Khamis, 29 Disember 2016

Acara Sukaneka Budget



Baru-baru  nie ramai pulak kenalan aku yang minta cadangan tentang acara sukaneka@hari keluarga. Paling 'win' bila nak sediakan acara yang budget tapi meriah,contohnya penggunaan barang yang sama untuk beberapa acara yang berlainan selain tidak menggunakan bahan makanan sebagai permainan untuk mengelakkan pembaziran. 

Aneka belon:

1. Belon yang ditiup sama besar diikat pada pergelangan kaki masing-masing dan pihak lawan akan cuba pecahkan belon lawan. Tuan punya belon yang kekal dianggap pemenang.

*sesuai untuk remaja mahupun golongan lelaki dewasa.

2. Tiup belon
Tiup belon sampai meletup. Selesai dan lari ke garisan penamat.

3. Tiup belon 2
Tiup belon membelakangkan lawan masing-masing mengikut masa yang ditetapkan. Belon paling besar menang.

4. Lari kepit belon sambil pegang payung.
Belon ditiup mengikut masa yang ditetapkan dan kepit belon pada celah kaki menuju ke garisan penamat dengan sebelah tangan menggunakan payung.

5. Tangkap belon.
Belon berisi air dilambung kepada pasangan masing-masing. Semakin lama semakin dijarakkan jarak balingan. Belon yang kekal (tak pecah) dikira pemenang.


SURATKHABAR LAMA

1.jet pejuang 
 Seorang buat 2@3 lipatan kapal terbang  kertas tertera nama masing-masing. Kapal  terbang yang paling jauh dikira pemenang.

2. Gaun si comel
Rekaan gaun dari suratkhabar paling kreatif dikira pemenang.

3. Gerak Pahlawan 
Rekaan sampin dan tengkolok paling menarik. Peserta dikehendaki mempamerkan sedikit gerak silat tanpa menjejaskan sampin (jangan terkoyak)

3. Ular sawa
Buat tali paling panjang menggunakan 2 helai suratkhabar.Tali paling panjang dikira pemenang.

Payung/bola pingpong

1. Refer no.4 aneka belon

2. Hoki payung
Bentuk kumpulan lari berganti-ganti bawa bola pingpong dengan cangkuk payung

3. Sesudu pingpong
Lari bawa pingong dengan menggunakan sudu dimulut.

4. Pingpong master
Baling pingpong dalam bakul pada jarak yang ditetapkan. Pingpong paling banyak masuk dikira pemenang.

lontar 'peluru'
5. Balingan pingpong yang paling jauh dikira pemenang.


ok setakat disini buat masa ini...ada idea saya 'top up' lagi. Kalau pembaca nak 'top up' kat komen idea bernas sukaneka budget nie lagi best....



Jumaat, 23 Disember 2016

Toto deko...

Tention juga nak simpan toto ...lipat cantik2 masuk dalam almari bila nak sumbat siksa....sebab dah penuh. Asyik letak atas tilam bilik tetamu, bila nak guna bilik tu mula punggah pulak letak atas almari. Nampak kurang praktikal. Kalau bilik banyak boleh buat stor cadar/bantal/toto...mmmm.

So hari nie nak kongsi deko simple...

Lipat,gulung...deko :)
Comel juga...

Khamis, 15 Disember 2016

DJ Majlis Slim River : DJ Man meriahkan Suasana


Tugas seorang Dj nampak menyeronokkan namun ia tidak semudah yang dilihat. Selain bakat dan usaha seorang Dj juga berdepan dengan pelbagai cabaran melayani karenah pelanggan mahupun berhadapan dengan masalah teknikal metarial. Harga barang-barang keperluan Dj juga agak mahal dan melibatkan barangan berkualiti untuk kesan dan persembahan yang lebih mantap dan jelas. Samaada seseorang Dj terpaksa melaburkan wang untuk melengkapkan keperluan ataupun menyewa kelengkapan semuanya melibatkan kos beribu ringgit. Tidak hairanlah bayaran seorang Dj mencapai ratusan ringgit sehari. 

...antara  cabaran dan dugaan seorang Dj...


Mungkin sebahagian dari kita tidak perasanpun penat lelah seorang Dj mengusung barang-barang kelengkapan mereka. Keperluan Dj seperti set 'speaker' dan sebagainya  agak berat dan memerlukan tenaga serta pengangkutan yang sesuai. Namun demi minat dan semangat meningkatkan taraf ekonomi sebagai tunjang keluarga, cabaran demi cabaran diatasi tanpa rasa jemu.

Dj memainkan peranan yang tersendiri dalam sesebuah majlis. Seronok melihat Dj yang ramah dan tercuit hati pula dengan Dj yang kelakar. Apapun bila berceloteh Dj yang baik akan menyesuaikan dirinya dengan situasi,tempat dan acara selain daripada bergantung pada kehendak tuan punya majlis. Keutamaan adalah kepada kehendak pelanggan. Ada pelanggan yang ingin majlis yang meriah dan havoc....ada juga yang inginkan suasana yang tenang dan bersahaja.

...rezeki itu rahsia Allah...

Bagi penduduk Slim River, Sg Behrang dan kawasan sekitarnya yang masih tercari-cari seorang Dj bolehlah try DJMan....seorang Dj yang sederharna  tetapi berpengalaman. Beliau banyak terlibat dalam majlis-majlis perkahwinan dan berpengalaman mengendalikan majlis-majlis santai sehinggalah ke majlis-majlis rasmi.

Sudi-sudikanlah 'call' Dj Man...01151214737



Rabu, 7 Disember 2016

'MALAYSIA MASIH AMAN'...


'Once a close person  of mine asked me...why  i've not seen your signature lately on your painting?'
I answered  : these are my 'signature  ...'
who cared anyway...hahaha!
(My heard touched  : somehow someone does noticed )

Malam  ini terasa amat tenang....sesekali kesunyian dipecahkan dengan bunyi enjin kereta atau motosikal yang lalu lalang menuju ke destinasi masing-masing. Aku ingin lelapkan mata dan memeluk si kecil yang kelihatan tenang diperbaringan...lena diulit mimpi , terasa ingin ku jengah apa yang bermain di paterena hatinya. Aku akui sempat membuka seketika FB yang sekali-sekala  kubelai untuk mengetahui isu semasa. Ada kisah ragam masyarakat, perasaan sedih, gembira...perihal festival, perancangan dan ada juga berkaitan kemalangan serta jenayah kecurian yang berlaku. Bimbang juga kerana kes pecah masuk sudah mula berleluasa, ketara kerana pengetahuan dari kepelbagaian media...pelbagai komen yang wujud ... Bila bab negatif nie mesti ada yang komen perli...'Malaysia masih aman?'... apakah mereka sedar apa erti keamanan dalam kehidupan yang fana ini...? Mereka mungkin tidak memahami akan sebuah pengorbanan  insan lain tanpa mereka sedari. Bertabahlah wahai pasukan keselamatan...biar viral dilangit kerana nilainya lebih besar.  Aku percaya pada keamanan itu dengan izinNya walaupun aku juga pernah melalui fasa hitam di tanah tumpah darahku ini...dan aku tetap bersyukur tetapi pada masa yang sama ingin berusaha dan mengharapkan sesuatu yang lebih baik untuk kehidupan sekarang dan generasi akan datang.

Dari sudut pandang dunia global...
Aku tak dapat membayangkan akan kekejaman yang diterima oleh mangsa-mangsa kerakusan dan ketamakkan manusia yang lain atas dasar ingin lebih berkuasa sehingga melenyapkan sifat kemanusiaan dan kewujudan manusia lain. Tidak perlu membayangkan untuk sebuah kenyataan kerana di YouTube saja kita mampu memperolehi 'ketelusan ' yang jelas terhadap pelbagai bentuk pengainayaan  di seluruh dunia...kekejaman terhadap kanak-kanak,  penindasan kaum wanita...penghapusan etnik...dan macam-macam   lagi. Manusia dibunuh sesuka hati dengan pelbagai bentuk penyiksaan. Aku pernah memberanikan diri menonton beberapa bentuk kekejaman dunia tetapi  Aku tak sanggup menontonnya lagi kerana tidak mahu sema ngat diri dan harapan menjadi ' mati' kerana sekadar melihat tajuk dan gambar depan sahajapun sudah cukup membuatkan hati sedih, marah dan tersentap... terkilan dan gundah gulana mengenangkan masa depan negara kita sendiri? 

Aku jadi sedih bukan semata-mata mengenangkan masa depan generasiku tetapi amat terkesan dengan penderitaan insan-insan yang menghadapi saat-saat trajis sedemikian. 


Semoga Allah melindun
gi  kita dari kerakusan tangan-tangan yang cuba menghancurkan keamanan negara kita...


Semoga kepelbagaian kita menjadi sumber kekuatan dan kasih sayang kita....


...once one of my guess asked me : ' this drawing is so unic ...why did you  hang it at your bathroom wall?'(not in my livingroom)
I did not answered  honestly (sorry!! :') ) just told her that its too small and  look  too messy to be hanging on at another place... (jocking)

*actually i did not expect  anyone  to understand these kinda drawing but hope that they actually try to look deeper or make time for this kinda drawing...and being in the bathroom 'gave' others time without  they realized it even though  they might  not  been interested before. If i put it in the living room...its only gonna be a...display, you know what i meant right?

#Both of these drawing are ready to let go for only minimum rm100/each or whatever amount best can give ( include post only local ). And half of its price will be donated to humanity charity. Contact tru my email dedobotdongtau@gmail.com  

Sabtu, 5 November 2016

Urut 'Fusion' Wanita (Tradisional+moden ) : Sg. Behrang, Slim River

Salam alaik...


Di kawasan kampung memang ramai tukang urut wanita. Biasanya 'orang lama' yang berpengalaman luas menjadi pilihan. Dari pengalaman  aku sendiri walaupun ramai pilihan kadang-kala  'badan' hanya serasi/kena dengan seorang@2 tukang urut. Bukanlah bermaksud yang lain tak bagus tetapi mungkin kerana ia berkaitan  dengan  keserasian  badan  masing-masing  ataupun 'kehendak' cara kita ingin diurut sukar diungkapkan  dengan kata-kata.


Entri kali ni nak promo tukang urut khasnya bagi penduduk Felda Sungai Behrang dan sekitarnya mahupun sesiapa yang kebetulan bertandang di sana.
 (namun begitu perkhidmatan ini hanya untuk kaum hawa ya!) 
Sesiapa yang rasa nak melegakan sakit-sakit urat ataupun tekanan dari tugas seharian bolehlah cuba bakat kak ida nie. Teknik urutan yang digunakan kak ida juga berbeza untuk demam urat.



*kak ida turut menawarkan perkhidmatan  facial. Untuk keterangan lanjut bolehlah menghubungi beliau di talian wassup 019-5220446 


Pelanggan dan kenalan  dari kawasan kejiranan.



Harga urutan setakat November 2016:
Badan (penuh) :RM50, Masa 1jam
Facial muka urut leher& kepala: rm35

Lain-lain  harga : tertakluk kepada terma & syarat.

Sabtu, 8 Oktober 2016

Karenah Bayi 11 Bulan...

Alhamdullillah  kini genap 11 bulan usia mu anakku. Tubuhmu sederhana tetapi kental, kaki sudah mula meninggi bak kanak-kanak di usia setahun setengah, mengikut gen papa dan mamamu yang dalam kategori tinggi. Senyummu menambat hati kami menjadi penawar yang menghidupkan suasana. Setiap hari aku cuba untuk tidak lupa mendoakanmu, betapa hanya Allah yang Maha Mengetahui tentang hari-hari seterusnya.  Cabaran mahupun ujian yang bakal diharungi.
Semoga dipermudahkanNya  setiap nada detik yang menjadi irama kehidupanmu...

Sebagai  seorang ibu, yang utama bagiku adalah mengharapkan keselamatan serta kejayaanmu di dunia dan akhirat...kuatlah wahai anakku...kuatlah jiwamu biarpun nalurimu selembut bayu, seringan kapas yang bebas melayan angin. Semoga hatimu cantik disirami keimanan dan rahmatNya.

Ketika di usia ini anakku banyak merengek di malam hari...tetapi mudah dipujuk dengan belaian dan perhatian. Rengekkanmu tak lama walaupun berulang...asalkan kau melihat aku disisi dan laparmu diisi...kau kembali tenang menyambung  tidur. Bila kau lena ketika itulah aku terpaksa 'meninggalkan'mu seketika bagi melunaskan  komitmen  teratak kita berlindung...menjadi 'menteri' kesihatan...menjadi petugas 'PBT' bahagian kebersihan...mengemas dan mengemop lantai agar esok kau selamat semula meletakkan telapak tanganmu di lantai, dengan air liurmu meleleh terkadang hingus cair keluar. Memang comot tetapi sangat comel. Matamu yang tajam ketika ini bak x-ray mengesan sekelumit habuk dan rerambut yang ingin dirasai dengan deria lidahmu....sentuhanmu. Habuk memang tak lekang walaupun setiap hari disapu, entah dari mana datangnya namun aku tak jemu mendepaninya. Aku bersyukur kerana diberi waktu untuk melakukan kerja-kerja tersebut walaupun terhenti-henti bak keretapi LRT. Lampin tidak kubiarkan penuh,setiap kali tika malam bayi berkehendakkan  susu,selepas itu juga aku akan tukarkan lampinnya agar dia selesa. Jika menukar lampin ketika tidur akan mengganggu lenamu, kau pasti akan menangis terkejut,jika dilakukann selepas menyusu dan kau terlena tidaklah kau terkejut sangat dan mudah menyambung tidur. Alhamdullillah  sehingga hari ini tiada ruam ataupun melecet pada kulit bayi terutamanya  di bahagian sensitif. Alhamdullillah  syukur padaNya kerana pengasuh juga sangat mengambil berat hal kebajikan dan keperluan anakku. Pengalaman terlantar di hospital semasa pembedahan  acl juga membuatkan aku tak sanggup membiarkan bayiku menggunakan lampin terlalu lama. Aku sendiri pernah menggunakan lampin, aku tahu betapa rimasnya jika ia tidak bertukar. Tugas ibu 24 jam....sesekali tertidur memang rumah bak tongkang pecah jika tak sempat  menguruskannya. Aku harap aku sempat melihat anakku juga menjadi seorang ibu. Bukan untuk mengungkit...bukan untuk mengatakan...haaa dulu mama macam nilah...macam tu lah....'  kata-kata sedemikian hanya melemahkan dan seolah-olah satu tamparan halus menyatakan 'padan muka' @haa baru tahu...' tanpa sengaja biarpun mungkin sebagai niat mahu rasa sedikit dihargai. Aku cuma mahu dia tahu yang mama memahami kesukaran dan pengorbanan  yang sedang dilalui...sebagaimana aku mula mengerti pengorbanan  ibu bapaku ketika membesarkan aku disaat aku sendiri mengandungkanmu. Aku mahu memberi semangat dan menyokongnya agar dia tahu ia bukanlah satu kerugian walaupun adakala ia sangat menguji perasaan....Biarlah penghargaan itu datang dari hati dengan pengertianmu sendiri. Kau adalah amanah Allah maka wajib ke atas diriku dan papamu memberi kasih sayang padamu dan melengkapkan keperluanmu seadanya. Syukur juga papamu seorang yang penyayang  dan bertoleransi. Adakalanya  papamu akan memandikanmu, beramain- main di dalam besen bersamamu...

Gigi susu sudah mulai kelihatan tumbuh bermula dari gigi hadapan sebelah bawah (kiri)diikuti sebelah kanan dan kini satu batang gigi atas (hadapan)mula muncul.... masuk 11 bulan termasuk hari ini sudah 3 kali mengalami selsema. Aku sedaya upaya memberikan penyusuan eksklusif   agar proses penyembuhan akan menjadi lebih cepat Insya'Allah. Mujur bayi masih ada selera biarpun dalam keadaan tidak sihat. Langkah 'tahtih' pula semakin berani, kadang-kala  5 langkah membawa ke sepuluh  langkah. Adakalanya  juga berlari terhoyong-hayang sedangkan berjalanpun belum kukuh. Kawan-kawanku kata kau cepat berjalan dengan usia ketika ini. Mungkin kerana keinginan dan perasaan ingin mencuba yang tinggi. Kau juga mula menangkap butir kata papa dan mama biarpun ucapanmu kurang jelas tetapi sangat menarik kedengarannya.

Selama menerima suntikkan imunisasi pula, bayiku tidak pernah demam kerana suntikkan kecuali selepas suntikkan cacar dos pertama pada usia 6 bulan. Dos ke 2 akan menyusul sehari selepas hari kelahiran  pertamanya bulan hadapan dan kali ini aku akan lebih bersedia dengan pelbagai kemungkinan. Walaubagaimanapun  sehingga kini sudah beberapa kali terkena jangkitan selsema. Alhamdullillah  sembuh.

Pemakanan  yang  semulajadi  seperti puri kentang/keledek masih aku amalkan. Adakalanya  aku campurkan bersama 'nestum' beras putih, sesekali aku kisar nasi lembek bersama sedikit ikan bilis ataupun isi ayam. Untuk minuman pula selain susu kambing yang telah diproses aku akan 'sulam' bersama air mineral ataupun air zam-zam. Alhamdullillah setakat usia bayiku sehingga kini dia belum pernah mengalami kembung perut walaupun aku hanya mulai membeli bayi makan di usia selepas 6 bulan kelahirannya. Ada yang menganggap aku terlalu berhati-hati...terlalu ikut skrip doktor. Bayi kata mereka akan lapar dan memilih makanan jika lambat mengenalkannya pada makanan. Aku tidak mengecam mereka ... itu cara masing-masing tetapi apa yang aku lihat bayiku pada permulaan mungkin sukar nak makan sebab baru nak belajar tetapi kini Alhamdullillah  bayi ku pemakan orangnya. Jangan takut kerana Allah telah memberikan sifat ingin mencuba yang kuat dalam diri anak-anak  syurga ini. Bila kita buat sesuatu , anak akan cuba meniru...bila kita berkata-kata...anak cuba mengajuk....bila kita makan mereka melihat dan teringin tak semestinya teringin nak makan apa yang kita makan,kita boleh sediakan makanan bayi disisi kita. Bukan bermakna kita perlu beri segala yg kita makan...mungkin dah kerana perasaan  belas yg tinggi  terhadap erti 'kempunan' budaya masyarakat kita akan beri bayi rasa apa yang kita makan walau hakikatnya makanan tersebut tak sesuai untuk bayi. Bila bayi mula berak-berak dan sakit perut msyarakat cenderung menyalahkan hampir seratus peratus pada pemakanan si ibu yang menyumbang kepada penyusuan badan kepada si anak sedangkan 'susu badan' tersebut telah ditapis secara semulajadi dan merupakan makanan terbaik bagi bayi. Mungkin ada kebenaran terhadap cara pemakanan ibu tetapi pernahkah kita terfikir makanan yang kita beri secara langsung secubit sehari lama-lama jadi sepinggan. Biasanya aku akan sediakan makanan bayi bersama , bila aku makan makananku aku selang seli suap padanya. Makanan bayi adakalanya ku ceduk seolah-olah dari pinggan yang sama. Alhamdullillah, elok jer dia walaupun pada awal nampak keinginannya yang tinggi terhadap makananku. Mereka sedang belajar melalui pemerhatian , kitalah yang menilai,mencorak dah memberi 'lampu hijau & merahnya'. Setiap bulan aku akan dapatkan bekalan air zam-zam dalam kadar kemampuan kami untuk diamalkan sekeluarga. Setiap pagi selepas mandi kulumurkan kulit bayi dengan minyak zaiton. Selagi dalam kemampuan inginku isikan tubuh si anak dengan amalan sunnah. Insya'Allah.


Isnin, 26 September 2016

Memburu Syurga.....

Lewat tengah aku terjaga bila si kecil ingin menuntut haknya mengisi perutnya yg lapar. Alhamdullillah Naluri ibu yang Allah berikan agak kuat kerana mudah terjaga dengan rengekkan halus si kecil sebelum ia berubah menjadi tangisan yang sedih.... sebaik saja kenyang si kecil menyambung  tidurnya yang agak lena, halus mulus tatkala aku mengusap rambut dan kulitnya yang bersih dari noda dunia. Andai diberi seribu wangian berjenama mahal sekalipun,wangi lagi tubuh si kecil ini...sayu terasa hati. Enak benar merangkul tubuh comel si kecil. Hanya doa mampu kusangkut di birai hatiku...moga syurga ketemukan kita di akhir waktu...moga Allah titipkan cahaya keimanan disetiap perjalananmu dan menambah keimananmu seraya kau meniti usia... 

Rasa berat hati nak bangunkan tubuhku dari tilam empuk yang sejuk berdingin dek penghawa dingin...tanggungjawab  belum sempurna kulunaskan. Keperluan anak perlu aku sediakan agar tidak kelam-kabut sebelum ke tempat kerja. Botol-botol susu perlu diuruskan, pakaian dan sebagainya bagi memudahkan tugas pengasuh. Emmm...baru jam 1 lebih, tak salah sambung tidur dan tetapkan jam penggera awal pagi...jangan terlajak sudah....tapi alang-alang  sudah terjaga,kerana aku sendiri tidur seawal jam 9 malam kerana melayani dan memujuk dikecil untuk tidur. Tubuh dan mindaku sebenarnyapun memang letih sehingga isyak kulewati.

Oh....isyak...masa agak panjang...sebelum subuh masih isyak...mmm

Hati kecilku memujuk...

Tak 'seletih mana' mana kamu nie...

'Bangun dan tunaikan tanggungjawab  pada Tuhanmu...'

Rasa letih..mengantuk dan berat meninggalkan sisi si kecil adalah perjuangan...

'tak sebesar manapun perjuangan mu itu...gerakkan tubuhmu wahai diri....bukan senjata yang mahu dipikul...ayuh, buru syurgamu!

perjuanganku tidak sehebat para syuhada...
tidak hampirpun...

kesukaranku tidak sehebat saudara-saudara di bumi palestin...tidak hampirpun....

...bolehkah aku tuntut syurga hanya kerana melawan perasaan 'malas'ku sendiri sedangkan ibadahku masih ringan bagai dedaunan yang ditiup angin sepoi-sepoi bahasa...?

Aku bangun dengan kelopak mata yang masih terasa 'keenakkan' tidur, nikmatnya meletakkan kepala dibantal yang gebu ketika ini. Sunyi sepi suasana...memang tenang benar. Aku duduk sebentar ditepi katil mengurut tumitku yang bisa setiap kali bangun dari perbaringan sebelum mula berdiri kesan dari keradangan tisu yang aku alami. Kuatkan hati untuk bangun...aku pendosa juga ingin memburu syurga....

'Abaikan nikmat tidur...
bayangkan wuduk membasahi kulit...
bayangkan sucinya solat itu
...tanpanya perbaringanmu jadi tak keruan'...
Menunaikannya...menyempurnakannya adalah nikmat yang paling indah dapat dinikmati di dunia, tidurmu lebih aman...ia bukan bayangan semata-mata  tetapi ia adalah rialiti yang nyata.


Maka....
....?

...persoalan memang tak akan lekang dari minda yang ingin berhijrah kepada sesuatu yang lebih baik. Aku tak layak persoalkannya. Mungkin ada benda remeh yang akan membantu kita di'sana'...hanya Allah yang Maha Mengetahui. 

Semoga  Allah  melindungi  kita semua....






Khamis, 15 September 2016

Roti Gulung...

Kita biasa tengok iklan roti gulung/tortia kat tv kan? Ada satu iklan makanan segera nie nampak  agak menyelerakan. Dalam iklan isi ayam dan isi dalamnya agak sendat serta padat...'gemuk' & gareng...tetapi bila beli sendiri 'ciput' jer isinya. 'Kaler' saladnyapun tak se'HD' yang diwar-warkan...mmm 'komplen' jer..'bikin' sendirilah! Hihihi...

Ok....ok...'wa' bikin sendiri...




Haaa...tengok roti gulung 'wa'...'very the' penuh! Tak susah nak 'bikin'pun. Insya'Allah kalau baru balik kerja 'perut' dah menari mudah nak sediakan.


...guna roti segera ni...boleh didapati dari pelbagai mat...bukat mat rempit atau mat jenin... saya beli kat 'ekomart' jer...kat supermarket  pun ada rasanya...kat superman jer takda...'loyar buruk lakkk'. Saya suka panaskan roti nie dulu bagi gareng sikit. Atas dia saya titiskan minyak zaiton Al-Masaoud...nak guna butter pun boleh...


Gunakan pelbagai salad segar,  cili capsicum , tomato, lobak merah dan timun... (nak  lagi segar 'pi' panjat Cameron Highlands terus gulung kat situ)...perisakan bersama mayonis  dan sos pilihan anda...
Untuk lauknyer goreng  tempura nugget dan potong memanjang kepada 2@3 bahagian. Kalau ada masa boleh grill sendiri isi ayam segar atau daging...lagi extra2 rasa sihat 'gitu...'

Ok...Babai!!

Lain-lain  cadangan hidangan:


Tampal telur....


Istiqomah

Bukan mudah bagi yang memberat-beratkan...
Bukan mudah juga bagi yang sedang berusaha...
Istiqomah dalam memperbaiki diri dan mencantikan amalan merupakan satu perjuangan....perjuangan yang tidak berpenghujung sehinggalah   nyawa bercerai dari badan.
Adakalanya  rasa putus asa datang...atas dasar istiqomah,hati terpujuk...
Ada waktu kita rasa kesukaran  yang panjang...bila berkaitan dengan keinginan adakalanya terkorban keperluan...sedangkan yang utama  adalah keperluan. Bila itu terjadi, kita mulai terdesak. Mula pandai memaksimakan cara dan usaha untuk 'survival' hidup.
Rezeki Allah itu luas...
bila kita minta tidak semestinya ia tidak terjawab, bila apa yang kita inginkan tak kesampaian ketika itu. Bila kita dapat pula adakalanya tidak sebanyak yang diimpikan. Namun apa yang kita dapat sebenarnya mencukupi...dalam memberi Allah masih menguji...melihat sejauh mana kesykuran kita, adakah kita akan  bersyukur pada sisi yang mencukupkan atau kita lebih banyak merungut pada sisi yang belum diperolehi.

...dan apabila kita dapat atau tidak...
Istiqomah  dalam doa agar hati kita dan keluarga  kita ditetapkan padaNya.

Jangan abaikan bahagian orang lain dalam rezeki kita...ringankanlah jiwa untuk bersedekah.

Ahad, 21 Ogos 2016

Tanda Kucing Sayangkan Anda...

Dulu aku rasa bengang bila miau bawa balik 'buah tangan' seperti ular dan sebagainya. Jika awal pagi si lola keluar kadang-kala   ada tikus mati depan pintu. Itu sebab bila aku keluarkan  si miau aku akan pastikan pintu tertutup dan tingkap tidak dibuka luas bagi mengelakkan si miau bawa haiwan atau binatang berbisa ke dalam rumah.

Tapi kini aku lebih menghargai miau bila terbaca sebuah buku bertajuk '500 questions  about cat'... antara sebab miau bawa balik binatang asing tersebut kepada kita adalah kerana mahu berkongsi rezeki sebagaimana kita berkongsi rezeki dengan mereka sepanjang mereka tinggal dengan kita(beri makan setiap hari sehingga mereka kenyang). Itu adalah sebahagian dari cara miau menunjukkan  kasih sayangnya pada kita.. .apapun Allah  Maha mengetahui...walaupun kita tak perlukan 'makanan' tersebut...aku akan buang binatang asing tu dibelakang 'pengetahuan' si miau sebagai tanda menghargainya(taknak miau kecil hati kuikui)....cuma kalau miau bawa balik burung aku akan menasihati agar tidak memburu haiwan comel itu lagi. Faham atau tidak itu belakang kira! Huhuhu
Perasan tak setelah si miau bawa balik buah tangan mereka 'kelihatan' bangga sambil menjilat-jilat kaki mereka dihadapan tuannya.

Isnin, 11 Julai 2016

Harapan sang musafir : Pusat henti dan rawat

Musim perayaan...musim cuti...ramailah kita guna RNR...perjalanan jauh menziarahi kaum kerabat. Yang 'jauh didekat-dekatkan. Perhentian rehat dan rawat memang satu keperluan. Nak terlelap,terkucil..nak rehat minda dan fizikal,nak isi keperluan 'perut' mahupun karenah isi keluarga yang turut dibawa. Syukur sangat-sangat kerana kewujudan tempat-tempat sebegini memberi impak yang positif. Ketika ini juga RNR dihujani manusia yang lapar sarat pengharapan menghirup secawan kopi panas mahupun air buah yang segar...teh tarik kaw mahupun nasi panas berlauk campur, mee goreng...dan Tidak dinafikan dulu aku seronok menjamu selera di RNR. Buah tangan untuk dibawa pulang juga mudah diperolehi. Tetapi semenjak kebelakangan nie aku akan rasa terkilan kalau tidak berkesempatan menyediakan  bekal sendiri. Adakalanya juga lebih seronok 'keluar sebentar' dari lebuhraya kerana nak cari warung 'orang kita' sengaja nak menikmati masakkan pelbagai cara di negeri orang.

Aku percaya tak semua peniaga RNR hanya pentingkan keuntungan semata-mata dan menyediakan makanan sekadar melepaskan 'betuk di tangga' walaupun aku kerap menerima cawan berkeladak yang boleh mengukir namaku sendiri dengan jari tumpul mahupun menjamah rendang daging yang sudah berlendir begitu rajin dipanaskan... Mungkin ada diantara pengusaha yang fikir pelanggan datang dan pergi berlainan 'manusia' tetapi bagi pengguna yang kerap ataupun yang 'ada kampung'/urusan 'kami' sudah tahu menilai dan mengenali makanan yang disediakan bahkan 'memilih'@mengelak gerai tertentu. Aku masih memberi peluang pada diriku mencuba serta mengimarahkan ekonomi selagi mana aku 'menemui' selera yang bertepatan dengan keperluan...'saat ketika waktu itu...'


Semoga perniagaan bertambah maju buat peniaga yang ikhlas dan telus,kalian masih wujud biarpun kini nampak semakin berkurangan...percayalah setiap dari kalian merupakan sebuah  harapan dan doa dari sang musafir.

Semoga pihak berwajib pula lebih serius dan 'senang-tiasa' aktif dalam pengawalan aspek kualiti 'plus' kebajikan pengguna...





Ahad, 19 Jun 2016

Sosej Goreng



Sosej goreng



Sepanjang  Ramadhan   ni famili aku tak berapa menginginkan nasi ketika sahur. Jadi macam2 makanan yang aku ujikaji untuk membuka selera  pagi. Aku nak kongsi resepi ringkas sahur hari ini.

Bahan untuk satu hidangan:

1 roti sosej
1 sosej
2-3 sudu besar tepung gandum
Air setengah senduk
Kunyit dan garam secukup rasa
Garam secukup rasa
Campuran keju parmesan dan cheddar secukup selera :)
Minyak  untuk  menggoreng.

Cara: buat bancuhan tepung agak2 macam nak goreng pisang kelikatannya. Masukkan garam dan kunyit secukup rasa.

 masukkan sosej ke dalam  roti.

Sadur roti dengan bancuan tepung sepenuhnya.

Goreng.

Angkat setelah tepung keperangan.

Tabur keju ketika masih panas. Tambahkan sos cili atau mayonis jika suka.

Siap!


Isnin, 9 Mei 2016

Makanan pertama bayi usia 6 bulan : bekal di rumah pengasuh

menu bayi aku masukan  ke dalam botol bagi memudahkan pengasuh memanaskan bekalan dengan pemanas susunya. Lagipun membazir botol-botol kecil nie jika tidak dimanfaatkan(sebelum dan kini botol tersebut digunakan bagi stok susu ibu). Nak buat stok sejuk bekupun mudah.


Gunakan sudu bayi jenis panjang.


Alhamdullillah  syukur kini bayiku memasuki usia 6 bulan. Seperti  kebiasaan ibu-ibu pasti sebelum ini  rancak mencari ilmu perihal makanan pertama bayi di usia 6 bulan. Bab pemakanan awal bayi boleh dikatakan  aku memang agak 'lurus' dan mengikut nasihat ahli perubatan biarpun sebahagian  dari saudara-mara  @kenalan mengesyorkan agar makanan diberi awal seperti mana kebiasaan orang melayu dulu-dulu. Kata mereka...'hidup lagi haaa si polan...sihat jer pun...' ada juga yang mengutarakan  kebimbangan  jika makanan  diberi lewat akan menjadikan bayi tidak mahu atau tidak minat menerima makanan. 

Sebolehnya dalam menu nie saya mahu masukkan elemen dari buah kurma dsbgnya. Apapun pendapat@resepi masing-masing  aku pasti setiap ibu bapa yang penyayang  mahukan yang terbaik. Terpulanglah  dengan keputusan  masing-masing  asalkan ia tidak membawa kepada kemudaratan.

Genap usia 180 hari@6 bulan(mana lebih awal...hihi macam servis kereta pulak) aku mengambil  keputusan untuk menyediakan makanan bayi berasaskan ubi keledek manis@jepun+sebiji kurma (dibuang kulit)+3biji kismis. Selagi sempat dan terdaya masa,tenaga seboleh-buolehnya   aku mahu bayiku mendapat makanan 'homemade' walaupun aku bekerja. Rasa puas hati dapat sediakan menu yang berkhasiat untuk bayi.

Cara-cara  :
Rebus@kukus empuk sebiji keledek jepun (warna unggu kulitnya) saiz sederhana.

Rendam buah kurma dan kismis di dalam segelas air panas sementara menunggu keledek empuk.

Setelah  keledek empuk, buang kulitnya dan kisar bersama-sama buah kurma yang telah dibuang kulit serta bijinya. Gunakan air rendaman kurma+kismis tadi untuk mengisar.

hari pertama  percubaan bayi nampaknya  serasi dengan menu nie! Licin... har ke 2 tiada tanda-tanda  sakit perut dan proses buang air besar bayi nampaknya lancar.

Insya'Allah  selepas bebeberapa  hari  nanti akan ada pertukaran menu untuk mengelakkan bayi jemu.

Menu seterusnya  :

Sepotong isi  labu manis (lebih kurang kuantiti sebiji epal.),sebiji kurma (dibuang kulit&biji),sebiji kentang yang dibuang kulit.

Rebus kentang yang dipotong kecil dengan air sekadar tenggelam.Setelah hampir empuk masukkan kurma dan labu(potongkecil). Setelah semuanya benar-benar  empuk,bolehlah dikisar dengan air rebusan tersebut.

Lebih bolehlah disejukbekukan,sertakan tarikh penyediaan.

Jumaat, 6 Mei 2016



Past memories  remains the past... teenage  is the moment that sometime  we thought that we were unbreakable  but yet our hearts were so fragile  when its come to a down turn moments ...
                                            'MeSelf'


'Speaking London'  ler pulok... tak rajin nak semak kebenaran  tatabahasanyer...
Berapa  ramai dari kita yang rasa nak 'putar' semula masa yang telah berlalu. Nak memperbaiki kesilapan,nak menambahbaikkan situasi... adakalanya  ia mejadi igauan dan angan-angan  walau hakikatnya ia adalah sesuatu yang mustahil. Ia adalah sesuatu yang telah jauh dari kita.  Bila tersentap ada bibit-bibit penyesalan perihal masa yang berlalu,perihal kesalahan atau kepesongan yang pernah dilakukan. Kita rasa diri kita kerdil...kita rasa kita jahat...kita rasa setiap kebaikkan yang kita lakukan hari ini semakin rendah nilainya.  Ada belengu dijiwa. Kita terpaksa hidup dengan pelbagai tanggapan yang kita cipta untuk diri kita sendiri. Kita percaya kita dah berserah habis padaNya tapi mengapa kita masih sandarkan harapan pada masa yang telah berlalu?
s pen dah rosak...skrin telefon baru jer retak sebab terjatuh...so, be unbreakable ....take out 'me black pen', put together  'me' finger and ....just do it.

Harapan hari ini adalah untuk hari ini dan berdoa kepadaNya kebaikkan yang berlipat ganda untuk hari seterusnya. Andai belengu masih menghantui jiwa, .. sandarkanlah harapan padaNya. Sandarkan segala kesedihan...kekesalan dan pengharapan padaNya. Teruskan langkah kehadapan dan hanya menoleh untuk mengambil pengajaran. Ia memang sukar tapi dengan istiqomah Insya'Allah  kita akan menemui jawapannya.....


Sabtu, 23 April 2016

Produk Palestin

Produk dari Palestin?

Kejutan pertama :')
Emm...maaf... betapa kecilnya tanggapan aku pada rakyat Palestin yang berjiwa besar...selama ini aku hanya fikir dek peperangan  mereka hanya berekonomi di kalangan mereka sahaja.



Syukurlah Allah menggerakkan  mindaku untuk follow blog ni serta diberi  kecenderungan   nak tahu andai negara kita ada sumber berkaitan produk Palestin terutamanya minyak zaiton yang terkenal dari bumi an'bia tersebut...selain itu ini adalah salah satu cabang untuk turut menyumbang....

Kejutan ke 2....
Premis tutup kerana menyertai ekspo...bergerak ke KLCC konon nak turut serta akan tetapi setibanya di sana hari tersebut tidak dibuka untuk awam.


Kejutan ke 3... :')
Premis produk dari palestin  Al-Masoud  Trading: pertama  kali datang premis ni tutup tetapi cukup mengkagumkan  aku...walaupun premis ni nampak fancy tetapi tak kedekut berkongsi rezeki dengan kucing jalanan...siap sedia mangkuk makanan beserta air...Alhamdullillah...

Kejutan  ke 4: 
Untuk kunjungan kedua ku...
Dapat diskaun 20peratus :)



Kejutan ke 5:
Banyak nampaknya salah faham tentang minyak zaiton...jadi kalau nak tahu info sebenar boleh rujuk kepada pihak mereka kerana tuan punya premis tersebut sangat berinformasi dan sedia membantu.
Yang pastinya sekarang aku tak ragu-ragu  lagi nak menumis dengan minyak zaiton!


Antara produk yang turut dijual tetapi bukan dari palestin: 
minyak zaiton yang sesuai untuk kegunaan dalaman bayi berusia 7bulan keatas kerana sifatnya.(penjelasan lanjut boleh rujuk Al-Masaoud melalui fb atau telefon dari sumber google. Buat masa nie aku guna untuk urut bayi satu badan! Aku dah mulakan seawal bayi berusia 4 bulan untuk kegunaan luaran bagi menggantikan penggunaan minyak bayi jenama dan sumber bahan lain. Semoga lebih barokah untuk bayiku...

produk minyak  zaiton  dari palestin  kini kugunakan dalam masakkan. Sesudu minyak  zaiton  juga elok diamalkan pagi dan petang untuk kesihatan.

Menghasilkan minuman dari madu asli palestin. 
Resepi: air mineral 1000ml+ perahan sebiji  lemon+4 sudu madu

Macam-macam ada..


Isnin, 7 Mac 2016

Kasut oh kasut!

Mungkin ada juga insan yang mengalami masalah sama macam saya bila cari kasut..

'Saiz kakiku agak besar untuk kebiasaan wanita Malaysia, jari depan tak berapa nak kuncup dan ditambah  pula dengan masalah kaki sebelah yang agak ketara kecil disebabkan oleh 'post operation'.

"Besar...besar sangat,kecil...kecil sangat, adoi...sakit ibu jari kaki bila mula berjalan, bahagian belakang macam nak tercabut rrr..."

"Maaf, saiz nie dah habis..."



Bukan mudah bagiku nak cari saiz kasut adakalanya  rasa nak jumpa Datuk Jimmy Choo tempah kasut ukuran lekuk sendiri..Mampu kerr?

Paling sedih kasut kerja aku yang disubsidikan langsung tak boleh nak pakai. Sakit yang amat terasa pada tumitku yang keradangan. Terpaksa juga beli dengan poket sendiri,mujur ada kasut getah kat Ekomart ala-ala kasut potong harga tak sampaipun RM10 harharhar! Walaupun tak berapa nak selesa tapi tak banyak pilihan yang aku ada. Bila dapat bonus tahunan aku gagahkan diri ke premis kasut yang dikira antarabangsa  juga tetapi yang tak bestnya kasut bertutup tersebut tak mampu nak memegang tumitku yang sebelah kecil. Takkan nak beli saiz lain2? Pakai sepasang  tetapi beli 2 pasang? BOLEH ke tidakk? Pokai...Akhirnya  aku terpaksa beli kasut harga dalam 2ratus lebih dan merupakan kasut paling mahal pernah aku miliki kerana tiada pilihan lain nak buat kasut kerja.


Macam kasut Edwin nie aku beli waktu promo tak sampai rm100 dan tersangatlah selesa tapi terpaksa aku pijak belakang macam nak pakai selipar sebab sebelah  kasut akan rasa nak tercabut apabila aku berjalan. Kalau dipakai juga mahu pitam dibuatnya. Jika pergi mana-mana aku banyak berselipar jer untuk keselesaan sebab bergaya nampaknya membawa penderitaan untuk aku yang ada masalah kaki nie. Pernah juga nak beli kasut ala-ala jururawat  yang dipromosikan kat hospital tetapi tak ada saiz pula.

Akhirnya  dapat juga aku kasut yang sesuai untuk aku. Tak sengaja aku terserempak dengan kedai kasut nie di Shah Alam. Yang bagusnya bahagian tumitnya agak kuncup dan mampu memegang tumitku yang sebelah kecil nie. Harganya sederhana mahal tetapi agak berbaloilah bagi orang macam aku yang 2-3tahun sekali beli kasut itupun kalau ketemu kasut yang sesuai. Sempatlah menabung kerana kasut niepun agak berkualiti dan tahan lama. Buat masa nie rasanya inilah 'kedai kasut rasmi' aku, lagipun aku membeli atas dasar keperluan dan kesesuaian bukan untuk kokeksi semata-mata. Jika nak buat koleksipun susah kot nak cari yang benar-benar sesuai untuk aku pakai, takkan beli mahal-mahal untuk ditenung kat almari kaca jer. Selepas beberapa hari rasa sedap jer kasut nie terletak kat telapak kakiku sebab meterial kasut nie akan membentuk secara sendiri mengikut acuan kaki kita asalkan ketika mula-mula  membeli kita memilih saiz yang ngam-ngam!

medifeet : sesuai untuk kaki yang bermasalah macam aku!

pertama  kali aku  beli kasut warna merah

Sabtu, 5 Mac 2016

Anjakkan paradigma



Pernah tak kita terkadang sengaja mengelak untuk menceburi sesuatu bidang atau kerja yang bukan jiwa kita biarpun ia adalah sesuatu yang baik? Atau mungkin juga ia adalah  sesuatu yang kita tak yakin mampu buat atau hadapi kerana bimbang rasa cemerkap atau ketinggalan? Kurang pengetahuan dan kemahuan tetapi akhirnya membiarkan diri 'memasuki' zon yang tidak selesa itu demi memenuhi sisi tanggungjawab yang lain dan menerima pula tanggungjawab  tambahan yang lain? Apabila keputusan telah dibuat maka jalan untuk berpatah balik sudah ghaib dan tiba pula masanya untuk menyakinkan tahap kemampuan diri seterusnya berdoa kepada Allah agar diberi kekuatan dan hati yang lapang selain cuba menyerap dan belajar ilmu baru dengan pantas serta cekap.

Ketabahan itu akan diukur dengan masa dan masa akan mengajar dan memberi pengajaran.



Sabtu, 27 Februari 2016

Ketip kuku bayi

Sebelum kelahiran bayi, seperti kebiasaan ibu bapa yang lain aku akan  membuat pelbagai persediaan terutamanya
berkaitan  hal  pengurusan  bayi. Antara cabaran  utama bagiku dalam meguruskan bayi adalah memotong /mengetip kuku bayi. Aku sempat membeli ketip kuku bayi yang kudapati paling murahpun dalam RM10. Sebelum itu aku turut bertanyakan pengalaman  beberapa  sahabatku. Ada di antara  mereka  yang  menyarankan  agar  menggunakan pengetip kuku biasa sahaja kerana ia lebih mudah. Ada juga yang sarankan guna 'gigi' sendiri....pendek kata ada macam-macam  saranan.

Apapun  bila dah 'berbayi' dan menguruskan  bayi  sendiri baru aku sedar mana satu kaedah yang sesuai bergantung pada situasi dan kebolehan   kita. Pembelian ketip kuku bayi nampaknya  tidak  banyak  membantu  malah agak sukar pula untuk digunakan. Akhirnya  aku menggunakan   kepit kuku 'serong' kegemaranku.

Apabila  menggunakan  kepit kuku jenis pisau serong, penglihatan  akan lebih mudah.

Kuku  bayi agak cepat panjang. 2 kali seminggu juga aku perlu 'maintain'kan. Jangan  potong terlalu  pendek pulak, kesian  bayi kepedihan. Ketika mengetip kuku bayi kita juga jangan 'over confident ' bimbang terpotong jari-jemari  bayi yang comel tu. Sentiasalah berhati-hati  dan rehat sebentar jika rasa letih dek kerana mengawal kedudukkan  badan sendiri. Aktiviti  ni paling sesuai dilakukan  ketika bayi lena tidur.

Jika  tidak  yakin  dengan  pengetip kuku boleh juga gunting kuku bayi dengan gunting jenis nie.


Rabu, 17 Februari 2016

Sambal kicap


Nampak macam mudah tapi kalau tak kena gaya rasanya tak mencapai  selera yang diharapkan. Sambal kicap nie paling popular di Johor, pada mulanya aku pelik juga tengok 'orang' sana cicah dengan pisang goreng. Tapi bila aku cuba sendiri ternyata memang sedap lebih-lebih lagi rasa sambal kicapnya agak berlainan dari yang pernah aku rasa. Senang kata ada ummmppp!! :)

Meh nak kongsi sambal kicap 'my style' :
 Bersihkan,tos dan tumis seketika bahan-bahan tersebut dengan 1 sudu besar minyak masak (dalam seminit dua sahaja):


Tumis terlebih dahulu dengan sesudu minyak masak:
*segenggam cili api
*1-2 ulas bawang putih


Setelah menumis, kisar bahan-bahan * tersebut bersama 1 sudu kecil  asam jawa,1 senduk kicap@ikut suka kita perisakan dengan gula dan garam secukup rasa. Jika kicap  tersebut dah manis@masin tak perlulah tambah gula/garam.

Setelah dikisar halus perahkan  limau kasturi@limau nipis.

Siap!



Isnin, 1 Februari 2016

Hari pertama bayi di rumah pengasuh : Satu Perjuangan...


Biarpun aku masih bercuti,aku perlu menyerahkan bayiku ke rumah pengasuh untuk tempoh percubaan. Menurut insan yang berpengalaman ini untuk membiasakan bayi secara berdikit-dikit tetapi bagi aku ia adalah tempoh masa untuk membiasakan 2 hati...bayi dan ibu itu sendiri... sessi 'menyerahkan bayi' kepada pengasuh di peringkat ini bukanlah sesuatu yang menjadi keringanan untukku. Rasa sayu dan bersalah mula singgah di dalam hati setiap kali wajah suci bayi kutatap. Untuk minggu pertama ini aku hanya menghantar bayi separuh hari. Hari pertama bayiku tidak menyusu banyak di rumah pengasuh. Agak menyedihkan juga sebab apabila tiba kembali di rumahku  bayi sudah pandai merajuk. Sepanjang petang menyatakan kesedihannya dan menikmati susu badan bagai tiada lagi hari esok....


 *mengekalkan kelestarian stok susu sejak awal berpantang kini juga satu perjuangan.

Merialisasikan kecukupan stok selagi terdaya dan diizinNya merupakan satu detik yang tidak kurang lelahnya. Sebagaimana ibu-ibu lain, aku ingin memberikan susu yang terbaik untuk bayiku.... Untuk sebuah perasaan...ianya adalah sesuatu yang sukar.Aku sedar ini baru permulaan. Aku bersyukur kerana Allah mempermudahkan urusan aku dengan 'memberi ku' pasangan pengasuh yang memiliki keluarga yang penyayang, tetapi naluri seorang ibu yang baru melahirkan...menjaga siang dan berjaga malam menyusu serta merangkul bayinya saban waktu tatkala bayi 'sedih' dan lapar...memandikan dan membelai tiap inci tubuhnya yang comel. Kini di usia hampir 3 bulan aku terpaksa melepaskannya dan merasai 'kesedihan' ibu-ibu bekerja yang melepaskan sementara tanggungjawab dan amanah kepada wanita/keluarga lain... Mungkin ada yang beranggapan aku terlalu 'tegas dan kejam' memandikan bayiku seawal subuh sedangkan pengasuh boleh memandikannya. Ada yang kata 'kan ko dah bayar...' bayaran menjaga bayi sebenarnya bagi aku memang'terlalu' mahal serta tak ternilai dan RM300 yang diberikan 'adalah terlalu murah' jika dibandingkan dengan harga sebuah amanah dan risiko yang diambil oleh seorang pengasuh. Bagi aku pengasuh yang amanah dan penyayang seangkatan dengan pekerjaan yang diangkat mulia seperti guru dan doktor. Memandikan bayi seawal pagi bukan bermakna aku tidak percaya kepada pengasuh tetapi aku mahu merasai ikatan antara ibu dan anak itu. Ia adalah cara aku memberikan kasih sayang padanya diawal hari sebelum ke tempat kerja. Inilah Peluang untuk aku membelai dan membelek tiap inci kulitnya dengan kasih sayang biarpun aku sedar ini adalah kenangan yang hanya aku akan ingati manakala bayi 'akan melupakan' detik-detik ini seraya usianya yang kian meningkat. Alhamdullillah bayiku kini selesa mandi awal. Jam 5 pagi matanya sudah celik. Seawal jam 4-5 pagi aku akan meletakkan bayi di bilik lain dan menyusukannya,tidak terus mengejutkan bayi untuk bangun mandi . Perubahan cahaya,suhu/kipas dan tempat akan memudahkan bayi bangun nanti. Sementara itu, aku sendiri mandi bak persiapan ke alam pekerjaan,biar bayi hadam susu dulu bimbang muntah jika terus dimandikan awal waktu begini. Tempat mandi bayi dan pakaiannya juga kusediakan ketika ini dan barulah kembali kepada bayi. Lampu bilik dihidupkan dan bayiku diberi peluang seketika menggeliat dan bangun tanpa paksaan yang ketara. Selesai mandi bayi akan aku susukan kembali sebelum menghantarnya ke rumah pengasuh.Bayiku kembali lena setelah dimandikan dan siap berpakaian,sempat pula bayi mengeluarkan tawanya diiringi sebuah senyuman yang mencuri hati.Tatkala inilah 'perjuangan' perasaan kembali bermula dan mata tiba-tiba rasa pedih...macam ada habuk tebal melekat di birai mata,dada bagai dipukul-pukul dan kaki seolah-olah terumbang-ambing di atas rakit yang dibawa arus... Ketika ini rasa macam nak letak jawatan 24jam....
 

tatkala airmata bergenang Lola berhanti makan dan 'mula menegurku' seolah-olah berkongsi perasaan.
Semoga Allah tabahkan aku dan semua ibu bapa mengharungi hari-hari seterusnya....

Minggu ke 3 :cara kami pujuk bayi meragam 'lawan tidur'.

Bayi semakin  serasi di rumah  pengasuh. Aku bersyukur kerana bayi tidak menangis setiap kali serahan  dilakukan. Masuk usia 3 bulan bayiku mempunyai ragam baru. Setiap kali ambil di rumah pengasuh bayi tidak mahu tidur biarpun sebelum ini keluarga pengasuhku rajin melayaninya. Sesetengah orang kata jaga bayi ni mudah...pastikan tak lapar,tak sakit dan pampers 'cantik' gerenti bayi ok...tapi untuk memastikan semua itu bukanlah sesuatu yang mudah. Semakin bayi membesar lain pula cabarannya. Bayiku sudah aktif berborak malah 'melawan' rasa mengantuk seolah-olah   tidur itu satu kerugian.  Bila nak tertidur bayi mula mengamuk dan menangis sehinggakan nak tukar pamperspun susah kerana setiap kali baring bayi akan menangis kuat kerana tidak mahu 'tertidur' tatkala berbaring. Bukan mudah nak mententeramkannya sampai rujuk  petua di utube serta 'pakcik google'pun gagal. Buai enjut dan dukung dodoipun tak berjaya sehigga aku hilang idea apabila tangisannya makin kuat. Yang kelakarnya pengasuh sebelah rumah siap datang menjengah di tingkap sebab bimbang akan tangisannya yang kuat (teringat aku pada kata-kata adik iparku...jangan nanti maknya (aku) tiba-tiba sahaja ada kat pagar rumah pengasuh/waktu baru-baru hantar sebab bimbangkan bayi-nampaknya sebaliknya yang berlaku...kikiki)Akirnya suami mencadangkan agar kami masukkan bayi dalam carrier sebab dah tak larat nak dukung dan berjalan dalam rumah kerana lewat petang. Nampaknya ia berkesan untuk bayiku kerana bayi mula leka seolah-olah sedang dibawa jalan-jalan akhirnya tertidur. Mungkin bayi 'tuntut' dari kami untuk membawanya 'jalan-jalan' setelah seharian tidak kelihatan. Lain bayi mungkin lain pula cara pujuknya...banyak  sebenarnya cara memujuk bayi cuma kita perlu terus mencuba sehingga bertemu 'jodoh' yang sesuai untuk mententeramkan bayi kita.

Aku akan pastikan bayi disusukan sebelum kerumah pengasuh agar bayi memperolehi susu badan yang segar setiap pagi. Rasa tekad untuk memandikan bayi awal pagi semakin dirasakan sesuatu yang tepat memandangkan aku masuk kerja awal. Pengasuhpun tidak begitu berkira kerana perlu menerima  kehadiran  bayiku seawal 630pagi. Jika aku mandikan bayi maka kurang sikit bebanan beliau kerana beliau mungkin nak buat kerja rumah yang lain awal-awal pagi.Pernah juga aku terlewat dan tak sempat mandikan bayi. Rasa sangat bersalah sebab terlambat. Kali ini memang aku tekad untuk mengabaikan rasa mengantuk. Melawan nafsu tidur walaipun setelah beberapa kali bangun sepanjang malam untuk menyusukan bayi. Ini juga merupakan satu perjuangan, dan ia menyebabkan aku lebih berdisiplin untuk mandi awal pagi sebelum subuh dan memandikan bayi pula selepas itu.

Benarlah kata suami& teman-teman terdahulu...permulaan  itu memang satu kesukaran ...satu perjuangan tatkala 'melepaskan' bayi kepada insan lain...masuk minggu ke3 emosiku semakin stabil lebih-lebih  kerana memiliki keluarga pengasuh  yang penyayang. Cuma kerinduan dan ingatan itu tak pernah reda walau di mana aku berada...masih kuat bertandang dalam mainan jiwa. Mungkin ini yang dikatakan naluri seorang ibu. Hidup satu perjalanan  yang sementara tetapi terlalu banyak ilmu yang ada disekitarnya...belajar dan belajar dari setiap kesilapan.

...kuatkan hati dan jiwa...zikir adalah penyembuhnya...

Bertemu dan berpisah kita kerana Allah.

Survey pusat asuhan bayi sekitar Jalan Sungai Udang,Klang : 3 bulan

Alhamdullillah akhirnya kami telah mendapat pengasuh untuk bayi kami. Bukan mudah nak dapat induvidu dan tempat yang sesuai. Maklumlah menjaga bayi bukan urusan mudah,tak semua pusat jagaan menerima jagaan bayi mungkin kerana faktor risiko dan sumber tenaga kerja terlatih, Jika adapun kena booking awal.Sebelum ini kami ada juga survey pusat asuhan sekitar kejiranan kami. Pada awalnya nak hantar di pusat jagaan bayi jabatan yang hanya melibatkan kos jagaan RM120. Agak murah mungkin kerana bersabsidi tetapi dek kerana faktor tugas yang melibatkan shiff dan lokasi, hasrat itu kami batalkan. Biarlah mahal sedikit asalkan sesuai dengan perjalanan kerja dan sebagainya. Pilihan seterusnya sebelum ini adalah pusat jagaan Al-Zahrah di Jalan Hassan Off Sg. Udang. Ini adalah kerana adikku pernah menghantar bayinya di situ 6 tahun dulu. Kosnya dalam RM250,sekarang kos mesti dah naik. Biarpun ramai yang hantar ke situ, aku dapati pengurusannya cekap dan kanak-kanak agak ceria dan meriah. Malangnya ketika aku lihat web mereka,pusat jagaan mereka kini hanya menerima kanak-kanak yang berusia 8 bulan. Oleh kerana tak yakin dengan web tersebut aku terus menghubungi pusat jagaan tersebut memandangkan beberapa tahun lalu adikku pernah menggunakan khidmat mereka. Kecewa juga bila dimaklumkan mereka hanya menerima kanak-kanak yang sudah boleh mula berjalan...mmm lainlah jika bayiku sudah boleh berjalan ketika umur 3 bulan nie mungkin ada harapan...kikiki Rasa 'blur' sekejab bila Al-Zahrah dah tak terima jagaan bayi. Aku cuba pula menghubungi taska di belakang Masjid binaan Demak di Sungai Udang. Dapat info dari laman web mereka akan tetapi kedua-dua no.telefon yang dinyatakan gagal dihubungi...aduss... Akhirnya melalui web juga aku berjaya menghubungi Taska Comel Intelek di Amazing Height Sungai Udang. Mereka menerima jagaan bayi dan bayaran dikenakan adalah RM380(tertelan juga air liur)tetapi tidak mengapalah,bukan mudah nak jaga bayi,nak bayar pekerja lagi....yang bagusnya tiada deposit manakala duit booking RM50. Rasa lega sangat. Ketika hampir 'booking'di Pusat tersebut, 'kakak' sebelah pula rasa simpati dan menawarkan kesanggupannya menjaga bayiku. Sebenarnya beliau memang sedang menjaga beberapa orang kanak-kanak dan kini setelah suaminya pencen ada keringanan untuk menjaga bayiku memandangkan suaminya juga berbesar hati untuk membantu. Aku pada mulanya ragu-ragu sebab tak mahu membebankan 'kakak' tersebut. Akhirnya setelah berbincang dengan suami,kamipun setuju hantar bayi pada kakak tu. Sebelah rumah saja,mereka berduapun pasangan yang baik,penyayang dan berpengalaman. Sebiji macam 'mak-mak,ayah-ayah'. Bersyukur kerana Allah mempermudahkan pencarian kami... kepada yang masih mencari pengasuh bayi cubalah servey laman web taska comel intelek,Amazing Heights namun jika dah penuh khabarnya ada juga taska yang menerima jagaan bayi disekitar klinik Desa Sungai Udang.