kek sebagai tanda kasih buat yang tersayang dari kejauhan:

 

Selamat hari lahir, semoga Allah melindungimu  dan memberkati perjalanan hidupmu beriringan dengan kebahagiaan  di dunia dan akhirat....

Pengubat rindu keluarga: Meriah berkongsi rezeki bersama teman-teman  asrama




Cango Bar

kek span pandan krim cheese dengan candy pandan istimewa  

Pasaran di kawasan kampung tersebut tidaklah begitu luas dan rancak, saingan juga boleh tahan kewujudannya namun ia cukup memuaskan  hati kakak kerana cinta dan minat yang mendalam. Prinsip mulia kakak, kalau nak menerima tempahan makanan biarlah hasilnya sedap, bersih macam selera dan masakkan yang kita nak buat untuk keluarga sendiri. Anak-anak kakak pula sedang membesar seiring dengan selera...kadang-kala tempahan sebiji kek terpaksa  dibuat 2 biji atas permintaan anak-anak. Itulah kasih  sayang seorang ibu  sejati walau ada 'lelah' dihatinya, dekat disanubari seketul hati yang penyayang.

deko tidaklah 'grand' sangat tetapi  yang menariknya krim bancuhan  kakak tidak muak seperti  kebiasaan/sebahagian   yang kita nikmati  di kedai kek biasa.





'Carrot cake with cheese'


Masalah  yang sering dihadapi kakak pula adalah peningkatan kos bahan mentah, adakalanya untung tidak seberapa tetapi atas semangat siratulrahim kakak tidak lokek menerima tempahan walaupun   adakalanya pelanggan   memberikan budget yang minima atas dasar ketidakmampuan, namun tidak kurang juga yang agak 'berkira' kerana kurang memahami. Namun begitu, kepuasan jelas terpancar pada wajah kakak apabila pelanggannya gembira & berpuas hati dengan keenakkan masakkan yang ditempah.

bubur lambuk warisan keluarga wak leman

kebiasaannya  kakak akan menjaja bubur lambuk di bulan Ramadhan.
popia  simpul ikan sardin segar.

Cabaran lain pula adalah kelewatan menerima bayaran maka pusingan modal menjadi sukar dan keuntungan tidak begitu terasa. Akan tetapi kakak usahakan juga tempahan seterusnya asalkan tidak diheret ke kancah kerugian. Kakak tak mahu terlalu memikirkan tentang perkara yang melemahkan semangatnya. Bersangka baik dan percaya ada hikmah disebaliknya. Kakak  percaya dan yakin, rezeki Allah itu luas. Selagi kita berusaha dan ikhlas segala kesukaran akan dipermudahkanNya. Ganjaran akan menyusul kemudian. Insya'Allah.



Tempahan  makanan kakak bukan selalu, kebiasaannya permintaan  ketika perayaan, jamuan dan atucara tertentu seperti majlis pertunangan.


Tempahan  kek perkahwinan 1.5kg


Selain itu kakak sangat kreatif dalam gubahan hantaran, hiasan, lukisan inai dan persolekkan biarpun tanpa latihan formal. Ketika zaman anak dara, kakak sering ditempah kawan-kawannya untuk andaman pertunangan sekitar Klang. Pengalaman ketika aktif bersama Laman Budaya Negeri Selangor suatu ketika dahulu memberi kelebihan kepada kakak dalam bidang persolekkan.






Bukan hanya kerana nama...
Semoga semakin luas dan terbuka rezekimu buat keluarga dan anak-anak...keikhlasan dan kasih sayangmu tercurah pada hasil tanganmu.


Fantasy 'Face painting'/lukisan wajah fantasy hasil kreativiti  kakak.



Kini kakak mula berjinak-jinak semula dengan perkhidmatan  facial secara sambilan selain mengurut.


  
sesiapa(perempuan  shj)  yang  ada sakit-sakit  badan, demam urat @perlukan urutan mengurangkan stress bolehlah berhubung dengan wassup beliau di 019-5220446  

Saya agak 'mencemburui' aktiviti setempat di kawasan kejiranan Felda Sungai Behrang yang agak aktif. Sesuai betul untuk mengeratkan siratulrahim  dan memupuk salam perkenalan antara keluarga dan penduduk di sekitar selain peluang menambah pendapatan dan sebagainya .


pertandingan  gubahan  hantaran   : Karnival Komuniti Gemilang, Felda  Sungai  Behrang. 



Hari Terbuka Pusat Internet 1 Malaysia: Pertandingan Kek Kampung & Ratu Muslimah. ***** seronok berada di kawasan kejiranan felda yang aktif setiap kali 'hari istimewa' tahunan seperti hari ibu, aktiviti komuniti dan sebagainya.

Sebahagian acara penutup 2015 yang diadakan di kawasan kejiranan Felda Sungai Behrang : cemburu rasanya!
 


Sebahagian dari penyertaan kakak di beberapa acara setempat:



#pertandingan  gubahan hantaran perkahwinan




Sekitar Syawal 2016:

Kek Kejutan  harijadi untuk anak teruna sulong...

Tempahan  kek lapis pandan/pandan layer cake sempena Aidilfitri  dari kawasan kejiranan.

Kek lemon untuk mertua yang habis seawal 1 syawal....

Diari 2017 :

Tempahan Kuih koci ...

Tak 'lokek' santan.....


repeat oder dari pelanggan tahun lepas untuk anak di asrama :)





sekitar 2017 setakat April....



Ramadhan 2017 kak ida 'bersiaran secara langsung' di bazar ramadhan Slim River bersama resepi istimewa bubur lambuk.







Tiada ulasan: