Isnin, 1 Februari 2016
Survey pusat asuhan bayi sekitar Jalan Sungai Udang,Klang : 3 bulan
Alhamdullillah akhirnya kami telah mendapat pengasuh untuk bayi kami. Bukan mudah nak dapat induvidu dan tempat yang sesuai. Maklumlah menjaga bayi bukan urusan mudah,tak semua pusat jagaan menerima jagaan bayi mungkin kerana faktor risiko dan sumber tenaga kerja terlatih, Jika adapun kena booking awal.Sebelum ini kami ada juga survey pusat asuhan sekitar kejiranan kami. Pada awalnya nak hantar di pusat jagaan bayi jabatan yang hanya melibatkan kos jagaan RM120. Agak murah mungkin kerana bersabsidi tetapi dek kerana faktor tugas yang melibatkan shiff dan lokasi, hasrat itu kami batalkan. Biarlah mahal sedikit asalkan sesuai dengan perjalanan kerja dan sebagainya.
Pilihan seterusnya sebelum ini adalah pusat jagaan Al-Zahrah di Jalan Hassan Off Sg. Udang. Ini adalah kerana adikku pernah menghantar bayinya di situ 6 tahun dulu. Kosnya dalam RM250,sekarang kos mesti dah naik. Biarpun ramai yang hantar ke situ, aku dapati pengurusannya cekap dan kanak-kanak agak ceria dan meriah. Malangnya ketika aku lihat web mereka,pusat jagaan mereka kini hanya menerima kanak-kanak yang berusia 8 bulan. Oleh kerana tak yakin dengan web tersebut aku terus menghubungi pusat jagaan tersebut memandangkan beberapa tahun lalu adikku pernah menggunakan khidmat mereka. Kecewa juga bila dimaklumkan mereka hanya menerima kanak-kanak yang sudah boleh mula berjalan...mmm lainlah jika bayiku sudah boleh berjalan ketika umur 3 bulan nie mungkin ada harapan...kikiki
Rasa 'blur' sekejab bila Al-Zahrah dah tak terima jagaan bayi. Aku cuba pula menghubungi taska di belakang Masjid binaan Demak di Sungai Udang. Dapat info dari laman web mereka akan tetapi kedua-dua no.telefon yang dinyatakan gagal dihubungi...aduss...
Akhirnya melalui web juga aku berjaya menghubungi Taska Comel Intelek di Amazing Height Sungai Udang. Mereka menerima jagaan bayi dan bayaran dikenakan adalah RM380(tertelan juga air liur)tetapi tidak mengapalah,bukan mudah nak jaga bayi,nak bayar pekerja lagi....yang bagusnya tiada deposit manakala duit booking RM50. Rasa lega sangat.
Ketika hampir 'booking'di Pusat tersebut, 'kakak' sebelah pula rasa simpati dan menawarkan kesanggupannya menjaga bayiku. Sebenarnya beliau memang sedang menjaga beberapa orang kanak-kanak dan kini setelah suaminya pencen ada keringanan untuk menjaga bayiku memandangkan suaminya juga berbesar hati untuk membantu. Aku pada mulanya ragu-ragu sebab tak mahu membebankan 'kakak' tersebut. Akhirnya setelah berbincang dengan suami,kamipun setuju hantar bayi pada kakak tu. Sebelah rumah saja,mereka berduapun pasangan yang baik,penyayang dan berpengalaman. Sebiji macam 'mak-mak,ayah-ayah'. Bersyukur kerana Allah mempermudahkan pencarian kami... kepada yang masih mencari pengasuh bayi cubalah servey laman web taska comel intelek,Amazing Heights namun jika dah penuh khabarnya ada juga taska yang menerima jagaan bayi disekitar klinik Desa Sungai Udang.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan