Hari ini cuaca agak panas, bila berada di luar memang terasa bahangnya. Syukur sebab ada angin bertiup mendinginkan tubuh yang panas dek lemak yang semakin tepu di sebalik kulit!
Sekarang dah tengahari 'is rehat time'. Seronok melihat rakan-rakan berlainan unit mula 'angkat' kaki , semua nak berjemaah...berjemaah solat(alhamdullillah)...berjemaah makan dan tak kurang juga bergegas mengambil anak-anak dari sekolah. Pendek rasanya masa yang ada bila 'relax time'. 9jam di tempat kerja bagai 24jam..belum lagi campur tambah masa pergi dan balik rumah. Tak semua orang rumahnya berhampiran, sedang insan lain masih 'bertarung' dengan kesesakkan lalu lintas...aku pula telah selamat tiba di rumah. Aku bersyukur sebab jarak 'teratak molek'(rumah ku) dengan 'bangunan Agam'(tempat kerja) tidak terlalu jauh. Walaupun begitu tidaklah begitu mudah nak menyediakan makan malam juga dek kepenatan mahupun 'mood' yang adakalanya 'down' . Selalunya penyediaan makan malam lebih ringkas sebelum magrib, kecuali jika 'cik abe' tak lapar sangat bolehlah masak giler-giler selepas magrib.
Apapun, solat wajib diutamakan dan perlu dilakukan dengan tertip tanpa rasa kelam kabut dek urusan dunia yang mula berbaris di kotak pemikiran. Tahu sahajalah bila dah sampai rumah macam-macam pula yang nak 'dikerjakan'. Dalam kepenatan dari tempat kerja, solat sebenarnya menenangkan kita dengan memberi 'rehat' tatkala urusan lain dirasakan terlalu padat. Akupun tidaklah sempurna dalam hal agama, terlalu banyak ketinggalan dan dugaan dalam memperbaikki diri. Contoh dalam bab solat...aku pernah solat dalam keadaan kelam kabut dek terpaku minda dengan urusan dunia yang tidak sudah-sudah...bagai terkejar-kejar dengan tubuh yang statik. Akibatnya bukan ketenangan yang ku dapat malah bertambah penat. Tiada penghayatan malah tertambat dosa. Tetapi, bila aku cuba memperbaikki solat...lakukan dengan tenang...maka ketenanganlah yang dapat dirasakan dan kepenatan dari aktiviti seharian yang telah ku kerjakan juga berkurangan.
Aku bukan seorang ustazah...maka aku menulis hal ini atas nama insan yang biasa. Sekadar mengingatkan diri yang serba kekurangan moga memberikan serba sedikit impak dan motivasi diri.
Petang semalam sempat juga buat masakkan ringkas untuk makan malam...nak kongsi resepi mee kari keledek. Ringkas sahaja sebab tak ada 'aksesori' atas permintaan cik abe yang tidak gemarkan tauge dan sbgnya....
Bahan:
1 bungkus mee kuning
-basuh dan rendam 10minit dalam air garam, kemudian tos.
Bahan kuah
1 senduk serbuk kari
Secubit lada hitam
Kisar 1/2 biji bawang kuning,1 biji bawang putih.
Mayang 2 biji bawang merah/kecil
4 biji cili api
1 tangkai daun kari
1 biji keledek saiz sederharna
-potong 8
1 -2 ketul ayam
-dipotong kecil
Tauhu kering(saya suka basuh dan gorengkan sebentar sebelum memotongnya)
Sesenduk santan
1 sudu besar bawang goreng
Garam secukup rasa.
Cara:
Tumis bahan kisaran bersama bawang,cili dan daun kari sehingga naik bau. Masukkan serbuk kari, lada hitam dan sedikit air jika perlu. Kemudian masukkan ayam dan keledek. Keledek sebenarnya mudah empuk berbanding kentang setelah beberapa minit dimasak,lenyekkan sebahagian dari keledek yang empuk dengan senduk. Tambahkan sedikit air dan santan mengikut kepekatan yang diingini. Setelah mula 'pecah minyak' perisakan dengan garam dan masukkan tauhu kering serta bawang goreng.
Siap...
Enak dimakan bersama ayam goreng dan sebiji telur rebus!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan