Selama kami menggunakan Astro Enjoy tercetus beberapa persoalan dari kenalan yang berhajat nak 'cut budget' hiburan keluarga memandangkan komitmen dan faktor ekonomi dalaman.
Yang lucunya, jimat nak tetapi bila disyorkan alternatif timbul pula pelbagai kerenah...'ini tak ada, itu nak, tak best pula kalau tak ada'...emmm...kalau berkehendak sangat maka bayarlah untuk keinginan itu tanpa rungutan. Kepada yang bertanya tentang Astro Enjoy maka inilah 'alibi' yang dapat kukongsi.
Sebelum ini aku melanggan 'Astro family package', atas sebab 'arial' tv buat hal sehingga tahap 'stress gaban'. Walaupun pernah menggunakan arial ber'booster' nampaknya hasil yang diperolehi agak mengecewakan ternyata arial 'dolu-dolu' (zaman arwah abah)lebih berkualiti. Kami juga pernah memilih pakej yang termurah kerana ia agak memadai dan ekonomi. Akan tetapi yuran bulanan pula semakin naik. Apabila muncul Astro Enjoy, hati kamipun turut 'enjoy' sebab bayar sekali rm280 untuk seumur hidup tanpa komitmen bulanan selagi 'piring' Astro tu tak 'ding dong'@rosak(setakat ini usia piring enjoy kami sudah masuk tahun ke-3. ...oklah tu dah lepas modal, kalau teringin sesangat nak tengok rancangan yang dihajati lebih baik beli 'prepaid' dia sahaja. Jiwa tak rasa terikat.Segala 'godaan' promosi yang tak jemu menghubungi kami berjaya ditepis...bukan sombong tetapi kerana kami lebih terarah menyalurkan sumber yang ada kepada sesuatu yang perlu didahulukan iaitu bil-bil asas bulanan dan komitmen keluarga.
Lola di sebalik toto dedaunan
Pada mulanya memang terasa 'kehilangan' kerana beberapa rancangan kegemaran di AFC Astro tidak dapat lagi dinikmati iaitu rancangan berkaitan masakan dan hal kediaman akan tetapi ia tidak menjejaskan cara hidup kami walaupun aku mengakui sesetengah rancangan yang disajikan memberi inspirasi...walaubagaimanapun, banyak lagi media rujukkan dari internet dan majalahkan? Selain itu ada rancangan lain yang boleh diikuti di rangkaian yang sedia ada bukannya nak mengadap tv 24jam, tepuk dada tanya akal ya!
#macambiasahujansiarangagaltapikalauadapetirmemangxelokpasangtvtau!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan