Sebelum kelahiran bayi, seperti kebiasaan ibu bapa yang lain aku akan membuat pelbagai persediaan terutamanya
berkaitan hal pengurusan bayi. Antara cabaran utama bagiku dalam meguruskan bayi adalah memotong /mengetip kuku bayi. Aku sempat membeli ketip kuku bayi yang kudapati paling murahpun dalam RM10. Sebelum itu aku turut bertanyakan pengalaman beberapa sahabatku. Ada di antara mereka yang menyarankan agar menggunakan pengetip kuku biasa sahaja kerana ia lebih mudah. Ada juga yang sarankan guna 'gigi' sendiri....pendek kata ada macam-macam saranan.
Apapun bila dah 'berbayi' dan menguruskan bayi sendiri baru aku sedar mana satu kaedah yang sesuai bergantung pada situasi dan kebolehan kita. Pembelian ketip kuku bayi nampaknya tidak banyak membantu malah agak sukar pula untuk digunakan. Akhirnya aku menggunakan kepit kuku 'serong' kegemaranku.

Apabila menggunakan kepit kuku jenis pisau serong, penglihatan akan lebih mudah.
Kuku bayi agak cepat panjang. 2 kali seminggu juga aku perlu 'maintain'kan. Jangan potong terlalu pendek pulak, kesian bayi kepedihan. Ketika mengetip kuku bayi kita juga jangan 'over confident ' bimbang terpotong jari-jemari bayi yang comel tu. Sentiasalah berhati-hati dan rehat sebentar jika rasa letih dek kerana mengawal kedudukkan badan sendiri. Aktiviti ni paling sesuai dilakukan ketika bayi lena tidur.
Jika tidak yakin dengan pengetip kuku boleh juga gunting kuku bayi dengan gunting jenis nie. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan