Rabu, 19 Ogos 2015

Rendang Merah Cili Bangi



Rendang 'merah'


Baru beberapa  hari  syawal berlalu, tetapi kerinduan pada rendang daging terbit kembali. Esok nak bawa bekal ke tempat kerja...terkenang aku pada rendang kakak yang sedap. Lucunya abang iparku menamakan rendang isterinya (kakak) sebagai rendang GST kerana cara potongan daging yang kecil. Apapun ia menjadi kegemaran encik 'abe' ku ketika menikmati juadah pada Hari Raya ke-3 yang lalu.

Pada entri ini aku nak kongsi masakkan rendang merah ala-ala rendang 'GST' tu. Tetapi aku buat olahan sedikit. Perbezaan rendang merah nie dengan rendang biasa adalah kerana ia tidak menggunakan banyak rempah ratus dan kunyit. Selain cili kering aku juga menambah cili bangi kerana rasa pedasnya yang 'best'. En. 'Abe'pun suka sebab tak muak atau terlalu 'heavy'. Sesuai untuk penggemar daging pedas, cuma jangan berlebihan pula cili tu  nanti ada yang sakit perut bibir pula merekah kepedasan! Hehehe. Santan juga tidak diperlukan untuk resepi ni, tapi kalau nak tambah santanpun boleh juga.

Bahan-bahan:

1 kg daging lembu dipotong ikut saiz yang disukai kalian....
Minyak secukupnya
2 genggam  cili kering & 5 biji cili bangi (dipotong  2/buang biji dan direbus, tos, kisar terlebih dahulu)

*tip : ketika kisar cili masukkan sesudu minyak masak agar biji cili yang masih ada akan mudah hancur.


Cili bangi


Bahan kisar 2:

Halia muda (saiz 1/2 ibu jari)
2 hiris lengkuas
5 biji bawang putih
1 biji bawang holand@bawang besar kuning
5 biji bawang merah
4-5 batang serai

bawang holand



Bahan hirisan halus:

3 biji cili bangi: buang biji
6 helai daun limau purut muda
1 helai daun kunyit muda

Lain-lain:

1 sudu besar kerisik
3 sudu besar gula perang
1 batang serai, diketuk
Garam secukupnya
Air secukupnya

Cara masakkan:


Masukkan lebih kurang sesenduk 2 minyak masak. Tumis bahan-bahan kisar 2 bersama-sama kisaran cili kering tadi.
Lebih kurang 1-3 minit masukkan daging. Tambahkan secawan air dan biarkan daging empuk. Kalau ia kering tambahkan secawan lagi air sehingga  daging benar-benar empuk. Masukkan gula perang dan serai yang telah diketuk.



Apabila daging sudah empuk dan naik minyak masukkan kerisik dan gaul rata dengan api perlahan. Agak-agak kuahnya sudah sekering@selembab yang kita inginkan perisakan dengan garam dan masukkan bahan-bahan hirisan. Gaul rata. Siap!

Selamat mencuba :)

Tiada ulasan: