Khamis, 29 Januari 2015

status fb (2)

Status fb (2)



S....

jari jemari dah menyentuh kekunci huruf pada telefon bimbit :

luahan perasaan?

Tersangatlah....delete.. kenapalah..?delete Ishhh! Ehh!

Asyik a..a.....! Delete Mmmm...

Ya? Sampai bil...delete

Cubalah priha... delete mmm

Macam nak nangis jer...delete! cam nak marah jer...delete!


(Berightirfar )

Tarik nafas,hembussss... simpan ayat dalam-dalam.



                                Deko hati



Luahkan pada Allah. Insya'Allah berkurangan beban di hati....


:)sedang berusaha...















Selasa, 27 Januari 2015

dilema petugas kaunter 2

Dilema petugas kaunter II : Kaunter bayaran.



Peristiwa ini berlaku di sebuah kaunter stesen minyak yang berkomitmen tinggi ketika kami dalam perjalanan ke Kuantan.
Gembira sebab stesen minyak ini ada lebih 2@3 kaunter bayaran, servis cekap memudahkan urusan bayaran tetapi....

(Ketika ini pelanggan memang ramai dan semua kaunter penuh dengan barisan manusia.)

Petugas kaunter 1:  Assalammualaikum     selamat datang, boleh saya bantu. (dengan nada berirama seperti wartawan 999 tv3,jelas dan pantas.

Pelanggan           : tersenyum antara rela paksa dan menyerahkan barang yang hendak dibeli.
(jawab salampun tergagap-gagap...macam terkedu tetapi bukan kerana dikasari, skema petugas kaunter tersebut dilihat agak sopan. Kenapa ye?)

Petugas kaunter 1 : Terima  kasih ,datang lagi..hati-hati memandu.
(Nada sama macam mula-mula tadi,pelanggan mula tersenyum lebar mungkin kerana perkhidmatannya yang cekap?).

Pelanggan seterusnya...

Petugas kaunter 2 :( dialog dan nada sama seperti diatas)...ohh..o.k. Mataku yang nakal mula melihat riaksi pelanggan yang lain.

Petugas kaunter 3: (ucapan sama, nada dah macam rakaman)

Pelanggan 3          : (secara spontan memandang ke arahku, muka menahan satu perasaan yang dapat ku agak...)

Tiba giliran aku...

Petugas kaunter 1: (ucapan sama)

Aku                          : (konon nak jawab salam tanpa prejudis rupa-rupanya lidahku turut terkedu, rasa bagai satu kegagalan sebab tiba-tiba hampir terikut 'ton' suara petugas kaunter bayaran  tersebut). Setelah ayat alu-aluan tersebut diucapkan barulah aku mampu membalas salam...itupun dalam keadaan yang 'blur'.

*membalas salam sesama islam itu wajib, moga kita tak tersentap @ 'hilang ingatan' bila berhadapan dengan situasi sebegini.

Setelah membeli barang, aku keluar dari premis tersebut tetapi berbaris semula untuk mendapatkan minuman. Ketika itu ucapan yang sama berlegar-legar dengan jelas bersilih-ganti antara kaunter-kaunter tersebut. Bagai sahut menyahut.

Ketika tiba giliranku untuk kali yang ke2:

petugas kaunter 1 : ucapan permulaan dan pengakhiran yang sama walaupun aku baru sahaja membeli tadi....dah rasa macam nak tergelak dahhh...

Kaunter 2 : (ketika itu sedang memberi ucapan 'terima kasih, datang lagi hati-hati memandu...)

Pelanggan @si ibu : (tersengih, sempat berterima kasih)

Anak lingkungan 5 tahun: terima kasih datang lagi, hati-hati memandu... (mengajuk petugas kaunter)

Si ibu : eh, budak ni...(sambil tertawa kecil)

Anak  : macam robot (sengih)

Aku mula tertawa kecil ketika petugas kaunter 1 turut tertawa, diikuti oleh beberapa pelanggan lain yang tak dapat lagi menyembunyikan  rasa lucu.

...ironinya sebaik sahaja  aku beredar ucapan dan nada yang sama masih mampu dituturkan untuk pelanggan seterusnya. Kagum sungguh aku, bukan sebab perli tetapi kerana kemampuan mereka untuk berbuat demikian secara berterusan!


Mmmm...Aku tidak menyalahkan 100 peratus situasi tersebut kepada petugas-petugas kaunter yang berkomitmen itu. Mungkin ucapan tersebut diwajibkan oleh pengurusan mereka. Bukan mudah nak menghabiskan 'ayat-ayat wajib' yang perlu dituturkan dengan sempurna. Keramahan petugas kaunter memang diperlukan dan majikan perlu memberi panduan dan motivasi kerana mereka turut mewakili imej syarikat. Tetapi lebih baik keramahan itu hadir dari hati dan diucapkan dengan lebih semulajadi. Dari segi natural, kita masih ketandusan karaktor dalam perkhidmatan komunikasi. Letakkan diri kita di tempat insan yang disapa, bukan berlandaskan skrip atas kertas ataupun nada yang diulang tayang macam 'rakaman @pun miming' kerana kesempurnaan yang ingin ditonjolkan mungkin diterima sebagai satu kecacatan.


#duludjradiodaniklan'testemoni'punmacamsuararobotsekaranglebihnaturaldannyata.





golden dreams



Nak campak sedikit memori....

Masih ingatkah  penonton   era  90an   tentang  rancangan  Benson&Headges Golden Dream suatu ketika   dahulu  di Malaysia?

Antara siri yang diingati dan terkesan disanubariku  adalah  impian  seorang  wanita  yang  teringin  nak  jadi  seorang puteri (angan-angan yang agak tipikal oleh seorang gadis ketika itu...termasuk  aku  kot...hehehe) wanita  tersebut  disiapkan  dengan  busana  cantik  dan  menari  bak  puteri ...ke  terbalik?nak jadi Cinderella  dan  menari  bak  puteri ?  ...huhuhu   'whatever'...


Seorang  pelumba  basikal  kebangsaan  Edwin  Ng  pula  berjaya  menjejakkan  kaki  di  Bandar  Megapolis untuk merasai pengalaman  menjadi posmen berbasikal di tengah-tengah  kesibukkan  Kota New York. Bijak, dapat juga melancong kann...



...paling aku simpati adalah impian  seorang  wanita  yang  teringin nak berlakon dalam filem Hollywood. Memang   impiannya   tercapai   tetapi sekadar watak bersama pelakon-pelakon tambahan yang diarahkan berborak di dalam kafe yang agak sibuk. Malah kelibatnya tidak begitu menonjol. Mmm...tidak mengapalah dari tak ada...


Kalau nak sembang tentang impian duniawi senarainya memang panjang, rata-rata nak jadi kaya, nak rm1  juta...kikiki
jika rancangan  seperti  yang  diatas masih wujud rasanya impian klise  sedemikian  sukar dan mustahil  untuk dipenuhi dengan begitu mudah. Melainkan impian yang kita hajati menjadi viral dan memberi pulangan@kepentingan kepada penaja itu sendiri... Wallahualam.

  
Impian yang dirialisasikan  dalam  rancangan tv berbeza dengan pemahaman luaran kita. Dengan  erti  kata lain, tengok pada budget, pengaruh atau kehendak rancangan  itu sendiri. Mungkin   impian   untuk  menjadi  seorang  puteri  berjaya  terlaksana. Tetapi disebalik siaran tersebut ada pengambaran yang meletihkan untuk dijalani. Ianya terlihat di kaca tv sebagai sesuatu yang mengasyikkan...kecantikkan  dan kemewahan seketika yang dilihat sedang dinikmati si gadis bertuah. Tak mengapa, asalkan  'happy' dan terpilih antara ratus ribuan penyertaan. Itu sudah cukup bermakna. Impian itu  mungkin di anggap remeh@biasa, tetapi impian itu jugalah yang menjadi pilihan untuk sebuah siaran.


Jika rancangan sebegini diwujudkan semula, rasanya kita perlu memilih impian yang sesuai untuk sebuah siaran dan bijak mencetuskan kretiviti melaluinya agar ia memberi impak yang mempunyai manfaat terbaik dalam kehidupan kita.


Impian untuk 'siaran' aku?

Tak besar sangat... tak nak tahu?

Takper...

Tapi nak bagi tahu juga...hihihi

Impian saya adalah semua hasil lukisanku yang dihasilkan di blog dan di telefon bimbit akan diterjemahkan di dalam sebuah galeri yang di pamerkan secara digital. Dalam pameran itu aku nak jemput bersama-sama(join) mempamerkan lukisan@hasil seni  iaitu insan yang paling rapat dalam hidupku merupakan abang kandungku yang memiliki bakat terpendam serta kretiviti seni umpama wira tak didendang,kenalan zaman persekolahan(khairini-yang setelah lebih 20tahun tak jumpa tetapi bila bertemu baru tahu yang dia juga berbakat dalam lukisan dan kraf),insan 'humble' ketika zaman remaja(pakcik ZBH@Zainal Buang Hussein...kerana beliau merupakan kartunis/penulis hebat dan lagenda majalah Gila2 yang pertama kutemui...nak autograf tapi segan sangat waktu tu...hehehe,pernah tumpang tidur di rumah beliau ketika ada 'tournament ' sebab anak beliau(ayu) merupakan kenalan satu pasukan...seorang bapa yang hebat dan memiliki isteri yang pandai masak...mula teringat daging masak kicap kacang peas hijau...nyammmm,terima kasih ZBH sekeluarga!!!)serta juara dunia pertama yang tak termimpi kukenali dalam arena lumba basikal yang pernah membimbing aku selama 5-6bulan di Australia martin vinnicombe...beliau mempunyai bakat lukisan yang sangat mengkagumkan dan seni kerjatangan idea kurniaanNya yang hebat.

Sembang kemas pulak...namapun golden dream ye tak?

Galaxy note digital arts Gallery : the other side of many others...



Apa pula golden  dream anda?


#disuduthatimendoakanagarmencapaikebahgiaandiduniadanakhitat....

Isnin, 26 Januari 2015

tips jimat elektrik



Di pasaran terdapat pelbagai alat jimat elektrik, ada masa kita terpaksa keluarkan duit untuk jimatkan duit kannnn...aku tak bersedia  nak guna gadget-gadget sedemikian mungkin kerana jika berkaitan  dengan elektronik  aku lebih selesa untuk memilih yang 'sedia diberi' seadanya...

Beberapa tahun lalu aku ada membaca tip jimat elektrik cara 'manual' tanpa perlu keluar belanja. Tips tersebut aku dapati dari majalah  tempatan yang aku tak ingat namanya. Salah satu tips yang dikongsi telah menjadi amalan kami sejak beberapa tahun ini dan kesannya sangatlah besar untuk jangkamasa  panjag.

RM43.95 :Bil sebelum tips diamalkan...ketika ini tiada penggunaan alat elektrik inverter dan alat penghawa dingin.

Petua yang kami amalkan sangat ringkas iaitu mencabut soket/plak dari suis selepas setiap kali penggunaan alat-alat elektrik iaitu cerek, tv,kipas dan sebagainya(Kecuali peti ais). Amalan ini berterusan sejak beberapa tahun lalu dan telah sebati sebagai rutin kami.

antara bil ...walaupun setelah penggunaaan alat penghawa dingin.

Bil tersebut termasuklah penggunaan sebuah alat penghawa dingin yang digunakan hampir setiap malam, mesin basuh auto 9kg dan peti sejuk besar selain tv 40 inci dan seterika.



Setelah mesin basuh dan peti sejuk kami rosak, kami mengambil keputusan untuk mendapatkan barangan bercirikan inverter.

 Antara bil terendah pernah kami bayar tahun ini(2015)sebelum penggunaan akarium.

Ketiga-tiga alat elektrik ini juga merupakan model inverter yang mendapat ranking 5 bintang dalam penjimatan kuasa guna elektrik. Ternyata ia juga mempengaruhi kegunaan elektrik bulan ini kerana sebelum ini kami menggunakan peti ais dan mesin basuh tanpa inverter.


Memang kami sekeluarga tidak ramai dan bilpun tidak begitu tinggi, tetapi apa yang ingin saya sampaikan adalah 'perbezaan' bayaran bil kerana mengamalkan tips tersebut. Berusaha juga Istiqomah mencabut plak sebagai amalan dan nikmati hasilnya. Hasilnya tidak ternampak  segera tetapi pada jangka panjang.

Istiqomah: cabut plak/soket selepas guna!

Penyelenggaraan  alat  penghawa  dingin  juga penting dan mempengaruhi penggunaan  tenaga.


*kini bil meningkat sebab pasang filter 24jam untuk akarium.




Diari semasa:

01.10.2015, 'terserempak' dengan info berkaitan di fb :

:) pengesahan dari TNB, sumber perkongsian pengguna fb. 


*bil elektrik kami yang terkini & masih mengamalkan tips berkaitan + kenaikkan tarif elektrik  & GST setakat 01.10.2015 :
RM 50.45

Rujukkan Penggunaan utama terkini kami:

1) Isi rumah tetap :2 orang
Peti ais besar hitashi 2 pintu inverter/sepanjang waktu
2) 9kg mesin basuh auto hitachi inverter/4-5 kali seminggu penggunaan, walaupun berdua tugas suami melibatkan  penggunaan baju yang banyak...a.k.a tugas di stor.
3) hampir setiap malam & adakalanya pada waktu siang penggunaan sebuah alat penghawa penasonic inverter 7-12 jam sehari.
4) Akarium 24jam/seminggu
5) Cas telifon  bimbit  hampir setiap hari.

#lain2: peralatan masakkan,lampu,kipas,kediaman menjadi pilihan saudara-mara saya&suami bertandang sekali-sekala,kerja-kerja asas berkaitan spt pengguaan hampagas & drill.

*setelah gst dan penggunaan akarium bil meningkat....tapi jika amalan ini tidak diteruskan berapa agaknya bil kami yek?

 2016:
Bil paling tinggi : rm 70++
Isi rumah tetap:3 orang
Penggunaan  elektrik sama spt di atas tetapi dgn penambahan penggunaan mesin basuh dan cerek elektrik yang lebih kerap.

Bil setakat April 2016:

rm52.95



rezeki di tangan Tuhan...

Rezeki di tangan Tuhan....



Siapa tahu apa yang bakal mendatangi kita dalam kehidupan ini selainNya. Ada yang sangka permulaan sebuah kejayaan berterusan tetapi pengakhirannya satu kegagalan. Siapa sangka pula dari seorang yang tak ada apa-apa kemudian memiliki kesenangan hidup.

Adakalanya bila rasa dunia seakan tidak adil terhadap kita, kita abaikan orang-orang disekeliling kita. Kita berterusan mengeluh dengan nasib diri dan melihat kejayaan atau perjalanan   hidup   orang lain lebih beruntung dari kita sedangkan hakikatnya ada di antara mereka yang terlebih dahulu menderita, yang terlebih dahulu keseorangan...hanya mengharap doa dan hasil yang tidak seberapa sebagai pencetus semangat dan harapan cecita.





...aku tidak kesal deman sendirian, menangis sendirian dan bergelut dengan waktu ketika mula menapak dalam kerjaya. Walaupun aku punya 3 orang adik-beradik yang lebih tua. Mereka juga sedang menjalani ujian masing-masing. Aku juga terinspirasi dengan adik bongsu ku yang agak berani berdikari setelah kehilangan arwah abah 15 tahun dahulu. Aku sandarkan padaNya pengharapan agar aku tidak lagi mensia-siakan hidupku mengejar angan-angan dan dongengan. Hentikan segala mimpi yang melekakan. Sebagai seorang gadis ketika itu cabaran dan risiko ku redah dan tawakal kepadaNya. Aku bukan sempurna,pernah kilaf,memilih jalan salah,jatuh dan bangun dan jatuh semula. Sedihnya aku melihat segelintir anak-anak muda yang cerewet dalam pekerjaan walaupun rezeki halal di depan mata sedangkan keluarga pula memerlukan bantuan tambahan. 'Tidak minat' menjadi alasan sedangkan diri berkebolehan. Sanggup goyang kaki semata-mata menunggu kerjaya impian yang belum tentu milik kita. Mengelak dari belajar sesuatu yang baru walaupun ringkas kerana tidak merasakan ia satu keperluan. Mengeluh nasib diri tanpa rasa syukur dan berusaha meningkatkan kehidupan sendiri.


Zaman gelap

Aku sendiri punya cita-cita,  dan impian itu tidak sepenuhnya tertunai sehingga hari ini namun itu tidak menghalang aku untuk mencari pekerjaan untuk menampung hidupku sendiri ketika awal kedewasaanku. Di awal 'cari makan' dalam keadaan bermodal RM100 dan tidak berkenderaan aku pernah tidur di kedai basikal tempat aku merantau seketika di negara jiran bersendirian kerana tawaran bekerjasama atas pengalamanku di bidang sukan, kerana takut kelewatan dan jimat belanja aku tidur di premis kedai 'bos'. Aku pernah berbasikal di lebuhraya dari Sg. Besi ke Damansara yang penuh dengan kenderaan laju kerana mengelak kesesakkan  lalu lintas dan masalah pengangkutan awam dan hampir 'disapu' kenderaan laju, pernah diherdek pengawal keselamatan yang memarahi aku kerana membawa basikal masuk lif pekerja hotel (bukan lif tetamu tau)tempat aku pernah bekerja sebagai 'house keeping' di hotel 4 bintang(sehingga aku terpaksa mendaki parking tempat letak kenderaan), pernah berjalan kaki dari stesen bas Klang pulang ke rumah (lebih kurang 3-4km)kerana tiada tambang ketika mula-mula bekerja di sebuah kolej, naik berbas-bas sehari, lenguh berdiri 44km di dalam bas mengejar kerja sambilan, tidur di surau pejabat kerana tugas lebih masa...bla bla dan bla...panjang rasanya senarai...adakalanya penat ketika perjalanan lebih menyiksakan dari bekerja di tempat tugas itu sendiri...pernah lebih 2 tahun berbasikal berhujan dan berpanas malah menempuh risiko apabila pulang lewat malam dan meredah awal pagi kerana tugas khas, sebelum mampu membeli skuter ketika Allah memberi aku rezeki dan diterima kerja di daerahku sendiri dan perbagai lagi pengalaman sebelum stabil....memang aku ada saudara mara yang mungkin boleh membantu dari segi kewangan tetapi ia adalah perkara yang terakhir jika terdesak dan kecemasan untuk aku pertimbangkan kerana mereka juga punya keluarga dan masalah masing-masing. Secara luaran mungkin nampak berkemampuan tetapi hakikatnya mereka mempunyai pelbagai tanggungan dan tanggungjawab. Selagi boleh berusaha maka kesukaran itu adalah biasa. Rasanya ramai juga antara kita yang pernah melalui zaman 'gelap' ni...Cuma yang sedih melihat anak-anak muda yang adakalanya pelajaran 'zero' tapi memilih kerja, kalau berbasikal bukan mtb@motosikal ribu riban mula rasa malu...walaupun segala bantuan permulaan kerja seperti duit makan,lesen memandu dan kemudahan motorsikal tersedia, hanya sekejap sahaja kekalnya di tempat kerja.  Permintaan pula bermacam-macam tetapi hasil mengecewakan. Alasan gaji kecil,jika sedemikian memadai cari kerja di tempat berdekatan. Jika gaji yang kecil itu dimanfaatkan dengan baik Insya'Allah  ada keringanan untuk kita dan keluarga sementara  mengintai peluang lain. Menoleh seketika dibelakang, aku seakan tidak percaya perjalanan yang aku lalui dan aku tidak pernah sekali-sekala menyalahkan sesiapa malah kini aku berasa lega dengan sifat berdikariku ketika itu. Aku hanya mulai memiliki lesen di  usia 20an setelah berhempas pulas 'overtime'. Zaman aku dulu lesen memandu+motosikal berharga rm450. Mungkin ketika ini, jumlah tersebut   dianggap murah, tetapi bayangkan dengan gaji permulaan rm583 ketika itu. Bukan mudah juga kan nak menyimpan? Alhamdullillah  berjaya juga aku memperolehi  lesen memandu menggunakan wang kocekku sendiri dan dipermudahkanNya.  Teringin juga nak jadi askar tetapi mata pula rabun....

Walaupun  tidak berpelajaran tinggi,aku sentiasa mengintai kursus-kursus jangka pendek demi membuka lebih banyak peluang dan pengetahuan terutamanya di zaman 'bujang' . Disamping bekerja, Aku turut menyimpan wang dari gaji yang tak seberapa ketika itu untuk menimba ilmu. Aku pernah menduduki  kursus asas perniagaan MARA, kursus tiket kapal terbang....kursus bahasa Inggeris..masakkan dan sebagainya adakalanya yang tak ada kena mengena dengan minat....nampak remeh dan lucu tetapi itulah pengisian yang bermakna, kot-kot jika ada peluang yang lebih baik untuk melangkah lebih jauh selain mencari 'diri'.

antara sijil kursus yang disertai

Pelbagai temuduga : kerjaya impian zaman remaja


Sepanjang tempoh kerjayaku yang belum stabil aku sentiasa mengintai  peluang terhadap siri temuduga pekerjaan  yang dirasakan sesuai dengan tahap akademikku. Sehinggalah aku bekerja di PBT aku masih rajinkan diri menyertai  siri temuduga kerana ketika itu masih berjawatan kontrak. Aku belum rasa terjamin ketika itu. Segala pekerjaan yang meliputi ruang lingkup SPM aku cuba biarpun adakalanya ia nampak terlalu 'gah' untuk aku. Aku juga beranikan diri menyertai temuduga pramugari baik Air Asia...MAS mahupun Singapore Airlines kerana merasakan untuk tahap SPM disitulah gaji paling besar aku boleh dapat. Rasa keldil diri ini bila ditemuduga dikalangan ribuan wanita cantik yang dah macam supermodel  dan ratu cantik. Seperti diduga,memang sukar nak lepas peringkat ke 2 temuduga tu....hehehe tapi makin lama makin seronok nak pergi setiap kali ada temuduga berkaitan. Aku mula mencabar diri untuk melihat sejauh mana aku mampu bawa diri dalam temuduga jawatan 'berkaraktor metropolis' ni walaupun tak dinafikan harapan ku tidaklah terlalu menggunung. Lantas aku jadikan siri temuduga pramugari ni sebagai latihan  mengasah 'skill' komunikasi dan yakin diri sehinggalah aku berjaya tergolong dalam kelompok peringkat akhir pemilihan temuduga awal bersama Singapore  Airlines di Hotel Nikko. Rasa bagai satu pencapaian bila jadi top 25! hehehe. Faktor kegagalan aku pada peringkat akhir adalah komunikasi dalam pergaulan. Aku memang 'lambat panas' dalam bersosial ketika itu dan sifat pemalu bukanlah tiket untuk kerjaya sedemikian. Diri perlu pantas menyerap karektor dalam apa jua situasi.  Itulah kali terakhir  aku menyertai temuduga-temuduga pramugari. Bukan kerana serik, tetapi kerana aku mula kenal diriku. Pencapaian 'tertinggi' peribadi dalam temuduga itu cukup memberi kesan terhadap diriku. Apabila semakin matang juga aku mula sedar pramugari bukanlah kerjaya impian sebenarku...ia merupakan sebahagian episod sebahagian besar angan-angan gadis bak 'princess-princess'...tak dapat nak aku jelaskan di sini tetapi aku percaya ada wanita di luar sana yang memahami maksudku....apapun dongengan ini telah berakhir dan aku 'terus move on' untuk sesuatu yang lebih rialistik...

Kerja sambilan:

Jadi 'retis'...

Zaman bujang memang 'langkah panjang'... pelbagai 'genre' bidang berani ku cuba. Konon nak taraf hidup lebih baik....@bahasa jujurnyer nak jadi kaya. Kebetulan di suratkhabar  ada tawaran menyertai iklan. Itupun aku cuba...sudahlah lokasi castingnya sangat asing bagiku...tapi ia tak jadi alasan. Macam biasa untuk temuduga Aku telefon pihak terbabit bertanyakan alamat casting....naik bas ke lokasi terdekat dan kemudian serah lokasi pencarian pada teksi. Aku tak mahu menyusahkan adik beradik untuk hantar aku 'merata-rata'. Apapun dalam hal begini sebagai seorang wanita perlu ada tambahan hati-hati dan jangan terlalu 'excited' bimbang menjadi mangsa sendikit dan sebagainya. Perlu siasat tawaran dan pastikan kewujudannya. Pernah juga aku terjebak dengan iklan nak cari model. Rupa-rupanya iklan 'peribadi', iklan nak cari 'awek'. Aku hampir membuat kesilapan  paling besar dalam hidup namun Allah Maha Pengasih. Menunjukkan  aku jalan ysng lurus dan kembali kepada dunia rialiti.

100 women for sunsilk

Iklan shampoo
Pengalaman lalu tidak menamatkan ke'beranian'ku menceburi bidang pengiklanan. Kali ini aku lebih matang dan berhati-hati dengan iklan yang ditawarkan di dalam suratkhabar. Walaupun aku bukan supermodel berjaya juga aku sebagai pelakon tambahan bagi iklan Sunsilk. Kami diberi sagunati RM500. Pengambaran sehari sahaja di KLIA tetapi perlu lapor diri untuk 3 hari 2 malam di sebuah hotel di KL untuk pilih baju dan info.

Rentetan dari penyertaan tersebut, syarikat pengiklanan menawarkan kerja sampingan mempromosi barang pelanggan mereka di pasaraya. Walaupun bukan jadi pelakon tv...ala2 sales jer (promo barang secara 'live')tetapi bayarannya berbaloi dengan penat lelah kita. Cuma kenderaan ketika itu menjadi punca utama kesukaranku melangkah lebih jauh dalam bidang pengiklanan ini menyebabkan aku terpaksa menolak tawaran ke dua dalam mempromosi barangan pelanggan agensi pengiklanan tersebut. 

Aku juga masih melakukan kerja sambilan di hotel sebagai housekeeping biarpun telah diterima bekerja di PBT ketika awal penglibatanku. Akhirnya  aku tinggalkan terus pekerjaan di hotel tersebut setelah mendapati komitmen  lebih masa perlu ditumpukan pada tugas hakiki ku.


Inspirasi dalam perkenalan singkat:

'Seorang makcik bertaraf penduduk tetap di tempat kerjaku hanya seorang pengemas pejabat dan pencuci tandas di pelbagai tempat sejak 30tahun lalu, tetapi berkat kerja keras, beliau berjaya menyara anaknya hingga ke Universiti.'

Rezeki di tangan Tuhan...


Tumpuan  sebenar...

Akhirnya  setelah 5 tahun berjawatan kontrak  akhirnya aku berjaya memperolehi jawatan tetap setelah mengharungi pelbagai siri peperiksaan dan kursus berkaitan. Aku ambil keputusan untuk fokus dengan kerjaya sedia ada. Umurpun makin meningkat. Masa yang pergi tidak mungkin dikembalikan. Walaupun gaji kecil tetapi banyak godaan bila dan menjawat jawatan separa kerajaan ni. Godaan pinjaman...koperasi dan pelbagai tawaran kredit. Silap haribulan kalau salah percaturan boleh bankrup jadinya. Aku sendiri membuat kesilapan ini. Setelah berjaya mendapat kelulusan kad kredit,laju saja 'duit' keluar tanpa disedari malah aku mendapat  kelulusan permohonan kad kredit ke 2. Konon nak 'buat cover' dan penggunaan minyak kenderaan tetapi sifat cermat itu tak bertahan lama. Ada sahaja keinginan yang tak perlu. Ada kecemasan sikit laju saja kad kredit ku calit akibatnya 'tutup lubang gali lubang'.


Tujuan pinjaman

  Kesimpulannya, bila kita rasa macam tak punya apa-apa; jangan mudah putus harap dan memilih jalan mudah dengan membuat pinjaman bank yang sia-sia. Terutamanya kakitangan kerajaan yang mudah mendapat kelulusan dan dijadikan sasaran. Tidak salah meminjam cuma kita harus membuat perancangan yang bijak kerana tanggungan dan komitmen jangka panjang. Apabila pendapatan tetap meningkat usah bazirkan duit pinjaman yang dipohon kepada sesuatu yang berteraskan hiburan semata-mata tanpa mendatangkan hasil kebaikkan atau manfaat di kemudian hari. Sabar kerana kesenangan tidak hadir sekelip mata. Rugi kita menanggung beban bertahun-tahun hanya untuk menikmati kemewahan sementara. Mujur ketika kali pertama memperolehi pinjaman peribadi (hanya lepas rm10 ribu), aku 'pejam mata' menambak tapak tanah pusaka. Tapak tanak tersebut agak rendah dan berpaya. Konon nak bina rumah kecil sebesar bilik hotel, tetapi tak berjaya. Namun aku 'bela' jet tapak tu berdikit-dikit.


Rumah pertama.....

Belum wujud : Tiada skim rumah pertamaku...tiada brim...

Seperti diriku sendiri ketika usia muda memang tak terlintas di fikiran akan berjaya membina rumahku sendiri. Impian itu sentiasa ada tetapi rasa sangat mustahil dengan gaji yang rendah ketika itu. Genap 4 tahun kerja bergred N17 (gaji asas tak sampaipun 800 ketika itu)aku berhasil membeli sebuah rumah kos rendah(bulanan lebih kurang rm300) biarpun baki gaji cukup-cukup makan untuk kenderaan,belanja dapur... Aku tekad untuk memiliki rumah sendiri ketika itu kerana merasakan tidak mampu nak kumpul duit untuk membina rumah walaupun arwah abah tinggalkan tapak rumah untuk kami adik beradik. Kakak ku pernah juga mohon rumah dengan pusat zakat ketika itu tetapi tidak berjaya walaupun ketika itu kami adik beradik masing-masing kesempitan. Mak memang ada pencen....ketika itu nilai pencen mak hanya rm300 lebih. Dengan wang itu jugalah kami gunakan untuk perubatan mak dan perkara yang berkaitan. Ketika memohon bantuan pejabat  daerah pula mereka mengatakan kami tidak layak dan bukan asnaf. Takpelah kami redha. Walaupun kami hanya mengharapkan sebuah rumah kecil kerana kediaman kami ketika itu teruk dimamah anai-anai mungkin...ramai lagi insan yang lebih sukar ketika itu.
Selepas beberapa ketika aku tekad untuk beli kereta. Ada kereta ni nampak macam senang tapi komitmen dan keperluannya juga perlukan 'rm', dengan gaji yang ngam2 nampak macam giler jer...namun  bukan niatku untuk hiburan@bangga diri tetapi keranakeperluan membawa emak setiap bulan ke hospital untuk rawatan. Ketika itu adik telah memiliki  kereta kancil...namun tak adil rasanya menyerahkan bulat2 perkara itu kepada beliau. Bila aku dah ada kereta dapatlah kami bergilir-gilir  cuti untuk rawatan mak. Kerja masing-masingpun tak terjejas. Yang penting jangan sampai berbelanja melebihi pendapatan sehingga menyusahkan orang disekeliling kita dengan alasan kesukaran kita. Alhamdullillah  apabila ku toleh 'zaman' yang berlalu,pendapatan  yang kecil penuh keberkatan bila kita membuat jasa kepada orang tua kita...walaupun cukup2 makan tak pernah pula aku 'miss' bayaran bulanan kereta mahupun penyelenggaraan. Hati mula sebak...kerana tak seberapa berbakti pada arwah abah...malah 'jasa' untuk makpun memang tak terbalas walaupun mak mengidap penyakit 'kejiwaan' sejak aku berusia 5 tahun. Kesakitan mak melahirkan kami adalah pengorbanan tak tertanding.  ...hanya doa dan amal jariah yang dapat ku teruskan untukmu abah yang tabah memelihara kami dan setia menerima ujianNya disamping kekurangan emak...moga diterimaNya sebagai bekalanmu...moga di kantung syurga dirimu sementara menunggu akhirat yang nyata...moga tidak dihisaf dirimu dan di tempatkan Dia terus ke syurga firdausi... jangan dipersalahkan ibu bapa andai kita tidak dibesarkan dengan sempurna. Mungkin ketika itu, itulah yang terbaik dapat mereka lakukan...benar memang kehidupan silam memberi kesan terhadap anak-anak tetapi apabila kita dewasa dan 'berakal' maka kita perlu mencorakkan diri kita agar menjadi lebih baik.

Teratak molek

Kerana keinginan tinggal di 'landed house', Alhamdullillah  selepas lapan tahun bekerja aku berhasil meminjam wang di bank bagi membina sebuah rumah yang comel setelah berjawatan tetap. Rezeki jodoh bersama suami urusan pinjamanku dipermudahkanNya. Dapat sahaja duit kwsp dari jawatan kontrak yang ditinggalkan aku pantas menutup segala hutang piutang dan kad kredit yang kini pupus dalam kehidupanku. Sesenpun tak dapat nak 'berpoya-poya' tetapi beban yang digalas akibat perancangan yang lemah sebelum ini telah berjaya ku hapuskan. Alhamdullillah, lega sangat. Aku juga bersyukur dan percaya Allah menambah keberkatan dari rezeki jodoh bersama suami meluaskan kesempitan yang ada kerana 'keselesaan' yang kumiliki hari ini (walaupun tak mewah) bukanlah kerana aku seorang. Kehadiran seorang suami menambah fokus diriku terhadap perkara-perkara yang lebih penting. Sekarang aku cuma ada hutang asas sahaja iaitu hutang peribadi yang digunakan ketika membina  rumah dan bayaran kereta, memadailah dengan pendapatanku yang  sederhana  ini. Walaupun baki gaji seadanya kerana komitmen  bulanan sekurang-kurangnya kemudahan asas telah dipenuhi dan kehadiran seorang suami yang sangat bertanggungjawab  serta penyayang mendayakan semua ini. Susah senang kini kami lalui bersama. Sentiasa berbincang dalam kebanyakkan hal. Bertambah semangat diri... Insya'Allah .

'Famili'

Dalam entri ini bukan niatku untuk menulis tentang kejayaanku yang tak seberapa dalam mengharungi semua ini, aku masih melalui pelbagai ujian lain sebagaimana kalian. Aku juga masih insan biasa berpendapatan biasa...banyak juga kesilapan yang pernah aku lakukan sepanjang perjalanan itu. Apa-apa juga boleh terjadi di masa hadapan   dengan   ketentuanNya. Jika ada yang masih tak terkesan kerana belum membuat kesilapan sedemikian, belajarlah dari kesilapan dan perjalanan orang lain. Agama perlu dijadikan panduan utama. Setiap kali kilaf jangan berputus asa untuk bertaubat dan memperbaiki diri walau sebesar manapun dosa yang kita rasakan. Berjuang untuk melalui jalan yang lurus. Semoga hidup kalian akan berjaya setidak-tidaknya mampu berdikari dan membina kehidupan untuk diri serta serba sedikit sumbangan untuk ibu bapa tercinta agar mendapat keberkataNya. Sekecil manapun gaji kita jangan sekali-sekala kedekut dengan ibu bapa, hidup ini bukan untuk diri sendiri semata-mata. Ada hak orang lain dalam pendapatan kita maka tunaikanlah zakat . Selain itu restu dan doa ibu bapa akan meluaskan hidup yang dirasakan sempit. Selagi mereka bernyawa, mereka adalah punca disebalik kejayaan kita. Jangan sekali-sekali membelakangkan mereka. Jika sikit yang kita perolehi bertambah sempit kocek kita sebenarnya jika kita berkira dengan orang tua kita/suami/isteri. Begitu jugalah sebaliknya semakin luas rezki kita andai memberi dan berbelanja ke jalan yang betul. Istiqomahlah dalam menyimpan biarpun hanya rm10 sebulan.

Info  grafik  :  sumber  perkongsian  FB  

Sabtu, 24 Januari 2015

sambal tumis cili bangi


Nak pedas...nak pedas...

Ada tetamu istimewa bertandang sekeluarga, masakkan pedas merupakan pembuka selera si suami. Pelik juga aku ini, bila 'tetamu' nak datang hilang pula ilham nak masak apa. Mmmm kadang-kala yang ringkas itu lebih menyelerakan terutamanya bila makan beramai-ramai.



Oleh kerana ada anak-anak kecil dan ada pula yang perut sensitif, tak adil juga kalau menu masakkan ayam lemak kuning ini dimasak pedas. Jadi aku mengambil keputusan menyediakannya secara sederhana selain menumis kobis beijing dan sebahagian ayam digoreng. Untuk rasa pedas, aku buat sambal cili bangi yang menyengat ni inspirasi dari 'deria rasa" sambal ayam penyek yang pernah kunikmati. Rasanya macam sama tapi tak serupa. Yang 'best'nye sengatannya sementara tapi bahang pedas dijari masih terasa kerana aku gemar membuang bijinya yang padat terlebih dahulu.


Sambal cili bangi



Nak resepi?



Rebus lebih kurang 5 minit bahan-bahan berikut:

10 biji cili bangi, dibelah 2 dan buang biji
sesudu kecil penuh udang kering
setengah gemgam ikan bilis siap kopek
1 biji bawang kuning sederharna besar
2 biji bawang putih

Selepas rebus,toskan dan kisar@tumbuk separuh hancur.

Tumis bahan kisar sehingga naik bau. Masukkan 1 sudu kecil gula perang dan garam secukup rasa.

Setelah kering tambahkan sesenduk air, potong sebiji lagi bawang kuning dan masukkan ke dalam bahan tumisan Sehingga bawang layu dan sambal separa lembab.

Setelah siap, perahkan 2 biji limau kasturi.



Selamat   mencuba! :)

Khamis, 22 Januari 2015

french toast


Pertama kali menikmati hidangan ini ketika minum petang di Geylang (premis).
Setelah beberapa kali menikmatinya aku mula mengesan 'resepi' melalui deria rasaku. Walaubagaimanapun, Ada banyak versi french toast ni...ada yang letak buah-buahan campuran dan ada juga yang tambah pisang (rancangan chef Anis).

Menyediakan hidangan ini juga ringkas sebenarnya. Sebagai bukti, gambar di atas adalah hidangan yang disediakan buat pertama kalinya oleh cik abe tersayang. Sesuai untuk sarapan dan minum petang bersama secawan kopi O panas.



Resepi ini bolehlah 'cuba try test ye...'


4 keping roti putih@serat
2 biji putih telur yang dipukul seketika
(Boleh juga letak sebiji telur kuning,tak perlu banyak nanti muak,saya guna 'full' telur putih)
*secubit garam,campur dalam pukulan telur.
Mentega kacang separuh hancur
2-3 sudu madu lebah
Butter 

Langkah penyediaan:

Sapukan roti dengan mentega kacang, kepilkan 2 kemudian coating/lumurkan rata dengan telur.

Masukkan 2 sudu butter ke dalam kuali leper/pan yang telah dipanaskan dan bakar roti tadi sehingga tahap kegaringan selera kita. Ala-ala roti telur gitu.

Selepas itu angkat roti dan belah 2 serta sapukan madu di bahagian atas roti. 

Siap! Enak ketika panas... :)

nasi kukus



Emmmm...periuk nasi buat hal, gaji memang baru masuk tapi ada keperluan lain yang perlu kami dahulukan bulan ini. Sepanjang minggu menanak nasi dengan periuk cap buaya memang menyelerakan juga sebab aromanya berbeza, belum lagi kalau guna kayu api..tapi kalau tak kena gaya,leka, ia akan jadi satu pembaziran apabila kerak nasi yang terbentuk bagai satu pinggan nasi.

Aku teringat kelas masakan kuih talam yang pernah aku hadiri bersama kawan-kawanku anjuran Karangkraf. Selain masakan kuih tradisional, chef tersebut turut bagi 1 resepi bonus...ringkas tetapi sangat berguna iaitu nasi kukus. Mudah sahaja penyediaannya terutamanya jika menggunakan talam kecil-kecil satu cawan beras setiap satu bersamaan 1 cawan air. Hasilnya memang menarik. Oleh kerana aku tidak memiliki talam kecil-kecil, aku menggunakan mangkuk kaca tahan panas/mesra mikrowave untuk masakan ini. Mungkin kerana jenis beras yang berbeza,kali pertama hasilnya nasi keras sedikit tetapi tidak antah. Untuk kali ini, nasi ku memang menjadi. Aroma pandan membuka selera malah kerak nasipun ciput sangat!


Bahan-bahan yang kugunakan:

3 cawan beras rambutan@jati yang dibasuh bersih,tambahkan 3 1/2 cawan air dan 2 helai daun pandan yang disimpul ke dalam beras tersebut.

Kukus di atas dapur gas dengan periuk pengkukus(letak air macam biasa) selama 1/2 (setengah) jam. Api sederhana besar.

(guna pengkukus elektrikpun boleh) 

Setelah itu padamkan api dan biar seketika di dalam pengkukus sebelum dihidangkan. (10minit@mengikut kemahuan kita)


Selamat   mencuba ! 

Selasa, 20 Januari 2015


Rindu pula nak 'bermain dengan berus' dan warna, hasrat nak melukis di kanvas setakat ini tak kesampaian lagi.


Seronoknya pula melukis dengan Spen galaxy note ini kerana aku boleh menggunakannya di mana-mana sahaja tatkala idea datang.


Aku tak perlu bazirkan kertas@kanvas, malah mudah nak memperbetulkan kesalahan....back...back...back macam kat dalam komputer.

...aku dah cuba aplikasi lukisan di telifon lain....GNote lebih real...rasa asli.


....puji melambungpun bukannya 'depa' nak sponser GNote 4 kat aku kannnn...
Heheheh


....tapi tidak mengapalah, asalkan aku memang rasa seronok menggunakannya sebagai insan yang 'kaki conteng'...tak risau nak simpan 'karya' kat mana. Bila-bila masa boleh syok sendiri layan mata dari handphone. Kalau teringin nak frame bolehlah pergi kedai printer 'kaler' tu....


Namun...aku tetap rindu nak melukis di atas kanvas, pasti rasa kekok nak  layang berus nanti...entah berapa helai kanvas pula yang akan jadi mangsa.

Rindu tau!















mini samosa



Mini samosa  kacuk kentang & keledek :)


Mudah sebenarnya menyediakan samosa cuma agak remeh untuk membentuknya kerana tangan melekit-lekit dek telur. Sebiji telur digunakan  sebagai 'gam', boleh juga tukarkan dengan bancuhan tepung kanji @ air biasa namun saya lebih gemar menggunakan telur kerana bukan sahaja ia lebih kuat, tetapi jika balut tak kemaspun mudah nak menggayakannya walaupun remeh.

Bahan   inti samosa

1 biji keledek kuning dipotong dadu dan dikukus berasingan sehingga empuk.

II

 3 biji kentang besar dipotong dadu

Potong dadu/cincang dan tumis:

Seketul isi dada ayam @ daging lembu (lagi banyak lagi best....hehe)

1 biji bawang besar
4 biji cili api
3 biji cili besar hijau
1 tangkai daun kari
1 senduk serbuk kari (boleh juga kurangkan @ lebihkan jika mahu)
Serbuk lada hitam, garam & gula secukup rasa.

Setelah naik bau masukkan kentang dan 2 cawan air sehingga kentang empuk.


Setelah kentang  empuk   sepenuhnya dan semakin kering  bolehlah campurkan keledek tadi dan gaul rata.


Rehatkan  dulu sebelum proses 'melipat' samosa.

Cara lipat mini samosa


Potong kulit popia kepada 3 bahagian



Setiap kali kulit digunakan tutup bakinya agar tidak cepat kering.

1

2. Jangan   lupa sapukan telur di setiap bahagian tepi.

3.lakukan lipatan sehingga kehujungnya, ratakan isi dengan menekan perlahan jari dari kulit popia. Jika ada lebihan saya akan 'gam' dengan telur sahaja, rasa sayang nak gunting.

Siap! Saya suka pada lipatan yang kurang kemas asalkan ter'gam' rapi kerana bila goreng ia lebih rasa rangup.



Goreng dengan api sederharna dan kerap 'balik-balikkan' agar tak hangus.


Ok Baiiii! :)



Nampak rangup gitu!




Lain-lain tip berkaitan:

#isi boleh juga guna udang kering bersama udang basah: kurangkan kari.

#inti lebih boleh buat karipap.

#Jika tidak mahu gunakan kentang, tumis bahan-bahan sehingga kering dan campurkan sahaja keledek yang telah empuk dikukus...pun sodapppp!

#nak inti yang lebih ringkas? Tumiskan bawang goreng bersama isi ayam yang dicincang, mix vege (lobak,kacang pis,jagung). Perisakan dengan kiub ayam serta sedikit lada sulah.