Isnin, 9 Februari 2015

lukis guna jari atas skrin

Hari bebas 'Spen'

Bebas spen


Sejak melukis melalui medium galaxy note ni aku banyak menggunakan spen...sesekali ada juga 'pakai' jari... jadi hari ini rasanya nak bebas spen. Lama tak asah 'skill' hujung jari telunjuk ni, agak kaku sedikit...silap haribulan  boleh kejang jari!heehe.

Bila guna hujung jari aku suka guna 'style'  pensil jer...rasa kepuasan berkarya...chewah!

Kalau dah minat 'menyonteng' tu tak ada pen apapun jadi...(dengan izinNya)... mustahil rasanya nak sebut 'aptb' (apapuntakboleh)




tahun lepas aku hasilkan 'kad ucapan hari lahir' di fb julung kalinya dengan hujung jari telunjuk...harharhar!


...plzz no 'riaks' 'meself' ...pelukis lain dah ke pluto aku baru nak capai bulan....


Kadang-kala rasa macam syok sendiri...tak ada geng lukis atas skrin di alam blogging. Mungkin sebab aku tak aktif 'blog walking', mungkin lepas ni aku kena rajin intai-intai sikit...bukan nak mengorat tapi nak mencambah idea dan melihat pelbagai karektor seni 'lukisan skrin' ni...ramai bakat-bakat kurniaanNya di alam maya ini.



seronok juga lukis dihujung jari ni...





...latihan akan membuatkan sesuatu bertambah baik...
ok baiii!




















Tiada ulasan: