Jumaat, 29 Januari 2016

Pengacara GO SHOP dalam pembikinan: Lola

Seronok juga ada 'online' shopping kan? Bila cuti panjang nie aku ada peluang tunggu barang kat rumah. Tak perlu nak bersesak dengan jem bak kata salah seorang 'makcu' aku melalui FB yang tention ketika tersangkut di jalanraya: kura-kura mengandungpun lagi laju! (Hahaha).
Setiap kali tengok Go Shop setiap kali itulah rasa nak membeli. Pengacara a.k.a 'sales person' mereka memang hebat dan adakalanya 'ke poyo'an mereka yang acah-acah hebat tu memang menghiburkan.Jangan tak percaya, adakalanya saja tonton Go Shop nie bila tak ada cerita menarik. Kelakar melihat gelagat poyo Azrul dan Jimmy selain Syakirin yang comel. Apapun jika dah terpikat dengan barangan tu jangan terus nak buat pesanan terutamanya jika barangan tersebut bukan barang yang benar-benar kita perlu. Jengok-jengok dahulu kat web tu...baca Q&A selain 'feedback'/maklum balas & komen-komen dari pembeli terdahulu kemudian baru nilaikan sendiri. Dari pengalaman aku, maklumat dari maklum balas pembeli sebelum ini sangat membantu.Ada barang yang berbaloi untuk dimiliki dan ada juga yang sebaliknya. Adakalanya 'keindahan' yang kita lihat dari 'kaca tv' tidak sama dengan apa yang kita perolehi secara nyata. Jika tidak pasti bincanglah dengan pasangan@ahli keluarga kita. Elakkan pembaziran. Bijak membeli bijak memakai!
...cuma yang tak bestnyer waktu penghantaran pihak GDex tak maklum kedatangan melalui telefon..jika adapun bila nak sampai  baru telifon membuatkan aku ternanti-nanti,nak keluarpun hati tak senang.lebih mudah jika ada makluman sehari awal. Pihak GoShop ada juga beri no.telefon  untuk 'set' masa penghantaran  tetapi setakat nie saya tak berjaya menghubungi  mereka. Itulah sebabnya saya lebih suka buat bayaran 'cash on delivery ' tak risau sangat tapi rugi masa dan 'ketenangan' sebab tertanya-tanya  kehadirannya. Terbantut perancangan nak keluar. Redha jerlah bila-bila  mereka nak 'sampai'. Paling cepat pernah aku terima barang 4 hari. Paling lama 2 minggu sebab barang kena 'return' disebabkan oleh kegagalan menemui kediamanku.Ketika cuti panjang nie bolehlah  buat pesanan sebab saya ada kat rumah tetapi bila dah bekerja nanti susah nak buat pesanan kerana kerja saya nie kadang-kala  tak statik lokasinya. Jika pihak GDex tak hubungi saya susah nak 'setting' dengan kawan-kawan  yang bertugas di pejabat. Taknak menyusahkan  mereka pegang duit kita bagi tempoh  masa yang tak pasti...haaa tengok siapa yang rugi?
Sunrise Pocket Block 48pcs nie memang berbaloi dan praktikal!

 Oppss berbalik kepada tajuk entri ni: .Lola dah jadi pengacara Go Shop yang baharu sebaik sahaja barang nie sampai.
 Emmm...agak-agak berapa 'sales' Lola boleh letup?





'Personal review' :

Sepanjang  beberapa  tahun nie ada beberapa  produk melalui GoShop yang telah aku beli secara berdikit-dikit . Bukan nak memburukkan sesiapa@nak 'up' sesiapa sekadar perkongsian dari pengalaman.

Produk pertama:
Neng gelis adalah barang pertama aku perolehi melalui  GoShop. Seronok guna tudung instant 2 muka beserta batu hiasan 'sworkies' yang agak sederhana  tetapi terserlah. Cuma ada satu 'design' yang saya tak minat tetapi terpaksa terima juga sebab dah dalam pakej.

Bekas  makanan : glass lock


Antara bekas makanan kaca yang sesuai dengan cara hidupku. Bekasnya tak besar sangat tapi mampu juga jadi tempat hidangan tetamu yang datang. Paling menyeronokkan jika makanan tak habis boleh tutup saja dengan penutupnya dan terus simpan dalam peti ais. Jika nak bekas yang besar sikit kena beli di pasaraya yang jual produk nie tapi tak dapatlah harga macam kat GoShop...aku pernah nampak kat Parkson... Sebenarnya banyak juga jenama lain seumpamanya. Ada juga aku beli yang besar sikit di sebuah hypermarket  tetapi kualiti kaca dan kedapannya tak sebaik GlassLock GoShop nie. Glass lock ternyata agak berkualiti dan kemas buatannya.

review  penggunaan  setakat  01.12.2016  : best, praktikal tetapi lagi best kalau ada satu bekas yang besar dalam pekej tu...


Cacth moob  :

Catch mob...moob...huhu malas lak nak refer ejaannyer...hehe

Mob ni antara yang menyeronokkan  untuk aku guna. Memang agak berat sikit nak mob bila dah perah kain ajaibnyer...tips nyer tak perlu perah sangat...biar basah2 gitu baru tak rasa berat. Penyudah kepada hasil memang jubin/lantai lebih bersih tetapi seperti mob biasa bila dah kering kita perlu juga menyapu sisa-sisa habuk. Taklah 'catch' sangat...atau ajaib sangat macam kat tv tu...tapi aku tak menyesal beli sebab ia memang menyeronokkan. Kalau ada 'lecak' depan bilik air senang jer nak lap. Antara  keburukkan  lain pula...rasa sayang nak guna kain selebihnyer...cantik sangat nak buat kain lap.kikiki. walaupun ada cacth mob nie bagi aku mob biasa masih satu keperluan terutamanya untuk kerja-kerja saat-saat  akhir...so dapat barang baru yang lama kalau masih ok jangan mudah sangat nak membuang tau...

review setelah penggunaan setakat  01.12.2016  : mmm lagi banyak guna mop biasa...emmm sebab sakit belakang pulak melayan

bab nak lap percikkan air depan bilik air atau sinki memang mudah!


Dapur  gas  strom

Dapur gas : strom

Wow...dapur nie memang  berbaloi setakat ini. Antara dapur gas yang terbaik dan sesuai untuk dapur yang sederharna. Naik seri.Alhamdullillah  semua barang sampai cukup. Risau juga sebab bila  baca review pembeli sebelum ini yang tak dapat tunku dsbgainyer. Kepala dan paip gas tidak disertakan (bukan dalam pakej) so kenalah 'stand by' sendiri. 


8.12.2016, Gambar paip gas : atas permintaan saudari nurfitrah :)

Mula-mula rasa kekok nak guna bahagian yang hybrid  tu...seram lakk...tapi...sekarang biar gambar berbicara...











Seperti  mana di tv, dapur nie memang senang dibersihkan selain kelihatan cantik.

review  setakat  01.12.2016  : best!!


Set aloe vera nie pula berbaloi dimiliki lebih  -lebih lagi jika ada promosi waktu siaran. Semua nie hanya RM99. Jika harga biasa walaupun promo RM199. Yang bestnyer satu badan boleh digunakan  termasuk rambut. 

Review setakat  01.12.2016  : best!


Tilam  angin  goshop  :  intex  

Mula-mula  beli  agak  teruja  konon  nak  tidur dengan  baby yang dah mula  pandai merangkak .  Tapi tak sesuai sebab tilamnya agak tinggi juga. Tapi kalau ada kes kecemasan seperti banjir agak manfaat untuk dijadikan rakit rasanya. Agak lasak dan boleh masuk kolam.
Kalau tetamu datang tak sanggup nak bagi guna bukan sebab  kedekut tapi rasa lagi selesa tidur atas lantai sebab badan rasa sakit dan tak stabil untuk tidur pagi tempoh yang panjang.

2 ulasan:

nurfitrah berkata...

as salam...macam mana nak pasang getah tiub dapur gas strom...boleh tunjukkan gambar kepala gas n tiub tak...terima kasih.

teratak molek berkata...

Salam alaik... tq singgah. Saya muatkan gambar permintaan nur pada strom tu.