Khamis, 11 Jun 2015

'last minit' tabung d.i.y

Rasanya sudah lama  aku  tak kemaskini  'entry'. 'Pembawakan' kesihatanku sejak 4 bulan yang lepas tidak mengizinkan aku bertandang di sini... seolah-olah aku 'bukan diri' aku sendiri ketika itu.



Perubahan sementara di luar imiginasiku sehingga ketika itu aku jadi 'anti skrin', mengasingkan diri dari berita fb mahupun melakar lukisan di gnote ku.



Alhamdullillah  walaupun penuh dugaan, kini aku semakin serasi  dalam menempuhi fasa baru dalam hidupku.


Ok...tamat bunga-bungaan dalam bicara. Hari ni nak kongsi kisah tabung bahan kitar semula d.i.y 'last' minit untuk anak saudaraku yang berusia 4 tahun.



Tabung tersebut dihasilkan atas 'tugasan' taska bagi mengutip derma dan menceriakan kanak-kanak mangsa banjir di Kelantan. Adikku pula beritahu 'last min' maka aku guna bahan-bahan  apa yang ada sahaja bertemakan bahan terpakai. Ketika itu hanya ada botol sabun pelembab kosong...jadilah. Sayangnya aku lupa nak 'snap' gambar botol yang berjaya dapat hadiah 10 terbaik tu. :)



Kebetulan minggu ini seorang sahabat pula menerima tugasan yang sama...kali ini tabung derma untuk anak-anak yatim. Seronok pula aku 'offer'kan diri untuk hasil yang tak seberapa itu.


lukisan yang ku hasilkan untuk ditampal pada botol tabung. Jika tidak boleh melukis boleh juga tampal gambar famili@gambar dari majalah.

Balut botol dengan kertas A4@sampul surat terpakai sebelum menampal gambar yang telah digunting.


Entah kenapa setelah aku membantu mereka menghasilkan hiasan tabung tersebut aku pula teringin nak hasilkan untuk diri sendiri...tapi ia biasa-biasa sahaja tidak seceria yang aku hasilkan sebelum ini...mungkin mood kurang kot. Tapi takper, sekurang-kurangnya  dapat menggerakkan kreativitiku semula. Jadi kepada sesiapa yang tak ada idea@kesuntukkan masa nak buat tabung d.i.y untuk anak-anak bolehlah buat sediri...ringkas dan mudah!


             Jangan lupa tebuk lubang untuk
                                syiling!


               



20&o=1&p=12&l=

Tiada ulasan: