Pokok bunga matahari boleh disemai menggunakan kuaci/biji bunganya yang telah matang. Aku memang sentiasa tertarik dengan bunga matahari. Pertama kali membeli anak pokok bunga matahari ialah pada 10tahun yang lalu di nursery Sungai Buluh. Malangnya pokok tersebut tidak hidup lama,walaupun hampa minatku terhadap bunga matahari tidak pernah luntur lebih-lebih lagi seorang rakan sekerja telah memberikan aku beberapa benih pokok bunga matahari. Alhamdullillah , ia tumbuh dengan subur sekali. Cuma apabila ia mulai lebat bunganya maka terpaksalah bertongkat dan berikat tali bagi menyokong batang pokok tersebut.
Bila lihat bunga matahari hari terbit rasa kagum di atas penciptaNya...pelbagai jenis bunga dan keindahan yang terdapat di muka bumi ini. Hati pula mula menyanyi 'bunga-bunga matahari...' dendangan Maya suatu ketika dahulu.
Bunga matahari memang sinonim dengan khasiat kuaci. Tapi aku sendiri tak pernah 'menyediakan' kuaci untuk santapanku...mungkin lepas ni aku akan google cara nak 'masak' kuaci nih...bakar ker...rebus ker...
Entah mengapa dek terleka dengan perkara lain aku terlepas pandang untuk menyemai semula benih bunga matahari yang kumiliki ...maka ia kembali 'hilang' dari lamanku. Bila teringin menanamnya lagi,sahabatku pula sudah tidak memilikinya. Nak beli kat nursery serik jika ia tak sesuai di tempat baru. Aku pernah beli benih di sebuah pasaraya tetapi tidak bercambah.
Berkembang walau di malam hari...
Rasa rindu untuk menanam bunga matahari semakin kuat. Mujur ketika ini medium teknologi dan jaringan internet dapat membantu. Aku mula menyertai kelab-kelab berkaitan tumbuh-tumbuhan untuk menambah pengetahuan selain belajar dari pengalaman peminat tumbuh-tumbuhan di fb dan di antara teman-teman maya tersebut aku membeli benih bunga matahari yang ditawarkan. Walaupun hanya 4 pokok yang berjaya hidup namun ia sangat berbaloi.
Bunga matahari ada banyak spesis, kalau dapat yang batang gemuk ni mungkin lebih utuh 'menanggung' berat bunganya.
Pengalamanku dengan bunga matahari ni agak manis...ketika di majlis pertunanganku 9 tahun lalu kebetulan bunga-bunga matahariku sedang mekar dan lebat. Aku jadikan bunga matahari ni sebagai hiasan hantaran, bukan sahaja menjimatkan malah bunga matahari ni lambat layu. Hantaranpun nampak segar dan menarik, mata yang memandangpun geram sampai ada yang berbisik 'nak cop buat benih...'
Kamera di majlis pertunanganku dulu tidak begitu canggih maka hanya gambar ini yang dapat ku kongsikan. (Gambar tanaman bunga matahariku yang terkini setakat hari ini) Jika ada kesempatan aku akan kongsikan gambar hantaran tersebut di sini....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan