Pejam celik pejam celik tahun ini masuk tahun ke 4 aku menggunakan Alza. Selain menitikberatkan waktu penyelenggaraan aku juga sangat bimbang kalau tak 'onn alarm' setiap kali meninggalkan kenderaan. Jangka hayat kunci penggera ni pun dah sampai ke penghujungnya,mula buat hal...ku sangka baterinya yang bermasalah rupanya ada masalah teknikal lain pada kunci penggera. Budget pula tak berapa kukuh bulan ini tetapi kunci penggera ini juga penting.
Pertama kali nampak kunci penggera ini dijual di kios sebuah hypermarket pada harga rm65...sama tapi tak serupa bentuknyer. Maklumlah dah tak ori. Harga tak termasuk kos pemasangan...beli dan pasang kat kedai aksesori...Mmm,survey lagilah.
Hari seterusnya cik abe 'survey' di beberapa premis aksesori. Kos pemasangan dan kunci sekitar rm seratus lebih untuk satu unit. Tertelan air liur, kalau 2...mahu rm300 lebih!
2 hari sebelum Tahun Baru Cina...
Hati dah tak tenteram, nanti kedai banyak tutup sebab bercuti, bila pula nak buat?
Alhamdullillah terbit ilham di hati...'cuba telefon pusat servis produa sendiri'...
Akupun telefon pusat servis produa berhampiran untuk 'survey' harga. Amoi yang jawab panggilan aku.
Jawapannya RM55...tersenyum sikit aku dengar. Akupun tekad ke pusat servis dan buat 2 kekunci penggera yang baru. Kos dalam rm120 untuk 2 unit termasuk pemasangan! Ok rr tuu...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan