Alhamdullillah dipermudahkanNya..... di sini saya cuba memasukkan segala elemen positif agar ilmu yang disampaikan menjadi sebahagian dari pengetahuan. Masa yang dilalui di sini bukanlah sesuatu yang terlalu 'berat' seperti yang difikirkan. Mungkin ketika awal pertama mula nak melangkah pergi timbul pelbagai kerisauan dan persoalan.
Tekanan yang pada mulanya dirasai pula kian reda lebih-lebih lagi jadual masa yang diaturkan tidak begitu 'terkejar-kejar' serta lokasi kursus yang mendamaikan dan 'kena' dengan jiwa.Petang itu kami berkesempatan meninjau kawasan sekeliling, memang menarik melihat tumbuh-tumbuhan semulajadi mahupun bunga-bunga yang menghiasi lanskap di sini.
Sempat juga bertemu dengan hidupan kecil yang menghuni kawasan ini.
Setiap kali saya mendengar deru sungai dan harum hijau rimba seakan-akan ada suntikkan baru membangkitkan kembali semangat...
21 Mac...selamat hari hutan sedunia...
3 ulasan:
Ala2 holiday nmpk nyer
Sangat seronok terpilih berkursus....huhuhu
Catat Ulasan