Up,up...and away!!! |
Baru-baru ini seorang kenalan fb berkongsi kenyataan lucu dari seseorang yang membuatkan aku tertawa kecil sendirian. Ia juga mengingatkan aku terhadap topik perbualanku dan 'cik abe cayang' beberapa bulan yang lalu. Topik kami adalah berkaitan sebuah rancangan bersiri dari negara 'down under'(Australia) sekitar tahun era 80-90an.
Abang sulongku ketika itu juga adalah antara peminat tegar rancangan tersebut,imiginasi beliau terhadap dunia robatik seiring dengan minat dan kecenderungan beliau dalam seni lukis dan komik. Antara komik yang pernah beliau hasilkan bertajuk 'anti senjata'. Malangnya komik tersebut 'hilang' dalam simpanan sebuah syarikat penerbitan komik...(no komen.)
Ilmu milik Allah,manusia merancang namun Dialah yang menentukannya....
Menggamit memori...terbaik 'komentar' nie :Sumber perkongsian fb |
Berbalik kepada kisah rancangan tv itu sendiri, ada persamaan kenyataan saudara fb 'tommy jauhari' dengan topik bersama suami. Kami berbual tentang era kecanggihan masa kini dan sebelum. Apa yang melucukan ialah apabila mengenangkan siri tv tersebut yang memaparkan kecanggihan teknologi yang bakal diterjemahkan menjelang tahun 2000. Rasa kagum dan terbayang macam-macam perkara ala-ala filem 'the fifth element', star wars dan macam-macam lagi yang seantero dengannya. Seperti mana saudara Tommy Jauhari...kami juga membayangkan kecanggihan senibina bangunan dan pelbagai kemudahan manusia yang memberi manfaat serta kehidupan berteknologi tinggi. Antara bayangan masa depan yang popular ketika itu selain kereta terbang adalah robot-robot peribadi, lorong pengembaraan sekelip mata, telefon keluar 'holigram' ala Star Wars,penyembuhan segera terhadap apa jua kecederaan dan penyakit serta berbagai lagi. Kawan-kawan pula ada yang berangan ke angkasa dan buat lawatan tapak di sekitar planet marikh hingga ke pluto bak rombongan cik kiah. Di sekolah pula cikgu turut membawa imiginasi kami tentang kenderaan 2020. Malah ada pertandingan melukis 'kereta masa hadapan' ketika aku di zaman sekolah rendah. Aku ingat lagi aku telah menghantar 2 penyertaan...1 beca terapung dan satu lagi kereta sport pertama malaysia yang diberi nama 'dolfino'...kedua-dua rekaan dan ilham asal sebenarnya adalah cetusan abang sulongku. Entah apa jadi pada pertandingan itu...tiada khabar berita, mungkin sebab aku tak menang maka tiada makluman menenainya.
harapan yang tertinggal...
Kini telah masuk 2015...kecanggihan ala 'angkasaraya' yang dibayangkan sedikitpun tidak hampir dengan apa yang dilihat hari ini. Tidak dinafikan sebahagian penciptaan telah digunapakai terutamanya di negara-negara maju. Mungkin harapan yang lalu terlalu tinggi dan manusia dewasa ketika itu gagal menjangka waktu yang diperlukan bagi mencapai hasrat tersebut. Ianya bagaikan sajian hollywood bagi mengangkat nama-nama tertentu. Angka 2000 ketika itu seolah-olah terlalu gah dan dilihat sebagai detik peradaban baharu dunia. Ia juga diwar-warkan sebagai klimaks kemampuan manusia dalam bidang teknologi.
...namun, aku juga setuju dengan kenyataan yang 'harapan' tersebut telah musnah untuk era 2000...ia juga sentiasa menyedarkan aku di kedewasaan ini betapa keldilnya manusia di sisiNya.
Adapun dari segi lain banyak juga perubahan yang telah dibangunkan di negara kita seperti projek perumahan,kemudahan lrt,komuter,kewujudan Putrajaya, lebuhraya-lebuhraya baharu dan sebagainya. Banyak lagi yang perlu ditambahbaik, diperkasakan dan ia bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilaksanakan.
Sepertimana kehadiran 'ais krim' pasu membuka selera peminat ais krim, kita juga semakin kreatif dalam menyajikan makanan dan resepi-resepi 'fusion' serta terkini. Bab 'ilmu' perut nie nampaknya warga Malaysia memang terbaikkkk! Lihat sahajalah jenis@menu roti canai yang ada di negara kita mengalahkan negara India itu sendiri ...belum lagi bab spegetti yang diadun dengan pelbagai cara,entah macam mana pula rupa makanan@minuman yang bakal dilanda 'demam' perniagaan yang mampu menjana pendapatan lumayan.
Dari segi teknologi elektronik pula kita sudah ada tv leper dan telefon pintar.Bukanlah sesuatu yang Wow sangat tetapi sekadar memenuhi kepuasan mengikut kemampuan meterial seseorang...makin besar dan leper, serta keluaran demi keluaran terkini tv@telefon. Yang gila gadget pula asyik nak 'upgrade' telefon walaupun tiada keperluan dari sudut yang berbeza, kemudian dok canang pula tentang masalah kewangan dan kos hidup yang meningkat sedangkan pada masa yang sama melelakan diri menjadi hamba gadget....kita masih jauh ketinggalan berbanding negara maju dari segi kemampuan serata masyarakat tetapi pada masa yang sama juga era tahun 2000 menyaksikan banyak juga negara-negara yang masih miskin,bergolak dan sedang membangun.
Era tahun 2000 juga menyaksikan atlit kita berjaya meraih pingat di Olimpik & Paralimpik selain dari acara badminton(sukan terjun melalui Pandalela Rinong),malah negara juga sudah memiliki beberapa atlit bertaraf dunia dalam beberapa acara sukan lain di antaranya sukan badminton terjun,squash dan berbasikal. Pingat komenwel pula tidak gagal diperolehi daripada atlet angkat berat. Dewasa ini atlet paralimpik mula mendapat tempat di hati rakyat malaysia,walaupun sebenarnya pencapaian mereka di arena antarabangsa sebenarnya antara yang terbaik tetapi mereka agak terpinggir dari sudut pendedahan promosi dari pihak media. Syukur kerana kini mereka juga mendapat pengiktirafan yang setara dengan atlet-atlet lain. Atlet paralimpik juga mampu memberi sentuhan inspirasi bukan sahaja di kalangan mereka tetapi bagi kepada rakyat malaysia.
Pembangunan modal insan
Mungkin dalam masa terdekat ini tidak sukar untuk percaya yang setiap dari kita tidak akan mampu memiliki kereta terbang. Namun dalam merencana masa hadapan apa yang penting adalah keteguhan moral seiring dengan kecanggihan yang dimiliki.
Sumber fb |
Kecanggihan harus dimanfaatkan demi keamanan dan keperluan sejagat. Apalah guna kiranya kita memiliki segala-gala meterial terbaik di dunia tetapi tidak memiliki apa-apa pegangan agama dan kemurnian hati sebagai pilihan hidup dan modal insan seiring dengan kemajuan. Tanpa nilai-nilai murni kemajuan dan kecanggihan yang dimiliki mungkin hanya akan memusnahkan kelestarian insan itu sendiri.
Wallahualam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan