Bila berbicara soal dunia teknolagi ni memang boleh dikatakan aku belum sampai ke 'bulan'. Banyak perkara yang masih diamalkan secara 'tradisional' dalam urusan perbankan. Nak guna kad kredit dan buat bayaran bil-bil melalui internet? Tidak...
Jauh sekali bagi aku...
Kad kredit pun telah lama ku'lupuskan'. Walaupun ia membantu melancarkan pelbagai urusan pembayaran, namun silap haribulan ia 'menyekat' nafas kita...mmmm
Lainlah kalau dalam akaun ada ribu riban juta bilion...huhuhu. walaupun rasanya aku cukup berhemah dalam perbelanjaan namun 'ringan' sangat bersimpati pada suasana yang dilihat sebagai keperluan@kecemasan. Akhirnya sendiri yang tanggung hutang.
Kembali pada urusan perbankan, pasti ramai diantara kita yang masih terkejar-kejar bayar duit rumah, kereta dan sebagainya dibeberapa bank yang berlainan. Cukup masa gaji mulalah penuh mesin deposit. Paling menguji kesabaran bila orang yang di hadapan kita melakukan banyak transaksi...siapa dulu dialah yang dapatkan,jadi jangan marah yek...?
Seperti mana aku sendiri ketika masa gaji...kereta bank lain, rumah bank lain. Naik letih ke hulu ke hilir. Waktu itulah juga kadang-kala mesin 'out of service'. Sabar ajerlah, datang hari lain.
Kebetulan era membeli-belah atas talian kini agak popular . 'Bank in' dan pindahan wang antara bank melalui ATM merupakan kaedah yang agak mudah. Jadi akupun 'cuba try test' mesin ATM ni sebab dinyatakan pada skrin 'bayaran kad kredit/pinjaman kini pada satu tempat' chewah!agak menarik. Namun, hati masih tak cukup yakin jika ia boleh menerima pindahan wang ke bank lain bagi tujuan pembayaran pinjaman kereta & rumah.
Ada lebih 10 jenis kod bank boleh digunakan lantas akupun mula buat 'tranfer banking' dari kad ATM ku. Tak ada orang atau pegawai bank yang ajarpun, semua arahan dah tertera pada skrin. Jangan panik. Ikut sahaja.
'Beronok-ronok' aku apabila berjayamembuat bayaran di 3 bank berlainan melalui 1 mesin ATM. Tak perlu tunaikan wang untuk deposit dan risau diragut penyangak. Tak perlu nak ke hulu ke hilir menguruskan bayaran di lain-lain bank. Urusan bayaran rumah, kereta dan sebagainya beres sekali 'jalan'. Cas RM1.06 dikenakan dengan setiap transsaksi termasuk GST :'( Kalau 3-4X transaksi...mmmm tidak mengapalah, jika ke hulur-kehilir masa+jem+minyak pun lebih kurang jer...
Biarlah orang nak kata...'orang dah lama ke bulan', tapi aku nak kongsi juga info ni. Aku percaya ramai lagi yang tak pernah menggunakan kemudahan yang ada dalam mesin ATM tu(mana-mana bank yg biasa kita guna kad)... jadi, jangan takut nak 'godek-godek' fungsi yang ada kat situ. Jimatkan masa dan tenaga anda...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan