Jumaat, 2 Oktober 2015

D.i.y tempat 'yak' kucing: kurangkan pasir bersepah


D.i.y : tempat  'yak' kucing

Baru-baru ini aku melayari blog saudara 'blogku yang seindah biasa'...tetapi bagiku agak luar biasa juga. Entri berkaitan d.i.y bekas 'kumbahan' kucing iaitu mengurangkan  pasir kucing bersepah. Memang masalah tersebut sering kuhadapi dengan lulu&lala yang manja-manja 'ganaszzz' tu. Beriya-iya mengais pepasir seolah-olah nak tanam 'yak' depa dalam-dalam!



Tempat bekas pasir pula telah kugunakan hampir 2 tahun. Lebih baik tukar terus, kebetulan ada lebihan kotak plastik kosong. Mulanya aku nak 'menambah tarafkan' lain dari blog tersebut iaitu menggunakan kotak yang lebih besar dan 'transparen' agar lebih peka dengan 'isi dalamnya' (hehehe) tetapi bila memikirkan  wang yang perlu dikeluarkan baik gunakan dulu apa yang ada. Budget tu boleh buat beli pasir kucing. Lain  kali bila nak tukar kotak lepas setahun ker barulah beli kotak 'transparen' idaman.
Pasir kucing 8L RM10-12 sahaja(ahli ada diskaun).  Aku baru menggunakan jenama nie, bukan sahaja lebih murah malah aku sangat berpuas hati dengan tindakbalas 'gumpalan' pasir tersebut. Beli kat sinilah :-

sempat juga ke kedai barangan kucing nie minggu lalu ketika mencari sangkar kucing. Gadis yang jaga kedai niepun agak bagus dan ringan mulut nak beri penerangan. Lokasi : Pangsapuri Perdana, Jalan  Tinju Shah Alam.


Antara barang lain yang sempat ku beli:

Dah lama nak beli 'jusz spray nih...


Lola lena memakai kolar anti kutunyer...



*selain itu kat kedai nie ada menjual pelbagai ubat kutu...dalam bentuk cecair, spray dan bedak. Aku turut membeli kolar anti kutu untuk si lola. Harga kolar berubat tu antara rm12-rm18 bergantung pada jenis. Harga di situ agak berpatutan  juga.




Mula projek d.i.y
Akupun mulakan projek nie seawal 4 pagi. Awal tu, kebetulan  dah celik mata...lagipun tahap kretiviti  aku waktu ni agak melonjak ke carta teratas!

Oleh kerana tak larat nak potong plastik keras guna parang macam saudara blog tersebut akupun ambil langkah pro-inovatif kreatif tahap 'gaban' dengan memanaskan pisau di atas dapur. Tujuannya untuk memudahkan pemotongan nanti, yang bagusnya guna pisau panas ni ialah bucu dan bekas pemotonganpun tak tajam jadi kucingpun tak 'moroyan' nak guna tetingkap kecil tu. Kikiki. Tak perlu bagai nak 'rakk' menekan...sesuailah dengan kelembutan tenaga ku yang feminin nih...kuikuikui.


Bila pisau dah panas bolehlah mulakan pemotongan. 

                    

lulu dah mula memantau...sengaja ku letakkan  'pemberat' di atas kotak agar kotak tidak bergerak .

*hasil penggunaan kotak 'yak' d.i.y : pasir ada yang berterabur juga tetapi tidaklah seteruk sebelum ini. Pasir lebih jimat!
*'happy' sebab boleh elakkan tempias hujan.
*kos lebih murah dari kotak khas 'yak' kucing di kedai haiwan.

lala & lulu 


dah tak risau pasir rosak@basah dek tempias hujan bila letak sangkar di anjung luar rumah. Yeyyy!






Terima kasih dan kredit buat blog http://wanpunblog.com. (blogku yang seindah biasa) :) :)






4 ulasan:

Syafi'ie Spuan berkata...

Same2. Kucing sy xleh ada oenutup tu xnak masuk. Takut kot. Hahaha.

Syafi'ie Spuan berkata...

Hehehe. 👍🏻👍🏻
Bagus2. Lagi senang nk handle kn?

teratak molek berkata...

Hahaha...si lulu dan lala ni pulak pantang jumpa kotak...sangat 'curious' nak masuk. Terima kasih. Sangat membantu kotak d.i.y nie, sebelum ni banyak pembaziran pasir!

teratak molek berkata...

Memang mudah nak handle. Bau pun tak menyengat, lebih-lebih lagi jika menggunakan pasir yang best. Terima kasih pada empunya blog sb sudi jenguk hasil d.i.y ni. Kira macam 'sifu' datang jenguk anak murid.