Di pasaran terdapat pelbagai alat jimat elektrik, ada masa kita terpaksa keluarkan duit untuk jimatkan duit kannnn...aku tak bersedia nak guna gadget-gadget sedemikian mungkin kerana jika berkaitan dengan elektronik aku lebih selesa untuk memilih yang 'sedia diberi' seadanya...
Beberapa tahun lalu aku ada membaca tip jimat elektrik cara 'manual' tanpa perlu keluar belanja. Tips tersebut aku dapati dari majalah tempatan yang aku tak ingat namanya. Salah satu tips yang dikongsi telah menjadi amalan kami sejak beberapa tahun ini dan kesannya sangatlah besar untuk jangkamasa panjag.
RM43.95 :Bil sebelum tips diamalkan...ketika ini tiada penggunaan alat elektrik inverter dan alat penghawa dingin. |
Petua yang kami amalkan sangat ringkas iaitu mencabut soket/plak dari suis selepas setiap kali penggunaan alat-alat elektrik iaitu cerek, tv,kipas dan sebagainya(Kecuali peti ais). Amalan ini berterusan sejak beberapa tahun lalu dan telah sebati sebagai rutin kami.
antara bil ...walaupun setelah penggunaaan alat penghawa dingin. |
Setelah mesin basuh dan peti sejuk kami rosak, kami mengambil keputusan untuk mendapatkan barangan bercirikan inverter.
Antara bil terendah pernah kami bayar tahun ini(2015)sebelum penggunaan akarium. |
Ketiga-tiga alat elektrik ini juga merupakan model inverter yang mendapat ranking 5 bintang dalam penjimatan kuasa guna elektrik. Ternyata ia juga mempengaruhi kegunaan elektrik bulan ini kerana sebelum ini kami menggunakan peti ais dan mesin basuh tanpa inverter.
Memang kami sekeluarga tidak ramai dan bilpun tidak begitu tinggi, tetapi apa yang ingin saya sampaikan adalah 'perbezaan' bayaran bil kerana mengamalkan tips tersebut. Berusaha juga Istiqomah mencabut plak sebagai amalan dan nikmati hasilnya. Hasilnya tidak ternampak segera tetapi pada jangka panjang.
Istiqomah: cabut plak/soket selepas guna! |
Penyelenggaraan alat penghawa dingin juga penting dan mempengaruhi penggunaan tenaga.
*kini bil meningkat sebab pasang filter 24jam untuk akarium.
Diari semasa:
01.10.2015, 'terserempak' dengan info berkaitan di fb :
*bil elektrik kami yang terkini & masih mengamalkan tips berkaitan + kenaikkan tarif elektrik & GST setakat 01.10.2015 :
RM 50.45
Rujukkan Penggunaan utama terkini kami:
1) Isi rumah tetap :2 orang
Peti ais besar hitashi 2 pintu inverter/sepanjang waktu
2) 9kg mesin basuh auto hitachi inverter/4-5 kali seminggu penggunaan, walaupun berdua tugas suami melibatkan penggunaan baju yang banyak...a.k.a tugas di stor.
3) hampir setiap malam & adakalanya pada waktu siang penggunaan sebuah alat penghawa penasonic inverter 7-12 jam sehari.
4) Akarium 24jam/seminggu
5) Cas telifon bimbit hampir setiap hari.
#lain2: peralatan masakkan,lampu,kipas,kediaman menjadi pilihan saudara-mara saya&suami bertandang sekali-sekala,kerja-kerja asas berkaitan spt pengguaan hampagas & drill.
*setelah gst dan penggunaan akarium bil meningkat....tapi jika amalan ini tidak diteruskan berapa agaknya bil kami yek?
2016:
Bil paling tinggi : rm 70++
Isi rumah tetap:3 orang
Penggunaan elektrik sama spt di atas tetapi dgn penambahan penggunaan mesin basuh dan cerek elektrik yang lebih kerap.
Bil setakat April 2016:
01.10.2015, 'terserempak' dengan info berkaitan di fb :
:) pengesahan dari TNB, sumber perkongsian pengguna fb.
RM 50.45
Rujukkan Penggunaan utama terkini kami:
1) Isi rumah tetap :2 orang
Peti ais besar hitashi 2 pintu inverter/sepanjang waktu
2) 9kg mesin basuh auto hitachi inverter/4-5 kali seminggu penggunaan, walaupun berdua tugas suami melibatkan penggunaan baju yang banyak...a.k.a tugas di stor.
3) hampir setiap malam & adakalanya pada waktu siang penggunaan sebuah alat penghawa penasonic inverter 7-12 jam sehari.
4) Akarium 24jam/seminggu
5) Cas telifon bimbit hampir setiap hari.
#lain2: peralatan masakkan,lampu,kipas,kediaman menjadi pilihan saudara-mara saya&suami bertandang sekali-sekala,kerja-kerja asas berkaitan spt pengguaan hampagas & drill.
*setelah gst dan penggunaan akarium bil meningkat....tapi jika amalan ini tidak diteruskan berapa agaknya bil kami yek?
2016:
Bil paling tinggi : rm 70++
Isi rumah tetap:3 orang
Penggunaan elektrik sama spt di atas tetapi dgn penambahan penggunaan mesin basuh dan cerek elektrik yang lebih kerap.
Bil setakat April 2016:
rm52.95 |
1 ulasan:
Bil Elektrik TNB rumah teres, apartment, pangsapuri, condo/ kedai / office anda melambung tinggi??
Sy ada buat PERKHIDMATAN JIMAT ELEKTRIK di seluruh semenanjung Malaysia.
Boleh jimat tenaga elektrik 30-50% tiap bulan.
Sesiapa yg perlu khidmat saya ni, sila WhatsApp / SMS Khai +60133332502 . Memang berkesan, berbaloi & menjimatkan.
Layari http://selangorshop.com/shop/jimatletrik
Meter utk rumah (single phase) : RM450
Meter utk rumah, restoran, kedai & & pejabat (three phase) : RM1150
Catat Ulasan