Selasa, 24 Februari 2015

Sakit kepala

Sensitif diri ini bila tiba bab sakit kepala....

Salah makan...sakit kepala
lebih gula...sakit kepala
lebih garam sakit kepala...



jalan/berkereta lama-lamapun kadang-kala sakit kepala...

Bukan tak pernah buat pemeriksaan darah dan sebagainya. Tetapi keputusannya ok sahaja...tekanan darah ok,urine 'clear'...

Suasana malam di klinik pesakit luar


Sejak amalkan sunnah Rasullullah   (menyedut dan menghembut air di hidung) sakit kepala berkurangan(sumber ceramah ustaz jemputan majikan). Masih ada lagi masalah sakit kepala  tetapi berbeza kekerapannya. Sudah lama panadol ku tinggalkan. Aku akan cuba bertahan,jika di rumah aku akan minum air masak banyak-banyak dan cuba untuk tidur...tetapi bila ia menyerang ketika bertugas maka terpaksalah ke klinik Jika ia mengganggu tumpuanku...dapatkan ubat tahan sakit untuk meneruskan tugas atau minta simpati mc sebab kepala rasa nak 'pecah'  dan mula menjejaskan  kerja. Namun aku redha terhadap rasa sakitku ini...moga menghapuskan dosa silam dan hari esok.

Baru tadi sakit kepala menyerang. Oleh kerana tempat tugas tidak  jauh dari klinik maka kugagahi jua memandu ke sana setelah 5 jam 'bertarung' menahan rasa.

Ada peristiwa berlaku di klinik tersebut :

Terima  kasih  pakcik!

Kurang sejam aku mendapatkan rawatan dan ubat tahan sakit beserta ubat batuk. Kedua-dua lengan 'bertebuk' sebab terpaksa ambil contoh darah 2 kali. Layanan jururawat  sangat baik dan ramah.  Aku menyambung tugas, biskut dan air yogart yang ku beli di premis 99 menjadi syarat  mengalas perut untuk menelan ubat tahan sakit. Setelah 10minit pening kepala hilang. Aku sedar ubat itu bukan penawar...hanya bantuan seketika,maka aku hanya akan menggunakan  tatkala benar-benar perlu. Ikhtiar lain masih jadi keutamaan. 



Esok aku nak buat air mandi cara rawatan tradisional migrain&sakit kepala yang aku pelajari dari otai herba di fb kelab tanaman pokok pokok herba. Kebetulan benihnya kuperolehi dari semak, kini ia membesar bagai 'johan' rupa-rupanya ada nilai perubatannya yang tersendiri. Pokoknya macam pokok jagung dan bunganya macam padi berjuraian. Padi tersebut berbentuk bulat dan hijau bila ia tua,'padi'tersebut bertukar warna  gelap unggu dan keras macam manik. Siap ada tanda lubang tinggal masukkan benang buat gelang sahaja! 

Berikut adalah khasiat pokok manik jelai@tasbih dan cara penyediaan:




Tiada ulasan: