*mengekalkan kelestarian stok susu sejak awal berpantang kini juga satu perjuangan.
Merialisasikan kecukupan stok selagi terdaya dan diizinNya merupakan satu detik yang tidak kurang lelahnya. Sebagaimana ibu-ibu lain, aku ingin memberikan susu yang terbaik untuk bayiku.... Untuk sebuah perasaan...ianya adalah sesuatu yang sukar.Aku sedar ini baru permulaan. Aku bersyukur kerana Allah mempermudahkan urusan aku dengan 'memberi ku' pasangan pengasuh yang memiliki keluarga yang penyayang, tetapi naluri seorang ibu yang baru melahirkan...menjaga siang dan berjaga malam menyusu serta merangkul bayinya saban waktu tatkala bayi 'sedih' dan lapar...memandikan dan membelai tiap inci tubuhnya yang comel. Kini di usia hampir 3 bulan aku terpaksa melepaskannya dan merasai 'kesedihan' ibu-ibu bekerja yang melepaskan sementara tanggungjawab dan amanah kepada wanita/keluarga lain... Mungkin ada yang beranggapan aku terlalu 'tegas dan kejam' memandikan bayiku seawal subuh sedangkan pengasuh boleh memandikannya. Ada yang kata 'kan ko dah bayar...' bayaran menjaga bayi sebenarnya bagi aku memang'terlalu' mahal serta tak ternilai dan RM300 yang diberikan 'adalah terlalu murah' jika dibandingkan dengan harga sebuah amanah dan risiko yang diambil oleh seorang pengasuh. Bagi aku pengasuh yang amanah dan penyayang seangkatan dengan pekerjaan yang diangkat mulia seperti guru dan doktor. Memandikan bayi seawal pagi bukan bermakna aku tidak percaya kepada pengasuh tetapi aku mahu merasai ikatan antara ibu dan anak itu. Ia adalah cara aku memberikan kasih sayang padanya diawal hari sebelum ke tempat kerja. Inilah Peluang untuk aku membelai dan membelek tiap inci kulitnya dengan kasih sayang biarpun aku sedar ini adalah kenangan yang hanya aku akan ingati manakala bayi 'akan melupakan' detik-detik ini seraya usianya yang kian meningkat. Alhamdullillah bayiku kini selesa mandi awal. Jam 5 pagi matanya sudah celik. Seawal jam 4-5 pagi aku akan meletakkan bayi di bilik lain dan menyusukannya,tidak terus mengejutkan bayi untuk bangun mandi . Perubahan cahaya,suhu/kipas dan tempat akan memudahkan bayi bangun nanti. Sementara itu, aku sendiri mandi bak persiapan ke alam pekerjaan,biar bayi hadam susu dulu bimbang muntah jika terus dimandikan awal waktu begini. Tempat mandi bayi dan pakaiannya juga kusediakan ketika ini dan barulah kembali kepada bayi. Lampu bilik dihidupkan dan bayiku diberi peluang seketika menggeliat dan bangun tanpa paksaan yang ketara. Selesai mandi bayi akan aku susukan kembali sebelum menghantarnya ke rumah pengasuh.Bayiku kembali lena setelah dimandikan dan siap berpakaian,sempat pula bayi mengeluarkan tawanya diiringi sebuah senyuman yang mencuri hati.Tatkala inilah 'perjuangan' perasaan kembali bermula dan mata tiba-tiba rasa pedih...macam ada habuk tebal melekat di birai mata,dada bagai dipukul-pukul dan kaki seolah-olah terumbang-ambing di atas rakit yang dibawa arus... Ketika ini rasa macam nak letak jawatan 24jam....
tatkala airmata bergenang Lola berhanti makan dan 'mula menegurku' seolah-olah berkongsi perasaan.Semoga Allah tabahkan aku dan semua ibu bapa mengharungi hari-hari seterusnya....
Minggu ke 3 :cara kami pujuk bayi meragam 'lawan tidur'.
Bayi semakin serasi di rumah pengasuh. Aku bersyukur kerana bayi tidak menangis setiap kali serahan dilakukan. Masuk usia 3 bulan bayiku mempunyai ragam baru. Setiap kali ambil di rumah pengasuh bayi tidak mahu tidur biarpun sebelum ini keluarga pengasuhku rajin melayaninya. Sesetengah orang kata jaga bayi ni mudah...pastikan tak lapar,tak sakit dan pampers 'cantik' gerenti bayi ok...tapi untuk memastikan semua itu bukanlah sesuatu yang mudah. Semakin bayi membesar lain pula cabarannya. Bayiku sudah aktif berborak malah 'melawan' rasa mengantuk seolah-olah tidur itu satu kerugian. Bila nak tertidur bayi mula mengamuk dan menangis sehinggakan nak tukar pamperspun susah kerana setiap kali baring bayi akan menangis kuat kerana tidak mahu 'tertidur' tatkala berbaring. Bukan mudah nak mententeramkannya sampai rujuk petua di utube serta 'pakcik google'pun gagal. Buai enjut dan dukung dodoipun tak berjaya sehigga aku hilang idea apabila tangisannya makin kuat. Yang kelakarnya pengasuh sebelah rumah siap datang menjengah di tingkap sebab bimbang akan tangisannya yang kuat (teringat aku pada kata-kata adik iparku...jangan nanti maknya (aku) tiba-tiba sahaja ada kat pagar rumah pengasuh/waktu baru-baru hantar sebab bimbangkan bayi-nampaknya sebaliknya yang berlaku...kikiki)Akirnya suami mencadangkan agar kami masukkan bayi dalam carrier sebab dah tak larat nak dukung dan berjalan dalam rumah kerana lewat petang. Nampaknya ia berkesan untuk bayiku kerana bayi mula leka seolah-olah sedang dibawa jalan-jalan akhirnya tertidur. Mungkin bayi 'tuntut' dari kami untuk membawanya 'jalan-jalan' setelah seharian tidak kelihatan. Lain bayi mungkin lain pula cara pujuknya...banyak sebenarnya cara memujuk bayi cuma kita perlu terus mencuba sehingga bertemu 'jodoh' yang sesuai untuk mententeramkan bayi kita.
Aku akan pastikan bayi disusukan sebelum kerumah pengasuh agar bayi memperolehi susu badan yang segar setiap pagi. Rasa tekad untuk memandikan bayi awal pagi semakin dirasakan sesuatu yang tepat memandangkan aku masuk kerja awal. Pengasuhpun tidak begitu berkira kerana perlu menerima kehadiran bayiku seawal 630pagi. Jika aku mandikan bayi maka kurang sikit bebanan beliau kerana beliau mungkin nak buat kerja rumah yang lain awal-awal pagi.Pernah juga aku terlewat dan tak sempat mandikan bayi. Rasa sangat bersalah sebab terlambat. Kali ini memang aku tekad untuk mengabaikan rasa mengantuk. Melawan nafsu tidur walaipun setelah beberapa kali bangun sepanjang malam untuk menyusukan bayi. Ini juga merupakan satu perjuangan, dan ia menyebabkan aku lebih berdisiplin untuk mandi awal pagi sebelum subuh dan memandikan bayi pula selepas itu.
Benarlah kata suami& teman-teman terdahulu...permulaan itu memang satu kesukaran ...satu perjuangan tatkala 'melepaskan' bayi kepada insan lain...masuk minggu ke3 emosiku semakin stabil lebih-lebih kerana memiliki keluarga pengasuh yang penyayang. Cuma kerinduan dan ingatan itu tak pernah reda walau di mana aku berada...masih kuat bertandang dalam mainan jiwa. Mungkin ini yang dikatakan naluri seorang ibu. Hidup satu perjalanan yang sementara tetapi terlalu banyak ilmu yang ada disekitarnya...belajar dan belajar dari setiap kesilapan.
...kuatkan hati dan jiwa...zikir adalah penyembuhnya...
Bertemu dan berpisah kita kerana Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan