Isnin, 11 Mac 2013

Jejak flora : Orkid & aku


Minat pelbagai jenis tumbuhan tidak mengecualikan saya terhadap orkid yang mempunyai reputasi dan kisahnya yang tersendiri. Saya hanya serius menanam orkid pada penghujung 2008 apabila memiliki kediaman sendiri.


Sebelum mula dengan hobi ini saya merujuk  pelbagai bahan bacaan dan pendapat rakan-rakan berkenaan orkid.Tidak kurang yang menyokong dan ada juga yang beranggapan menanam orkid satu hobi yang leceh dan mewah untuk orang yang berpendapatan sederhana seperti saya.


Melihat susunan bunga orkid yang menyala di pasar pagi Shah Alam menguatkan semangat saya untuk memiliki orkid. Pada awal koleksi memang ada sedikit masalah berkaitan pembajaan, ruang dan sebagainya namun lama kelamaan ianya tidaklah serumit yang disangka.


Apa yang penting adalah kesabaran dan ilmu, ditambah pula dengan perisa kreativiti kita sendiri.


Saya tidak begitu taksub dengan pelbagai koleksi, memadai untuk saya memiliki orkid biasa kerana bunganya tetap menawan. membeli orkidpun kena ikut poket jangan ikut perasaan...kalau jenis orkid mahal-mahal tu cukup bagi saya tatapi di media cetak ataupun kalnival pertanian, kalau ada tawaran yang menarik barulah saya berani memiliki orkid yang belum dimiliki.


Sekarang inipun saya lebih banyak 'maintain' daripada membeli. Pada entri ini saya ingin kongsikan pengalaman membentuk taman orkid yang sederhana bagi kawasan yang berskala kecil:


Tips jimat
'double' Irish


♥Jangan putus asa sekiranya tiada budget dan kemahiran bertukang atau 'yang tersayang' tidak begitu menyokong pembelian rumah orkid, gunakan bahan terbuang seperti rangka almari 'kain/plastik' sebagai tempat gantungan.

♥Sekarang ramai orang dah guna astro, njoy dan macam-macam jenama siaran tv.Jangan buang tempat sangkut 'ariel' sebab boleh digunakan semula untuk gantung orkid.Ia juga boleh didapati di kadai hardware dengan harga yang murah. Spray ikut warna kegemaran agar ia tampil lebih menarik.

♥Ruang terhad? Gantungkan sahaja di anjung anda,jangan gantung terlalu tinggi bagi memudahkan pembajaan dan pemantauan selain menikmati bunga-bunganya dengan lebih santai.Saya ikat dawai ampaian terlebih dahulu sebelum menggantung orkid-orkid mengikut kesesuaian.

♥batang orkid yang kehabisan daun masih bernilai kerana ia masih mampu membiak.letakan ia diatas karpet lama yang lembab dan kena sinar matahari sederhana.Anak orkid akan mulai tumbuh selepas beberapa bulan.

♥Semai anak orkid menggunakan medium tanaman yang sesuai dengan jenis orkid.

♥keghairahan membeli pelbagai jenis orkid ketika baru menjinak-jinakan diri dengan orked menyebabkan pembaziran sekiranya tidak dijaga dengan betul sebaliknya belilah berdikit-dikit dan memahami sifat dan keperluannya mengikut spesis dan keadaan.

♡Sabar dan rajinkan diri menimba ilmu dari pembacaan atau pengalaman seseorang!  Selamat mencuba.

Antara spesis orkid yang tumbuh di tanah



Anak orkid  keluar dari batang orkid yang sudah togel . Cabut dan semaikan pada medium serbuk kayu atau sabut hancur terlebih dahulu. Bila dah sihat barulah saya pindahkan pada pasu campuran bata dan arang.









Orikid tanah: tanam melalui keratan batangnya yang menghasilkan akar.






1 ulasan:

teratak molek berkata...

Meriahkan dunia orkid