Isnin, 16 Februari 2015

dari Skrin Galaxy Note 2015

Rindu nak main dengan kaler cat minyak tapi belum berkesempatan. Aku layan melukis atas skrin telefon bimbit sahaja buat masa ini. Walaupun saiz skrin agak terhad ia tidak mengurangkan kepuasanku berkarya di skrin Galaxy Note 2 ini...lebih-lebih lagi mudah untuk aku bawa 'papan' lukisan ini ke mana-mana. Dalam entri tahun ini aku nak buat entri istimewa tentang dunia lukisan skrinku. Nak buat rekod lukisan-lukisan yang pernah kuhasilkan dalam blog@luar blog untuk tahun 2015 di sini. Jangan terkejut pula kalau nampak lukisan di sini pada entri blog tahun sebelum ini. Sajaku selitkan di situ untuk penambah baikkan@penyeri kekosongan.

Nak buat rekod lukisan 2014 juga ker? Tak sanggup rasanya nak download lebih 300 lukisan!...hehehe kalau ada yang sudi tinjau galeri buatan sendiri ni bolehlah tengok kat entri-entri yang lalu...

Tujuan buat entri ni sebab nak buat 'rekod blog  sendiri'...agak-agak boleh 'join' Malaysia Book Of Record' tak? hehe..syok sendirilah nampaknyer...

Lukisan-lukisan di sini akan di 'up date'kan dari masa ke semasa Sehingga penghujung tahun 2015 Insya'Allah . Walaupun aku nak lihat sejauh mana@sebanyak mana lukisan skrin sepanjang tahun ini tak bermakna aku akan melukis secara membuta tuli semata-mata nak rekod@kejar kuantiti. Lukisan yang ku hasilkan adalah berkaitan peristiwa,keadaan dan ilham yang dianugerahkanNya  pada masa...detik...ketika...waktu tersebut. Walaubagaimanapun  ada juga yang tak dapat aku paparkan kerana sudah ter'delete' dan sebagainya...

Dari skrin GalaxyNote 2 :Setakat Januari-Febuari 2015....












































Tahniah sebab dah scrool sampai di sini...sebenarnya  sayapun dah tak larat nak update lukisan seterusnya...banyak sangat...heheheh!

Tiada ulasan: