2014 berlalu sudah, terasa berat pemikiran al-kisah pelbagai peristiwa duniawi di dalam dan luar negara. Sesetengah insan yang kukenali tidak dapat menerima ucapan 'selamat tahun baru'... disulami pula keluhan dan luahan perasaan ...penerimaan insan berlainan namun redha itu perlu untuk kita mengharungi kehidupan yang penuh dramatik. Perlu memilih jalan yang betul saat kita mengharunginya. Andai tersilap, sentiasa tabah untuk memperbaiki ruang-ruang kosong agar kita tidak membiarkan diri kita berputus-asa.
Seperti kebiasaannya akan ada persoalan mengenai azam baru...adakalanya soalan seringkas ini dijawab dengan sesuatu yang sebenarnya telah atau tidak terancang untuk dilakukan. Sekadar memenuhi syarat perbualan dan bila hari-hari baru bermula, azam tersebut ditinggalkan kerana tidak sempatpun untuk dihayati.
Jika masih ada yang tidak terfikir atau cuba mencipta azam baru, marilah kita melakukan azam ini bersama-sama, ...berterusan... kerana azam ini bukan sahaja memberi manfaat kepada diri kia...jangan risau tentang tarikh luput kerana hanya Dia Yang Maha Mengetahui...
Azam tahun baru....
mengikutimu
menjadi sebahagian darimu
Mengenalimu
Merinduimu
Mencintaimu
menjadi sebahagian darimu
Mengenalimu
Merinduimu
Mencintaimu
..mencintaimu tidak mustahil
mencintaimu bukan hanya butir bibir
...bukan juga dari gahnya laung-laungan...
Mencintaimu lahir dari hati, jika tiada harus dipupuk dan dihayati
Melalui sirah
Melalui tauladanmu
Ambil dan amal...
mencintaimu bukan hanya butir bibir
...bukan juga dari gahnya laung-laungan...
Mencintaimu lahir dari hati, jika tiada harus dipupuk dan dihayati
Melalui sirah
Melalui tauladanmu
Ambil dan amal...
Jika kenal tambah cinta
Jika amal tambah rindu
Mencintaimu bermakna mencintaiNya
Jika amal tambah rindu
Mencintaimu bermakna mencintaiNya
Ya Rasullullah
Andai insan menghidupkan sunnahmu
Aman damai sentosa
Berpadu di jalanNya
Andai insan menghidupkan sunnahmu
Aman damai sentosa
Berpadu di jalanNya
Sirahmu
Memimpin insan
Tersedia hamparan menjemput langkah demi langkah...
Tetapkanlah kami kejalanMu Ya Rab
Lindungi seketul daging bernama hati
Agar lurus tidak barbolak balik
Merah tiada hitam
Yakin tiada pincang....
Memimpin insan
Tersedia hamparan menjemput langkah demi langkah...
Tetapkanlah kami kejalanMu Ya Rab
Lindungi seketul daging bernama hati
Agar lurus tidak barbolak balik
Merah tiada hitam
Yakin tiada pincang....
2015 : Dari domolitos.blogspot.com bertukar ke teratakmolek.blogsot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan