Rabu, 4 Februari 2015

Ramai insan di sekelilingku 'telah' pergi dari tahun lepas membawalah ke awal tahun ini.

... di antara mereka yang telah 'kembali' kepadaNya merupakan   kalangan saudara maraku, sebelah mertua...kenalan,anak kepada kenalan...pasangan kepada kenalan...




Tidak kurang juga yang terlantar sakit. Jauh & dekat...kenalan dan insan terhampir. Begitu terhad dan pendeknya masa untuk memenuhi ziarah setiap insan...ada yang ketinggalan, mungkin terasa hati. Pendeknya waktu untuk masa yang dapat diluangkan...lebih panjang rasanya berada ditunggangan berenjin tatkala menuju destinasi ziarah. Aku harap kehadiran yang adakalanya seketika cuma dapat memberikan semangat..seukir senyuman biarpun tak selebar kebiasaannya. Selebihnya aku hanya mampu mendoakan kalian dari kejauhan...semoga Dia Yang Maha Pengasih mempermudahkan segala urusan.



Tatkala seorang demi seorang 'pergi', ingatan bertambah kuat pada bonda yang tinggal di bawah jagaan kakak...ingin rasanya kembali ke dalam kantung rahim kandungan, manja dan terlindung... rindu pada adik-beradik,anak-anak saudara,ipar duai...ibu mertua ....juga bapa mertua di kampung halamanya yang setia menabur bakti untuk si ibu tua sedang memerlukan  perhatian...kepada pakcik-pakcik dan makcik-makcikku yang pernah menabur bakti ketika zaman kecilku...kawan-kawan yang berbudi,buat suami yang ditakdirkan menjadi perisaiku terima kasih kerana menjadi sahabat saat suka dan sukar, Ingin aku luangkan masa berkualiti bersama setiap sorang dari mereka...tapi ia mustahil untuk memenuhi setiap ruang dengan tubuhku yang seorang....aku hanya insan biasa terkadang leka dengan suasana, terkadang lalai dengan hiasan dunia,terkadang buntu dengan membuat keputusan, terhad mengikut pilihan,terikat dengan tanggungjawab dan kehidupan. Aku tahu hati mereka terlalu suci untuk menagih setiap balasan kasih sayang mereka dengan kesempurnaan. Masa berlalu pantas....usia semakin meningkat. Ajal maut rahsia Allah.



Usia yang muda bukan jaminan hayat yang panjang...kita semua pasti akan 'pergi' bila panggilan itu tiba. Siapa dahulu,siapa kemudian...itu rahsia Allah. Sentiasalah berusaha memperbaiki diri walau adakalanya rebah dan rendah diri...bangun semula jangan putus asa dengan rahmatNya...



...wahai insan-insan, hargailah mereka yang menjadi sebahagian dari kita,hargai diri kita dan masa yang dipinjamkanNya dengan rasa hormat.

carilah ketenangan melaluiNya...doakanlah insan-insan di sekeliling kita dan...maafkan mereka, moga mereka juga memaafkan dan mendoakan kita...

Info grafik: sumber  perkongsian  FB  


Tiada ulasan: