Isnin, 2 Februari 2015

Dia kan ada...?






isu kecil jadi besar....

Satu peristiwa tercetus, satu keadaan berlaku...
pelbagai spekulasi
bila dilayan
membiak-biak spekulasi,pendapat,
ada pula yang mencelah, macam tak mahu membuka perbualan yang baharu.
Sukar sangat nak mulakan hala tuju perbualan yang lebih ilmiah,perbualan yang lebih nilai kasih sayang,perbualan yang diredhaiNya.


perbualan yang  mencambah dosa nampaknya lebih menarik...lebih 'hit dan hot'...lebih 'geng', lebih jadi perhatian,lebih akrab dan bertambah 'harmoni'nya.

Lebih baik meninggalkan  'keenakkan' bicara sedemikian...biar dianggap kolot,dianggap kurang pengetahuan...biar sunyi seketika,terperosok di satu sudut menyendiri,bagai terpinggir ,terkadang sedih...terasa ada ruang kosong mencalit jiwa...maka pujuklah hati... (Dia kan ada?).


Memang,
memang aku manusia biasa
terkadang sukar melepaskan  kemanisan
Bila terjebak dengan kata-kata dan terbuai deria pendengaran,
ingatkanlah diri yang 'degil' wahai seketul daging,
lawan kata hati dengan akal
ingat akan 2 makhluk Allah di kiri kanan sedang mencatat setiap perilaku, 

Jika sukar membendung kawanan lidah,
gagal pula meleraikan
tak pandai juga menghentikan
Mahu jaga hati si polan dan si polan
dan sekali lagi terjebak,


lebih baik diam.
lebih baik diam...belajar untuk diam.

Info grafik: sumber perkongsian FB


Tiada ulasan: